Dari KakChik kecil hinggalah sekarang, masjid ini dah melalui banyak perubahan. Kini saiznya adalah 3 kali ganda dari saiz masa KakChik kecil dulu. Inilah masjid kesayangan KakChik iaitu Masjid Pulau Melaka.
Dari rumah KakChik hanya 5 minit berjalan kaki sudah sampai ke masjid ini. Dekat kan? Masa kecil dulu KakChik selalu ikut arwah Mok ke masjid ni tapi sekarang jarang dapat berjemaah di sini kerana menjadi tanggungjawab menjaga rumah dan ahli keluarga yang kecil-kecil tu sementara Cik Abe, Ayah dan Ummi dapat beribadat di sini.
Di belakang masjid ini letaknya rumah Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz (Ayah Zik). Ikut jalan di sebelah kanan masjid kita akan terus jumpa rumah beliau. Separuh kayu, separuh batu. Warnanya sama dengan warna masjid. Waktu KakChik ambik gambar ni pagi Khamis lepas memang takde orang di sekitar masjid sebab para pelajar Maahad Tahfiz, Maahad Darul Anuar, SRI Al Anuar dan Pasti Pulau Melaka, semuanya berada di dalam kelas masing-masing.
Nantilah lain kali KakChik letak pula gambar sekolah-sekolah tu.
Kalau nak datang berziarah, silalah.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kakchik syg..
ReplyDeleteaza penah smpai skali je ke sini..dulu2...byk lagi tmpat kat kelantan lum smpai..masa balik kg terhad sgt..tak smpat nak jalan2..
wkslm azza. tak sangka azza dah prnh sampai ke sini. kakchik pun duduk aje dii kelantan tapi bukannya tau dan pergi ke semua tempat. tempat yg terkenal pun belum habis kakchik jelajah. malu pulak kat para pelancong hehehe.
ReplyDeletewahh, ni yg terign nk pegi melancong ni~
ReplyDeleteekeke;) tp wangnye ngaak ade.
dulukn mar igt 'pulau melaka' ni kt area pulau. hiks! bace profile tok guru mase tu. rupenye bukan ye kak chik.
Wah....Kak tie jarang sekali berpeluang bersembahyang di masjid...tentu seronok...kali terakhir bersembahyang hari raya korban di masjid selising...best betul..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletelama sungguh tak ke masjid tu.. dah lama pn tak gi KB. Rasanya dah a bit berubah dah masjid tu..
Salam kakchik...
ReplyDeleteSemoga Masjid itu terus kekal menyebarkan ilmunya..
Kakchik menggamit nostalgia la :). Sy slalu lalu kat pulau melaka tu..
ReplyDeletemar - jemputlah dtg mar, kakchik blh jd pemandu pelancongnya. mmg pulau melaka ni asalnya pulau cuma salah satu sungainya dah kering.
ReplyDeletekak tie - kakchik pun jarang dapat solat di masjid tapi kakchik yakin solat kita sbg org pompuan, di bilik kita lebih afdhal. cumanya nak lah jg selalu2 ke masjid kan blh rapatkan ukhuwah sesama jiran.
ReplyDeletekaknik - wa'alaikumsalam. bila kali terakhir kaknik dtg? masjid ni berubah sikit je terutama bhgn muslimin.
ReplyDeleteibnurashidi - wa'alaikumsalam. terima kasih kerana mendoakan yg baik2 untuk masjid pulau melaka.
ReplyDeletesri intah - sblm ni sri tinggal di mana kat kb ni? kalau selalu lalu mesti dekat-dekat ni.
ReplyDeleteSalam kakchik...
ReplyDeleteTeringat kakchik slalu sebut pasal rumah tok guru .. aci ke kalau kakchik snap gambar tok guru senyap..just nk tengok dia pada hari2 biasa..
Katanya tahun lepas 9 Mac 2008, org dok sibuk2 rai kemenangan tok guru dok rilek2 di kebun rumah beliau.. :-)
Wkslm Lin.
ReplyDeleteTak dpt la nak buat cam tu Lin. Rmh dekat pun bukan blh nampak dr rumah KakChik. Lagipun masa KakChik free, Tok Guru takde kat rumah & gitulah sebaliknya.
Lagipun... KakChik segan :) :)
teringat kenangan dulu penah bertamrin di situ....rindu pada sahabat2...
ReplyDeletekin, mmg kat sini ramai sungguh org buat tamrin. kakchik dulu masa mula2 involve dgn tamrin pun bermula di sini masa tingkatan 4 dulu.
ReplyDelete