Followers

7.3.09

Seronok dapat masuk ofis semula...

Assalamualaikum semua & ceria-ceria selalu.

Hari ni KakChik kembali ke ofis selepas bercuti 2 hari dan bersambung dengan cuti hujung minggu jadilah 4 hari tak keje. Kononnya nak siapkan tugasan belajar tapi tak siap juga kerana hal-hal lain yang menghalang. Tapi, jangan risau, akan dipastikan siap juga sebelum tarikh akhirnya. Sebenarnya salah satu tugasan perlu dihantar semalam tapi tutor baik hati dia lewatkan seminggu lagi kerana ada pelajar yang belum dalam buat temujanji dengan pihak tadika kerajaan. Biasalah nak masuk tadika kemas atau perpaduan kena ada surat rasmi. Pihak 'u' pulak tak buat suratnya... jadi kena pandai-pandai sendirilah.

Pagi-pagi tadi ada teman yang menyapa tatkala KakChik sedang kemaskan email. Terasa senyuman kat bibir ni susah nak hilang, gembira je rasanya, hehehe. Terima kasih ya azza, menegur KakChik pagi-pagi, dah la masing-masing beleum ... ehem batuk pulak. Hanya kita berdua je tau. Syyy... malu nanti. Rasa nak senyum je, tambah-tambah sehari dua lagi ulang tahun perkahwinan KakChik dengan Cik Abe akan sampai. Hai... pejam celik, pejam celik, dah nak 7 tahun kami hidup bersama, hehehe... harap-harap rancangan untuk program istimewa bersama akan berjalan dengan lancar dan mendapat restu dari Allah Ta'ala. Ulang tahun kami 12 Rabiul Awwal.

Tengoklah aksi Nana yang 'happy' sebelum bertolak balik ke Penang.

Sehari dua ni jugak terasa agak sunyi sebab Kakak dan Nana balik ke Penang bertemu Ibu mereka. Yang sebenarnya Abah diorang bawa diorang balik ke sana ialah untuk temankan Ibu diorang sambil kemas-kemas untuk berpindah balik semula ke Kelantan. Alhamdulillah... La dah dapat pindah ke hospital di KB ni. Teringat minggu lepas Nana demam dan batuk menjadi-jadi sebab rindukan Ibunya. Kali ni bila Abah dia kata nak balik Penang ambik Ibu, macam serta-merta demam sembuh. Gitulah anak-anak, bila lama terpisah, rinduuuuu pada ibu. Kita pun ada pengalaman juga masa lama dok sekolah asrama dulu. Orang kata 'homesick', hehehe.


Dia nak naik dah... klik untuk besarkan.

Eh, lupa pulak. Ingat nak kongsi gambar yang KakChik ambik petang semalam kat 'airport'. Masa tu KakChik sedang tunggu jalan 'clear' untuk buat 'u-turn' dan ternampak kapal terbang Air Asia yang sedang bersedia nak terbang. Apa lagi, snap-snap la. Ni kali pertama dapat tengok, selalu kita yang naik. Seronoknya... Nasib baik kat belakang takde kereta lain, kalau tak, kena hon lah nanti sebab lama dok kat tempat 'u-turn' tu. Tapi... seronok.

Oklah dulu untuk pagi ni. KakChik nak tengok orang baiki bumbung ofis ni. Dah berbulan bocor. Jumpa lagi. Tata.

8 comments:

  1. salam kakchik syg..
    ssyyyy...rahsia tu kita je ek...tapi skrg dah wangiiii....ehhee..

    mmg hasrat hati ni besar sgt...insya allah..jika takde aral pasti kita kan jmpa..
    jgn terkejut tgk aza dah la ya kak...hehe

    ReplyDelete
  2. peaceeee kak.chik! hihihi... akak, kita nk ucap slamat ulang tahun perkahwinan awal2 la yerk! sbb masa tuh nnti dh naik kapal tobang! hihihi moga perkahwinan kakchik ngan cik abe akan terus berkekalan wat selama2nya.... aminnnnnn...

    tingin gak nk jumpa kakchik kat KB! tapi hmmmmm..jauh bonar la yerk! heeee.. tkpe.. mana tau satu ari leh jumpa jugak kan! salam rindu kakchik! sehingga berjumpa lagiii...

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumsalam azza dearie. hehehe kelakar ingatkan kita pagi tadi. kakchik pun rasa macam tak sabar je nak tunggu cuti sek ni. Moga-moga Allah pertemukan kita.

    ReplyDelete
  4. hana, mekasih yo.. biar lah awai pun kakchik happy je. amin. amin. amin. doa yang baik kena aminkan. kakchik pun selalu gak cakap kat cik abe, bestnya kalau dpt jmpa kwn2 blogger ni. macam hana yg antara blogger yg trigger minat memasak kakchik, mmg suka kalau dpt jumpa.
    kdg2 jauh jaraknya tp kalau Allah nak bagi jumpa, kat mana2 pun blh kan.

    ReplyDelete
  5. ucap awal jugak la...selamat menyambut ulangtahun persatuan dua insan. semoga persatuan itu terus bersatu dan membuahkan hasil..heee..heee. aminnnnn

    ReplyDelete
  6. tima kasih la one z. awal pun takpe lah, nak buat camna kan. moga-moga Allah makbulkan, amin.

    ReplyDelete
  7. kak chik dlm mood sgt gumbira :).

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs