Followers

15.3.09

Apa yang KakChik buat hari ni?

Kepupusan idea...

Hari ni:

9.30 pagi - 1.00 ptg : menyiapkan prospektus Zahra', membaca blog, membaca berita, menunggu kedatangan kak ma (wartawan Muslimah) untuk temujanji - sayangnya kak ma terkandas di Bachok untuk satu tugasan lain, temujanji ditunda ke pukul 2.15 petang. hai... hujan dari malam tadi tak henti-henti, ssssseeeejjjukkk....

1.00 ptg - 2.00 ptg : ke kenduri kahwin anak kenalan, kak yani (penulis Bacalah Anakku) di rumah ibunya. Dekat je dengan Zahra' ni. Sempatlah ambil gambar serba sedikit. Dan... kami nampak DYMM Tengku Amalin Aishah sedang santap... eheh sebenarnya Dila yang nampak dulu lepas tu dia bagitau kami, hehehe ramai yang sibuk nak tengok Puteri Sultan Kelantan tu.

KakChik bersama Aishah (pengantin yang tinggi lampai, terpaksa suruh dia duduk sebab nanti tenggelam KakChik, hehehe).


Rumah ibu kak yani yang 'grand' & kami bertiga (kakchik, kakmar & dila) bersama pengantin.


Gambar kiri - Tg Amalin sedang santap (sorry gambar blur sebab zoom dari jauh) Kanan - pasangan pengantin turun untuk makan bersama Tg Amalin.


Antara lauk-pauk & kuih yang dihidangkan

2.00 ptg - sekarang : sampai pejabat, terus bergegas untuk solat Zohor, elok je selesai, kak ma pun sampai - interview serba sedikit tentang Zahra' dan ambil gambar sana-sini. Katanya nak masukkan artikel tentang Zahra' dalam majalah Muslimah. (ni mesti idea kaknik ni). Dah selesai interview, kak ma dah balik, kakchik kembali menghadap laptop cari bahan tentang library management.

update blog sekejap.

6 comments:

  1. alahai bestnye ade kuih akok hehe...

    kat melaka ni susah nak jumpe..kene g kelantan jugaklah nampaknye hehe...

    ReplyDelete
  2. Salam kakchik, sy slalu tgk YAM Tgku Amalin ni kat court...cute..

    ReplyDelete
  3. nrina suka kuih akok ni ya? eh, kalau nak makan try la belajar buat, tentu nanti takyah beli, rasanya nak buat kuih ni kat myR ada resepinya.
    tapi... kalau nak dtg ke sini pun orait jugak.

    ReplyDelete
  4. wkslm sri intan. kalau dah selalu tgk tu... macam sri intan pun kejenya ada kaitan dgn court jgk la ya.

    ReplyDelete
  5. Salam Kakchik...

    waduh, enak sekali makanannya. Rasanya tentu sedap bukan?

    ReplyDelete
  6. Wkslm Ibnurashidi.

    Alhamdulillah, makanannya memang enak banget. Lagipun makanan FREE ni memang lagi sedap.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails