Hari ni adalah hari yang menggembirakan sekali bagi KakChik. Sebenarnya KakChik masih berkurung dalam bilik mengedit 'assignment' yang akan dihantar esok. 2 'assignment' yang memerlukan banyak kerja lapangan, pemerhatian, pengukuran, pengiraan dan penyediaan beberapa carta. Sebagai pelajar yang bekerja, macam ni lah selalunya. Dah dekat dengan tarikh akhir ni barulah nak pulun. Memang tak boleh dibuat contoh langsung.
Tapi dalam keadaan begini, KakChik mendapat sedikit keceriaan dengan kehadiran tetamu dari Penang iaitu Kak Aliya dari blog Musing of a Mualaf. Dia datang bercuti bersama suaminya (yang segan nak naik sebab tiada orang lelaki di rumah sewaktu mereka sampai). Cantik orangnya. Tak sangka ya Kak Aliya, akhirnya dapat juga kita berjumpa di alam nyata. Selalunya KakChik hanya berjumpa Kak Aliya di alam maya.
Tulisan-tulisan Kak Aliya memang cukup senang KakChik baca. Ada kisah perjalanan beliau dalam mencari sinar Islam dan bagaimana susah senang beliau menemuinya & memeliharanya. KakChik sungguh respek dengan orang seperti Kak Aliya yang menemui cahaya Islam dan benar-benar cuba beramal dengan tuntutannya. Sebahagian kita yang lahir dalam Islam pun tidak mampu menghayati dan beramal dengan Islam sebaik beliau. Alhamdulillah.
Terima kasih Kak Aliya kerana sudi ke MariBaca dan ke teratak keluarga KakChik yang tak seberapa ni. Dah lah dikerumuni oleh anak-anak saudara KakChik yang 'hanyai-hanyai' tu... dan akak tak sempat makan tengahari pun. Eh, yang ni memang KakChik kena minta maaf, tak patut betul layan tetamu macam tu. Kalau Kak Aliya atau sesiapa pun datang ke rumah KakChik ni, insya-Allah KakChik akan pastikan kalian pulang dengan perut kenyang.
Jemput datang lagi.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Salam Kak chik...
ReplyDeleteBaguslah macamtu. Sekurang-kurangnya ukhuwah yang terbina bertambah erat. Semoga ianya kekal ke akhirnya.
bagusnya k chik dapat peluang sendiri bertemu mata ngan org spt kak aliya tuh..
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Ibnurashidi. Terima kasih, memang terasa makin erat ukhuwah bila kita dapat bertemu mata dengan kenalan yg selama ni hanya dikenali melalui tulisannya.
ReplyDeletekin, memang bersyukur sangat kak aliya sudi datang w/pun dlm keadaan tergesa-gesa. insya-Allah peluang kita akan ada kin.
ReplyDelete