Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah hari ni Allah masih lagi mengurniakan kita umur untuk terus berusaha meningkatkan amalan kita di dunia ini sebagai bekalan untuk bertemuNya nanti. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang merendah diri terhadap segala nikmatNya kepada kita.
Nampaknya hari ni tugas KakChik di Bukit Gantang akan tamat dan bakal digantikan oleh rakan-rakan yang lain. Insya-Allah jika tiada aral melintang, KakChik bersama 2 orang kawan akan bertolak balik jam 10 pagi ni. Sementara diorang menyambung tidur KakChik nak kongsi sedikit kenangan semalam.
Ada kawan mengidam nak makan Mee Udang. Katanya mee udang di Kuala Sepetang memang sedap kerana udangnya segar dan manis. Jadi petang semalam selepas kami meninjau-ninjau sekolah yang menjadi pusat pembuangan undi, KakChik pun bawa kereta tuju ke Kuala Sepetang. Nasib kami baik sebab ada seorang makcik tempatan yang sudi menjadi pemandu pelancong. Banyak sungguh restoran yang jual mee udang ni dan ada satu restoran glamor yang pernah masuk tv iaitu Warong Mee Udang Mak Teh (kami tak gi situ sebab terlalu ramai orang, perut dah lapar, tak mahu menunggu lama). Kami nampak satu restoran, luas, orang tak ramai sangat, suasananya bersih dan nyaman, apa lagi singgah ajelah.
Dan... inilah Mee Udangnya. Bukan lagi 'ada udang sebalik mee' tapi 'mee di sebalik udang'!
Kami makan yang paling istimewa dengan harga RM12 sepinggan. Alang-alang datang jauh, baik cuba yang terbaik la kan. Tengok tu udangnya, sangat lah besar, segar sangat dan isinya manis. (Sebenarnya KakChik tak makan mee udang, yang tu kawan punya). Sebenarnya hidangan ni ada 3 pilihan: RM6, RM8 dan RM12 sepinggan, ikut saiz dan kualiti udang.
Yang ni barulah KakChik punya, Nasi Goreng Udang, RM12 juga. Memang SEDAP! Cukup rasa. Memang puas hati. Bau dah la wangi, bila dimakan... Subhanallah... nikmat tak terkata, hehehe.
Atas meja kami ada di letak bungkusan ala nasi lemak ni tapi KakChik tak pasti nasi lemak atau benda lain sebab dah petang sangat tak kan ada nasi lemak lagi kan. Allahu'alam.
Kalau ke Taiping dan rasa nak makan Mee Udang yang setanding Mak Teh punya (KakChik dah makan sehari sebelumnya), bolehlah ke restoran ini:
KakChik jamin makanannya sedap berdasarkan apa yang kami telah makan petang semalam. BERBALOI.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
wah besar2nya udang dia...buat saya terliur aje kak chik ni. nanti balik ipoh kena gi cari kat kuala sepetang tu...
ReplyDeleteHmm...nak kena try ni... :)
ReplyDeletesalam kakchik..
ReplyDeleteterliur iza tgok nasi goreng udang kakChik..mmg nampak segar & besar2 udang dia..lapar pulak rasa..hehe
Ooo...kak tie tak pernah rasa mee udang ni...macam mee kari ke ??
ReplyDeleteAhhh!! mee udang!! dah terliur ni... kat utara senang nak dapat mee udang... rinduuuuuu dok sg petani...
ReplyDeletesalam kak chik...
ReplyDeletemee udang tu mmg nmpak sedap ler...
kak chik..beshnye tengok udang besar kedegag tuu.. hihi..
ReplyDeletenasi bungkus dlm daun pisang tu pun emmm... mengancammm... telan liuq ja.. :P
suzi, kalau dah terliur tu, harap maaf la ya, hehehe... takpe... dah tak lama kan nak balik M'sia. nanti boleh gi cari & makan puas2.
ReplyDeleteintan, mesti kena try tu. kempunan nanti.
ReplyDeletewkslm iza, kakchik makan sampai licin... selalunya jarang habis sepinggan nasi. udang tu mmg besar iza, saiz XL & fresh sangat
ReplyDeletekak tie, tak sama dengan mee kari kak. mee udang tu hanya ada mee, udang, bawang goreng, daun bawang & kuahnya yg istimewa. bila digaul bersama jadilah mee yg sedap.
ReplyDeleteSasha, memang org utara terkenal mee ni kan. Ramai yg KakChik tanya, apa makanan yg glamor kat situ, majoriti cakap mee udang. Pi utagha, boleh la try Sha.
ReplyDeleteWkslm Yan, ternyata sedap sekali.
ReplyDeleteiu @ wid, bersabar ajelah dulu. tulis siap2 dlm diari, bila balik M'sia, boleh la gi cari.
ReplyDeleteme baru pekena mee banjir udang mak teh iteww last weeek.. ehehe
ReplyDeleteala kak chik ni saje je buat kite terliur...isk2.nak nasi lemak dlm kelosong tu...
ReplyDeleteyginsaf.com - wah... tentu yginsaf ni orang situ kan atau ke sana bertugas utk pr juga. kakchik makan yg mak teh tu sebelum makan yg selera malam ni. setanding.
ReplyDeletebaran - terliur boleh simpan niat kan, bila balik boleh le ke sana mencari mee udang, hehehe
ReplyDeleteyummy..!
ReplyDeletekalau kittun ke perak, gi lah cari ya.
ReplyDelete