Followers

29.3.09

Pagi tadi di Taiping

Pagi tadi, seawal jam 5 pagi kakchik dah bangun untuk bersiap ke masjid di bandar Taiping. Hari ni ada peristiwa besar di sana. Kak Ubai yang tidur sebilik, sudah bangun seawal jam 4 pagi. KakChik tengok dia dah siap mandi dan sedang asyik berqiamullail. Harap-harap sempatlah beribadah seperti beliau tapi jadi lambat juga sebab bilik air cuma satu sedangkan yang beratur menunggu menggunakannya adalah ramai. Alhamdulillah dapat giliran yang agak awal.

Adik yang comel tu sampai tertidur di sebelah ibunya yang asyik bersembang dengan seorang wanita Cina. Kak Ubai kata 'Sleeping Beauty'

Bila siap waktu subuh dah dekat, kakchik bersama kawan, Lenny bertolak ke Masjid Bandar Taiping. Bila sampai di bandar kami dengar azan berkumandang. 2 buah masjid yang kami lalui nampaknya sangat padat dengan jemaah. Bila sampai di maajid yang dituju memang terlalu padat keadannya tapi dapat juga masuk bersolat di dalam masjid. Alhamdulillah.

KakChik bersama Lenny selepas solat Subuh di Masjid Bandar Taiping dan menanti untuk bersolat hajat dan solat dhuha.

Pagi tadi sebelum berarak, kami singgah beli 'breakfast' di kedai serbaneka sebab tak banyak kedai makan orang Melayu yang buka. YB EXCO pun duduk sebelah makan sama-sama dengan kakchik.

Adik-adik dari Nisa' Kelantan yang sama-sama menginap di banglo yang besar tu.

Saja snap gambar dengan YB Kak Ubai yang sedang sibuk mengemaskini blog beliau.

Itulah lebih kurangnya pagi tadi di Taiping semasa penamaan calon pilihanraya kecil Bukit Gantang. Masih tak dapat nak biasakan diri lagi dengan jalanrayanya di sini tapi boleh bergilir dengan kawan-kawan untuk memandu.

18 comments:

  1. ya'ALLAH kakchik..rupanya ada kt taiping..cikmin salah info kt hana la kakchik...minta maaf ye..hana dtg terjah rumah cikmin ptg td...bgtau la kt dia..kakchik ada kt kl...aduhai...silap2....

    ReplyDelete
  2. beshnye kak chik..dpt join sesama kt sana.. :)

    ReplyDelete
  3. wa...kak chik ikut pegi berarak penamaan calon kat sana ker? besnye...

    ReplyDelete
  4. Salam kakchik, lama tak bertemu kan. Kakchik pun bz kat bukit gantang ye, moga semuanya ok ye

    ReplyDelete
  5. alahai cikmin, kesiannya kat you all. agaknya hana dah excited la kot. tapi bestnya cikmin dpt jumpa hana. kakchik akan gi kl jugak bulan depan semasa pesta buku kl.

    ReplyDelete
  6. iu, memang best kerana dapat lihat begitu ramai orang, melayu, cina dan india semua bekerjasama. terasa harmoni je.

    ReplyDelete
  7. kin, kakchik tak berarak sebab terpaksa bertugas mengambil gambar menarik sepanjang hari. salah satunya gambar yg paling atas tu.

    ReplyDelete
  8. wa'alaikumsalam intan,
    ha'ah, lama jugak tak bertemu di sini. kita sama-sama banyak keje kan. intan pun ada kat bkt gantang jg ke? kalau ya, sama-samalah kita buat keja untuk Islam. insya-Allah ada manfaat di akhirat nanti. jaga diri ya intan.

    ReplyDelete
  9. bestnya nmpak kak chik enjoy aje..

    ReplyDelete
  10. kak chik..maaf terkomen guna nama Aiman plak..ehehe..ekceli tu blog testing yan aje..huhuhu...

    ReplyDelete
  11. yan, kakchik dah agak dah yg atas tu mesti yan punya sb cara tulis tu macam org yg dah kenal kama dgn kakchik, mmg betul pun rupanya... enjoy... tapi mak datuk sakitnya kaki & kepala lutut berjalan berkilo-kilo meter.

    ReplyDelete
  12. Wa.. Kak Chik... turut serta ke Bukit Gantang yer? Harap semuanya berjalan lancar sehinggan 7/4/09 nie yer... Ummi hanya ikut perkembangan melalui bloger2 yg rajin mengupdate apa terjadinya di 3 kwsn tu...hehehe

    ReplyDelete
  13. wa..kak chik... best ler... Ummi hanya ikut perkembangan melalui bloger2 yg rajin mengupdated ttg 3 kwsn tu jer... hehehe

    ReplyDelete
  14. Salam kakchik..Ooo..kakchik kat perak ekk..br berkesempatan bukak blog kakchik..moga2 kakchik n kawn2berjaya di sana yer.

    ReplyDelete
  15. Sesuatu yang baru apabila Yang Berhormat Exco Kerajaan 'duduk selonggok' di kaki lima.

    Ibarat disebut bidalan lama di mana ada bunyi kelentungan berbunyi lalu di situlah kerbau (bidalan mengungkapkan kerbau kita hanya menurut sahaja) tinggal berdiam.
    Di mana ada kerajaan yang baik (tentunya mengasihi warga seperti di kelima negeri dan satu wilayah)di situlah rakyat akan tinggal berdiam dengan rasa bahagia dan damai di dalam keamanan.

    Pembudayaan memanafaatkan kesederhanaan kian terserlah di tengah arus mandat kemutlakan Islam sebagai cara hidup.

    Akal yang membudikan jiwa dan pastinya kebendaan bukan membina ciri identiti kita.

    Mungkinkah demokrasi kita upaya memodeulkan tanpa pelobian sektor korporat tetap (tanpa perkongsian kemewahan pendapatan negara) warga diperlukan sebagai rakan kongsi negara.

    ReplyDelete
  16. Ummi @ Liana, KakChik pergi tak lama sebab kena balik, exam dah bermula. Kita doakan yang terbaik untuk ke-3 PRK.

    ReplyDelete
  17. Wkslm fiza. Kakchik dah balik ni. Walau apa pun, terima kasih atas doanya.

    ReplyDelete
  18. thanaif,
    terima kasih di atas komen yang begitu bombastik sekali tapi kakchik rasa kakchik boleh faham.
    kita sentiasa mengharapkan pemimpin yang berjiwa rakyat agar mereka boleh berkhidmat kepada kita rakyat mereka.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs