Followers

21.3.09

Menarik untuk dikongsi sebab kita melaluinya

Sekadar ingin berkongsi satu tulisan yang berguna untuk:
  • Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
  • Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
  • Bagi yang berkeluarga perlu mengajar
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Wahai SUAMI renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

-------------------------------------------------------
Nota:
  • Laksanakanlah TANGGUNGJAWAB masing-masing sebaiknya.
  • Jangan 'TAKE EVERYTHING FOR GRANTED' saja.
  • INGAT! Siapa anda dalam perkahwinan itu.
  • SUAMI bukan RAJA dan ISTERI bukan HAMBA.
  • Lakukan URUSAN rumahtangga BERSAMA-SAMA.
  • Kalau DUA-DUA BEKERJA, bantu membantulah. Nanti SATU PIHAK akan rasa teraniaya tapi tidak mampu menyatakannya.
Sumber: Idham Lim & gambar pengantin (Kubra, anak Recip Tayib Erdogan & suami, Memet) dari internet

4 comments:

  1. Memberi banyak peringatan buat zureen tatkala membaca dan menghayatinya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kalau ianya memberi manfaat untuk Zureen juga.

    ReplyDelete
  3. mmg tol2 trsentuh jiwa nurani lily sbg seorg istri kakchik..mekasih bnyk kakchik..nanti lily nk suh hubby bace gakla ye...really nice kakchik

    ReplyDelete
  4. Lily, baguslah kalau suami sudi membacanya. Selalunya suami jarang nak baca kalau tulisan macam ni. Sangat bermakna untuk kita suami isteri

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails