Pagi tadi je yang tak semangatnya, tapi bila sampai ke Zahra', semangat pun pulih sebab beberapa urusan hari ni telah tersedia menanti. Tambah-tambah dapat pulak khabar gembira dari penyumbang utama yang akan meneruskan sumbangan tetap bulanan untuk tahun ni, alhamdulillah. Terima kasih banyak kepada Ingress. Entah bagaimanalah hendak kami membalas budi pihak Ingress kepada Zahra' ni? Buat masa ni kami hanya mampu ucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah permudahkan segala urusan pihak Ingress.

Jumaat lepas, 13 Mac, La sekeluarga pindah balik dari Penang. Lepas tu hari Isnin, CheNah sekeluarga dari Kuala Krai pulak balik bercuti dan malam tadi Abg. Sir sekeluarga (tak termasuk Ashraf yang tak cuti kolej) balik. Kiranya malam tadi rumah kami cerah sampai ke pagi. Semua 7 bilik penuh. Itu tak kira lagi dengan 2 orang bibik.
Yang belum sampai ke kampung ialah Abg. Ee (Papa Long) dan Ama (Ayah Su). Entahla... diorang balik ke tak. Tapi dengan seramai ini yang ada kat rumah, masalah utama ialah 'parking'. Pagi tadi dua kereta kena undur sebab KakChik nak keluar. Eheh, ingatkan Abg. Sir nak bagi pinjam kereta dia yang besar tu, boleh le bergaya sekali-sekala, hehehe. Jangan harap la...
.jpg)
Petang ni sebelum balik rumah, nampaknya KakChik kena singgah di Billion atau Bilal sebab banyak juga kena beli barangan dapur. Telur pun licin. Pagi ni rasanya Ummi dah ke pasar tapi KakChik kena belikan barangan lain. Budak-budak pun mengirim macam-macam tu... boleh la KakChik buat pizza Jumaat ni lepas hantar semua assignment dan selesai kelas terakhir semester ni. Masak untuk ramai orang makan ni seronok.... tak sabar rasanya.
Meriah sungguh..mesti best.
ReplyDeleteUiks...ramainya kat umah tu...sure riuh-rendah, masak nasi tak ckup satu periuk :D
ReplyDeletezureen, memang meriah sakan. masa macam ni lah kakchik harap permohonan cuti diluluskan.
ReplyDeletesri intan, ha'ah kami masak nasi pakai 2 periuk, satu yg sederhana, satu yang besar.
ReplyDeletebesnya adik berdaik berkumpul ramai2...tengok kereta2 parking depan rumah, nmapka macam ala2 kenduri plak :).
ReplyDeletekin, best tu memang best kin. keluarga besar gitulah adanya bila ramai yg balik bercuti. memang betul kin, macam kenduri. tapi bila masing-masing dah balik, kembali senyap sikit macam biasa. senyap sikit je :)
ReplyDelete