Followers

19.3.09

7 pot beras untuk seluruh keluarga


Inilah 2 periuk yang kami gunakan untuk memasak nasi untuk semua yang ada kat rumah ni. Biasanya kami guna yang sederhana tu je untuk masak 3 pot nasi. Bila dah ramai ni kenalah bawa keluar yang besar tu, boleh muat sampai 7 pot kot (pot tu saiznya lebih kurang gelas saiz L kot). Yang seronoknya bila tengok nasinya laku. Siapa lagi yang paling gembira kalau bukan Ummi sebab masa ni lah dia paling seronok memasak. Nampak bersemangat je walaupun fizikalnya bukan sihat sangat. Itulah ibu kita.

Hari ni KakChik ada kenduri di Kg. Sabak, Pengkalan Chepa. Adik kak ipar bernikah malam tadi dan hari ni kenduri walimahnya. Katanya suami dia orang yang kerja di radio Kelantan. KakChik tak pasti pulak stesen yang mana satu. Entah-entah bekerja di bawah bumbung yang sama dengan kenalan KakChik, DJ Fiza kat Kelantan FM. Allahu'alam.

Jadi, petang ni kami akan ke sanalah makan kenduri.

8 comments:

  1. Seronok tu...masak sama-sama..makan sama-sama..meriah gitu..hehe

    ReplyDelete
  2. Salam kakchik..Ooo..ye ek kakchik..ntah2 keje skali ngan fiza kan tapi xdgr lak member fiza or 1 opis tu nak kawen..

    Wah kakchik sonoknya makan reramai ek..masak 2 puyuk nasi g..msti sonok kan..

    ReplyDelete
  3. wah kak chik..mesti meriahkan...makan ramai2 gitu..

    ReplyDelete
  4. salam kakchik...mmg beskan..klu masak ramai2 makan ramai2...bila la leh jumpa kakchik...kakchik ingat x..masa ym aritu..ada menda yg kakchik nak tanyerkan pada cikmin...apakah itu kakchik?

    ReplyDelete
  5. kak tirana, alhamdulillah begitulah kak cuma nak makan sama-sama untuk semua yg ada tu susah sebab meja makan ada 2 pun, satu dah guna buat letak hidangan, satu lagi cuma cukup 4 orang guna je.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikumsalam fiza. kakchik tak sempat la pulak nak tanya pengantin baru ni sebab ramai sgt org. diorang ckp groom keje kat stesen radio kelantan.

    marilah kalau nak tumpang seronok.

    ReplyDelete
  7. yan, terlalu meriah macam hari raya je setiap hari. anak-anak sedara pun cakap, "bu, kita raya ke hari ni bu?"

    ReplyDelete
  8. wa'alaikumsalam cikmin. alhamdulillah best.... kata nak dtg kelantan kan, cuti sek byk lagi, nanti cikmin dtg, blh kita jumpa, insya-Allah.
    ooo... yg kakchik nak tanya tu dah terjawab dah. kakchik cuma nak tau cikmin akan kembali blogging ke & dah terbukti cikmin sudah kembali hehehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails