Followers

16.3.09

Kali pertama pakai keronsang ini

Assalamualaikum semua. Maaf banyak-banyaklah duhai blogku sebab sehari dua ni memang lambat kemaskininya. Banyak perkara yang dok berlegar dalam kepala ni. Secara ringkasnya, di luar nampak ok tapi di dalamnya serabut la jugak. Tapi... takde lah sampai tak boleh diselesaikan hal-hal yang serabut tu. Cuma perlukan diri bertenang, lakukan apa yang patut dengan tersusun dan buat 'donno' je kat orang-orang yang menyakitkan hati tu.

Apa-apa pun KakChik memang tak sempat nak gi ziarah blog kawan-kawan semua sebab sekarang ni tumpuan lebih kepada beberapa projek yang penting untuk Zahra', untuk MariBaca dan untuk diri sendiri.

Malam ni KakChik saja je nak kongsi pengalaman kali pertama memakai keronsang pemberian seorang kawan (K.Tini yang mengajar di Kuala Lipis). Sebelum ni KakChik pernah tulis pasal hadiah dari K.Tini yang agak mengejutkan tu.

Itulah gambarnya bagaimana KakChik pakai keronsang tu kat tudung. Keronsang warna ungu memang sesuailah dipakai dengan tudung yang senada kan. Budak-budak kat rumah ni sibuk dok kata ChikJa diorang nampak lain, hehehe.

Gambar lebih dekat.

Terima kasih K.Tini. Kalau tersinggah ke sini tu bolehlah tengok ya.

6 comments:

  1. Cantiklah Kak Chik mcm ada bentuk tapak sulaiman..or star..

    ReplyDelete
  2. Wah kakchik, tapak sulaiman gitu... :)

    ReplyDelete
  3. zureen, memang bentuk tapak sulaiman tu

    ReplyDelete
  4. pak karamu, silakan masuk & jemputlah singgah lagi.

    ReplyDelete
  5. sri intan, ha'ah bentuk tapak sulaiman.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails