Followers

25.3.09

Yang Terbaru !


Semalam KakChik dah janji nak 'update' dengan gambar buku-buku yang KakChik gi ambil di Popular. Sebenarnya bukan semuanya buku tapi termasuk 2 kotak peralatan untuk membantu dalam pendidikan kanak-kanak. Dah lama mencari sekitar KB ni tapi tak jumpa hinggalah diberitahu yang Popular akan mempunyai stok untuk promosi bulan Mac, alhamdulillah.

Novel-novel tu pula untuk menambah koleksi novel untuk disewakan di MariBaca.
Buku FAHAMILAH PERASAANKU: 30 Luahan Perasaan Suami tu untuk bacaan dan koleksi sendiri. Order dengan PTS tak dapat, mungkin stok takde, jadi dah tak sabar nak baca, beli dengan Popular boleh la 20% diskaun.

Sekejap lagi nak keluar ni, mungkin akan keletihan bila balik nanti. KakChik nak gi menyelam sambil minum air ni, hehehe.

Pagi ni nak ke bandar sekejap untuk beberapa urusan berikut:

1. POSLAJU - menghantar 3 bungkusan buku, membayar bil Celcom Broadband & elektrik

2. MAYBANK - mendeposit 2 cek (PTS & Personal)

3. BIMB - mendeposit tunai (ansuran kereta) & cek (MariBaca)

4. SMO & Jaafar Rawas - membeli buku untuk koleksi suku pertama Dar Nur al-Zahra'

Jadi, jumpa petang nanti.

7 comments:

  1. Aduhai...seronoknya ada buku baru...

    ReplyDelete
  2. salam kak chik...
    byk juga urusan yg perlu diselesaikan tu...harap semuanya berjln lancar.

    ReplyDelete
  3. Kak Tie, dapat buku baru memang seronok tapi belum dapat dibaca sebab kena baca buku mengaji dulu, exam dah dekat...huhuhu

    ReplyDelete
  4. wkslm suzi, alhamdulillah dah selesai semuanya. nak buat macamana kan dah tugas kakchik. paling lama dok pej pos, punyalah ramai orang, nak parking pun 2, 3 kali pusing baru dapat.

    ReplyDelete
  5. Salam.... bisneswomen cam KakChik ni, tak tentu hari nak bayar deposit kereta....
    Gaji masuk tiap2 hari, tak gitu KakChik?

    ReplyDelete
  6. Wkslm KSPulau,

    eh, mana boleh kata macam tu... sampai harinya deposit kereta tetap kena bayar.
    mana ada gaji masuk tiap-tiap hari. tiap-tiap hari tu wang perniagaan, tak boleh ambil melainkan gaji dihujung bulan.
    kalau tiap-tiap hari kira gaji, alamat bangkrap la bisnes kakchik tu, huhu.

    ReplyDelete
  7. dah abis baca novel2 tu kakchik buat ulasan skit bole tak?... sha teringin nak kembali membaca...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails