Followers

13.3.09

Tahniah Nabil Izzudien

Nabil Izzudien Mohd. Nasir, 18 (Angah)

Semalam keputusan peperiksaan SPM telah pun diumumkan. Teringat pulak 18 tahun yang lalu bila mana KakChik pun melalui pengalaman yang sama dengan adik-adik semalam. Masih terasa sepanjang 4 bulan menanti keputusan, dalam hati memang akan sentiasa terbayang-bayang bagaimanakan keputusannya. Akhirnya, bersyukurlah dengan keputusan yang diperolehi. Nak dapat secanggih adik-adik sekarang ni tak lah tapi boleh dikatakan baguslah juga.

Sebenarnya semalam seorang anak saudara KakChik adalah antara beribu remaja di seluruh Malaysia yang menerima keputusan peperiksaan SPM. Alhamdulillah, kami sekeluarga bangga Angah (Nabil Izzudien) telah berjaya memperolehi 12A1. KakChik dulu dapat separuh je daripada tu. Tahniah Angah! Tahniah atas kejayaan ini. Tentu abah dan ummi gembira sesangat, tambah-tambah Angah juga cemerlang dalam akhlak.

Angah bersama adik-beradik dan sepupu-sepupunya semasa Aidil Fitri 2 tahun lepas.

Anak saudara KakChik yang kedua ni KakChik masih ingat masa kecilnya dulu dia suka tidur di atas bahu KakChik. Hinggakan KakChik ni digelar 'lembek buruk' oleh ahli keluarga. Lembek buruk yang selesa, yang kanak-kanak kat rumah ni suka sangat berebut untuk buat tidur. Masa tu ialah 18 tahun yang lalu. Masa tu KakChik sedang tunggu keputusan SPM juga. Oleh sebab 'boring' asyik dok di rumah dan baca buku je, KakChik pun bergilir-gilir me'round' rumah abang-abang di Kuantan dan Shah Alam. Selama sebulan di rumah abang kedua, KakChik turut menjaga Angah yang masih kecil masa tu. Comel sungguh masa Angah 'baby'. Ingat nak letak gambar kat sini tapi 'scanner' pulak tak 'sporting'.

Sekarang giliran Angah pula mendapat keputusan SPM dan rasanya paling cemerlang dalam keluarga kami setakat ini. Alhamdulillah. Angah yang pandai membaiki itu ini, Angah yang rajin membantu ahli keluarga dengan software-software komputer yang terkini, Angah yang suka makan roti yang KakChik bakar, Angah yang 'berjurus'. Semoga kejayaan ini akan terus menjadi pendorong kepada Angah untuk terus meraih kejayaan di masa depan sama ada dalam akademik dan juga syakhsiah.

TAHNIAH ANGAH!

12 comments:

  1. Salam,

    Kak Chik, tahniah kepada anak saudara kak Chik yer... Sangat terharu mendengarnya..

    ReplyDelete
  2. Wkslm Liana.

    Terima kasih atas ucapannya.

    ReplyDelete
  3. tahniah buat angah kakchik tu...semoga terus cemerlang dlam kehidupan.

    ReplyDelete
  4. salam kak chik...

    wah bestnya tahniah pada angah..

    ReplyDelete
  5. yan, mekasih ya. tentu dia seronok sangat.

    ReplyDelete
  6. salam kakchik..tahniah dr fiza tuk anak sdra kakchik..susah tu nak dpt 12 A1..ni yg sonok bl ramai anak2 klantan bjaya..tahniah..tahniah

    ReplyDelete
  7. wkslm fiza. terima kasih. memang kita rasa bangga kan kalau mereka berjaya.

    ReplyDelete
  8. Masya Allah..
    hebat2 :)
    Hebat lagi kuasa Allah
    TAHNIAH untuk anak saudara Kak Chik ya :)
    Moga Allah berkati :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih aina. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. tahniah2....dia sekolah kat mana dulu?

    ReplyDelete
  11. terima kasih muhayniey. angah sebelum ni sek di sbp integrasi gombak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs