Followers

9.3.09

Happy 7th Anniversary & Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum teman-teman semua. Semoga semuanya di bawah limpahan rhamat Allah SWT. Hari ni adalah hari yang sangat bermakna untuk KakChik dan juga seluruh ummat Islam di serata dunia. Bagi KakChik memang amat sesuai untuk menyambut kedatangan tanggal 12 Rabiul Awwal dengan gembira kerana:
  • Pada tarikh inilah Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan lebih 1400 tahun yang lalu. Kerana bagindalah kita pada hari ini dapat menikmati keindahan hidup sebagai seorang Islam dan insya-Allah akan mati juga di dalam Islam.
  • Yang keduanya, tarikh ini amat bermakna kerana 7 tahun yang lalu KakChik dan Cik Abe telah berikrar untuk hidup bersama sebagai suami isteri selepas subuh 12 Rabiul Awwal 1423 Hijrah bersamaan 25 Mei 2002.
Kami memilih untuk mengingati tarikh ulang tahun perkahwinan mengikut tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w kerana ia lebih bermakna berbanding 25 Mei.

Hari ni sangat membahagiakan. Bahagia atas 2 perkara besar tersebut.
"Terima kasih ya Allah kerana telah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabiku dan Islam sebagai agamaku. Dan terima kasih juga kerana menjadikan aku isteri kepada suamiku, seorang hamba-Mu yang bekerja untuk agama-Mu."
Walaupun kami menyambutnya tidaklah secara dramatik tapi sambutannya tetap bermakna dan sebaik mungkin untuk mengeratkan hubungan kami suami isteri, saling mencintai dan menyayangi di samping mengingati Rasulullah s.a.w dengan selawat dan salam.

Syukur alhamdulillah, sepanjang bersama melalui asam garam hidup berumahtangga, Allah telah banyak membimbing kami berdua agar menjalani kehidupan dengan cara hidup yang Islam anjurkan. Berkahwin bukan bermakna hanya peduli pada kami berdua sahaja tapi peduli kepada keluarga di kedua belah pihak juga. Perkahwinan ini telah merapatkan hubungan di antara dua buah keluarga yang sungguh berbeza latar belakangnya tapi mempunyai titik persamaan iaitu perjuangan hidup untuk Islam. Itulah yang amat KakChik syukuri. Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah.

Dah masuk tengahari ni. Nak ke dapur dulu untuk bantu Ummi siapkan hidangan. KakChik ucapkan Salam Maulidur Rasul untuk semua teman-teman, semoga hari ini mengingatkan kita kepada kekasih Allah, Muhammad s.a.w.

Salam sayang,
KakChik

24 comments:

  1. Selamat ulangtahun K. Chik n hubby...
    Semoga sentiasa dalam RahmatNya...
    amin!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak Tukang Cerita.

    ReplyDelete
  3. selamat ulang tahun buat k.chik syg dan suami tercinta...
    moga ikatan terjalin hingga ke syurga hendakNya..
    Insyaallah..ameenn..
    farah doakan k.chik sentiasa berbahgia...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih banyak Farah atas ucapan dan doanya. Semoga Allah beri ganjaran kebajikan untuk Farah sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Selamat ulangtahun ke 7 kakchik..semoga ikatan kakchk n suami kekal ke akhir hayat,InsyaAllah..dan..salam maulidur rasul

    ReplyDelete
  6. slmt ulang tahun perkahwinan. moga bahagia sepanjang hayat.

    ReplyDelete
  7. Happy Anniversary to Chik dan Cik Abe...Semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kepada fiza, kak tirana dan cikgu one z. Doa kalian amat berharga. Semoga kalian juga mendapat rahmat dan bahagia di dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  9. happy anniversary buat kakchil dan cik abe...moga hidup kekal bahagia..
    ada masak special utk cik abe ke???

    ReplyDelete
  10. happy anniversary kak chik n cik abe.. moga pertalian suci ni berkekalan dunia akhirat.

    Salam Maulidur rasul:)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Suzi. Hehehe takde masak special pun. Makan laksa johor je.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih juga untuk Mar & Salam Maulidur Rasul Mar.

    ReplyDelete
  13. Salam maulidurrasul n happy anniversary to kak chik..Semoga dirahmati Allah selalu. :)

    ReplyDelete
  14. salam maulidur-rasul dan salam ulangtahun perkahwinan untuk kak chik dan suami..semoga sentiasa bergembira dalam kasih sayangNya.. :).

    ReplyDelete
  15. Terima kasih Anis.

    Terima kasih untuk kin juga.

    Semoga Allah rahmati adik-adik berdua.

    ReplyDelete
  16. Salam maulidur rasul..and happy anniversary kak chik..smoga sentiasa dilimpahi rahmat Allah, bahagia slalu..

    ReplyDelete
  17. Maaf, sudah lewat petang baru berkesempatan menziarahi kakchik. Selamat menyambut maulidur rasul, dan semoga berbahagia bersama suami tercinta...

    ReplyDelete
  18. Wa'alaikumsalam Zara. Terima kasih dari hati ini.

    Kak Ummu Najah, tidak mengapa kak. Terima kasih kerana sudi datang & tinggalkan ucapan.

    Moga rahmat untuk Zara dan Kak Ummu.

    ReplyDelete
  19. Salam maulidur Rasul dan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 7....wah...ada makan besar ke ??

    ReplyDelete
  20. Salam Maulidur Rasul untuk Kak Tie jugak. Takde makan besar pun Kak Tie. Masak laksa johor je. Kalau takde aral malam ni nak berdua-duaan kat luar hehehe.

    ReplyDelete
  21. Selamat Menyambut Maulidur Rasul & Hari Ulang Tahun Perkahwinan utk Kakchik & suami. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan & dipenuhi dengan berkat, mendapat rahmat & sentiasa didatangi dgn perkara2 yg baik.

    ReplyDelete
  22. hepi anversy kak chik & cik abe... hepi together ever after...

    ReplyDelete
  23. Selamat ulang tahun Perkahwinan Kak Chik..

    ReplyDelete
  24. Terima kasih kepada Sasha, Erin dan Zureen. KakChik bersyukur kerana mengenali kalian yang sentiasa mengambil berat. Terima kasih kerana doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Semoga rumahtangga dan keluarga adik-adik semua turut disinari rahmat dan berkat dari Allah SWT.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs