Roti mini sebelum dibakar. Sambil tunggu, baca High Noon dulu. Buku ni KakChik beli tahun lepas tapi takde masa nak baca. Ni baru nak mula baca, tulisan dia saiz 10, kecik, tu yang lambat sikit nak baca.
Semalam, mood dah makin baik, alhamdulillah terutama selepas dapat menunaikan solat seperti biasa. Terasa hati makin lapang bila dapat terus berhubung dengan Allah SWT, berlama-lama di atas sejadah sambil menghitung amal perbuatan sendiri.
Inilah hasil selepas dibakar. Keju dah jadi coklat tapi bukan hangus ya. Sedap roti ni selepas tabur gula halus.
Mungkin teman-teman tertanya-tanya apa yang terjadi kat KakChik ni. Biarlah hanya KakChik dan Allah saja yang tahu. Kadang-kadang bila dihadapkan dengan beberapa kekangan dalam masa yang sama, dan kita pula hanya boleh berdoa tanpa dapat berwudhuk dan ruju' serta sujud kepada-Nya, emosi diri akan lebih mudah terganggu. Entah mengapa baru-baru ni KakChik memang lebih sensitif daripada biasa. Selalunya KakChik memang susah untuk tersentuh malah keceriaan itu sentiasa mudah dikembalikan. Tapi kali ini lain sedikit. Apa-apa pun, semuanya sudah selesai... dan hari ni KakChik kembali bersiaran untuk melepaskan rindu pada blog dan kalian semua.
Terima kasih kerana masih sudi menjenguk-jenguk blog KakChik dan bertanya khabar. Terasa bertuah memiliki kalian sebagai teman walau hanya di alam maya. Walau ada masa kesepian tapi bila buka saja blog, senyum pasti menguntum di bibir. Terasa sangat kehadiran kalian di sisi. Terima kasih semua.
KakChik sebenarnya telah mengambil cuti 2 hari untuk tumpukan pada tugasan tapi tak siap juga kerana terpaksa menjaga anak-anak saudara yang sedang sakit; batuk, lelah dan demam. Kesian untuk harapkan Ummi dan bibik diorang saja. Lagipun mereka lebih dengar kata KakChik berbanding orang lain. Alhamdulillah hari ni nampaknya semua makin sihat.
Penkek: 1 1/2 cawan tepung penkek + 3/4 susu segar + 2 sudu makan gula + 1 sudu teh garam + 2 sudu makan minyak zaitun + 2 biji telur
Untuk hiburkan hati, dalam 2 hari ni, KakChik ada juga ke dapur, kira berasaplah oven tu sekejap. Buat penkek gebu dan bakar roti mini untuk ahli keluarga. Buat cara orang malas, cari resepi paling ringkas kat dalam MyResepi dan terus tiru je. Dapatlah makan roti... rindu sebab agak lama tak buat roti.
Hari ni KakChik dok ngadap laptp lagi, nak siapkan tugasan ni. Esok takde kelas tapi salah satu tugasan dah kena hantar. Moga-moga dapat disiapkan dengan sempurna dan menepati kehendak soalan. Ok, kita jumpa nanti.
Baguslah Kak Chik dah kembali ceria..rindu rasanya nak membaca coretan spt biasa..
ReplyDeleteTerima kasih Zureen. Hehehe, insya-Allah KakChik akan kembali berblogging macam biasa. 2 hari tak update rasa macam 2 bulan.
ReplyDeleteAlahai... kakchik. Akak pun dok baca kisah sedih kakchik sehari dua ni. Yalah, ujian perasaan ni bukan mudah hendak dihadapi... Hanya kita yang mengalami saja yang tahu.. Anyway baguslah kakchik dah ceria semula.
ReplyDeleteKak chik, semoga terus tabah menghadapi hari2 mendatang...memasak juga satu terapi minda :D
ReplyDeletekakchik..
ReplyDeletegembira iza tengok kakchik dah kembali ceria..
:)
Kak Ummu,
ReplyDeleteBegitulah lumrah hidup, ada masa naik ada masa turun... tapi insya-Allah turun sekejap je.
Trm kasih Kak Ummu ya.
Noorma,
ReplyDeleteTerima kasih banyak... & memang betul kata Noorma tu. Bila dapat ke dapur, terasa macam happy je dapat pegang gandum, kacau-kacau, uli-uli etc. Hilang stres hehehe
iza,
ReplyDeleteterima kasih ya.
harap2 penyakit ni tak berjangkit.
ceria sokmo.
salam kakchik, jelesnya tgk kakchik terer wat roti...huhuhuhu..
ReplyDeleteAlhamdulillah Chik dah ok ceria semula...ujian emosi ni memang mengambil masa nak kembali spt biasa kan. Mujur juga Chik rajin memasak...akk kalau tak ceria lagi malas masak..he he he. Seronok dapat baca coretan Chik semula....
ReplyDeletealhamdulillah kakchik dah ok...now..its my turn kakchik tp xpe la..cikmin redha dgn keputusan ni....cikmin nak minta klu kakchik leh email kan cikmin adress kedai buku kakchik tu...dlm bulan depan rasa nak lajak ke KB...bolehkan kakchik...sharmin33@yahoo.com
ReplyDeleteSelamat ceria kak chik..
ReplyDeleteMacam-macam resepi ya sekrang..dah boleh buka blog resepi ni:)
sri intan, kakchik takde pandai sangat. boleh tahan je. buat roti pun kadang menjadi kadang kurang menjadi. ikut mood juga.
ReplyDeletekmilla, nak buat macamana kan, ujian ni datang waktu kita tengah banyak tugasan. nasib, alhamdulillah dpt bertahan juga. bila dapat memasak ni hilang serba sedikit stresnya.
ReplyDeleteCikMin, terima kasih dtg juga ke sini. Kalau CikMin pun sdg lalui keadaan yg pernah KakChik lalui, KakChik doakan ia segera berlalu. Terasa sedih gak tengok blog CikMin basic je. Pasal address MariBaca, nanti KakChik emailkan ya. Tak pun KakChik ym kat CikMin nanti.
ReplyDeleteIbnurashidi,
ReplyDeleteinsya-Allah dah ada blog yang kakchik simpan resepi ni tapi belum diwar-warkan. kakchik segan, hehehe.