Followers

7.3.09

Pukul 1.00 hingga 2.30 petang

SILA BACA BERMULA DARI BAWAH SEKALI...
:)
:)
:)

Nak buat sendiri tak pandai dan takde masa... jadi beli ajelah Blueberry Cheese Cake dan Cherry Cheese serta Blueberry Bun. Bila sampai kat ofis, tak dapat la pulak nak makan. Sebabnya... ada penyewa dewan yang belanja makan tengahari, lauk-pauk semua dah terhidang. Rezeki datang bergolek... simpan dululah kek-kek ni, makan petang nanti dengan Cik Abe.

Dalam perjalanan balik ke Zahra' ternampak banting ini. Wah... menarik ni. Insya-Allah nak pergi tengok nanti kat Dataran Warisan. Pesta Makanan, 13 - 15 Mac - hari deadline hantar tugasan.

Hehehe, seterusnya KakChik ke Cintaku nak beli kek yang kecik-kecik tu. Nak beli yang mana ek? Nampak sedap semuanya... mmm

Selepas ke Cintaku KakChik ke kedai Bata nak beli selipar. Ada paten baru, senang je bila pakai selesa, hati berkenan, harga pun berpatutan, belilah sepasang. Gambar lupa nak ambik. Kemaskini malam nanti lah. Kemaskini: Bagaimana? Cantik tak seliparnya. Orang panggil wedges. Ringan je... dan lembut je alas kakinya. Selesa.

Sukanya tengok beg-beg hasil kraftangan ni. Ada peniaga yang buka gerai kat depan Popular. KakChik tengok cantik, terus ambik gambar. Tak beli pun... Ini bukan persinggahan kedua ya.

Ini tempat kedua & utama yang KakChik pergi. Selepas ambik duit di atm Maybank kat tingkat 2 terus ke Popular. Nak cari buku-buku baru... sebagai ahli dapatlah diskaun 20%. KakChik beli buku-buku yang takde kat MariBaca untuk koleksi peribadi.

Gambar buku tak ambil lagi sebab bungkusan semua masih dalam bonet kereta. Nanti balik rumah KakChik ambil gambarnya. Kemaskini: Itulah buku-buku yang KakChik beli semalam. Bila nak baca? Takpelah kita cari masa membacanya.

Itulah destinasinya... KB Mall. Ada 3 tempat yang KakChik nak pergi ni, ambik duit, kedai buku dan beli kek.

1.00 petang - bertolak dari Zahra' menuju ke destinasi. Sampai di hadapan Maybank, jalan sudah penuh sesak.

6 comments:

  1. kakchik, ada jualan murah x kat kbmall? hehhe. semlm shu g mydin + pantai timur jer cari hadiah. sepupu bekwoh. paking mmg payah.

    ReplyDelete
  2. shu, kakchik tak pasti pulak sebab masa gi tadi kakchik memang tak melilau sangat sebab memang gi ke tempat yg nak dituju je. jalan pun laju, malas nak rewang-rewang sebab org ramai sangat.

    ReplyDelete
  3. sedap nmapaknya kek yg comel itu... :).

    ReplyDelete
  4. kin, kek tu tak sedap sangatla sebab agak lembik dan manis sangat. mungkin kakchik akan pilih yg lain. looks can be deceiving.

    ReplyDelete
  5. erk,br nk ckp yg kek tu nmpk cm sedap je. hiks!

    wahh, byknye buku kak chik. jeles ni. haha!~

    aritu dh nampak dh buku"jdlah wanita yg plg bahagia" tu. cm menarik tp ongkosnye blom cukup. ekeke;)

    ReplyDelete
  6. Mar, kek tu kalau org suka manis memang akan suka. Tapi KakChik ni manis-manis ni kurang sikit. Kalau kek keju nak yang rasa masam sikit.

    Buku banyak ni satu pun KakChik tak sempat baca lagi sebab dok habiskan buku yang beli bulan lepas dan buku untuk Reading Challenge.

    Buku La Tahzan untuk wanita tu KakChik dah baca sikit-sikit (koleksi Zahra'), belek-belek dah baca mana yang terbelek. Setakat ni memang puas hati.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs