Assalamualaikum semua dan semoga kalian sekarang dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu. KakChik hari ni sedang berada di Bukit Gantang, tau-tau ajelah buat apa kat sini di waktu ini. Bertolak petang semalam jam 4 petang, ambil 2 orang kawan di Kedai Mulong dan terus menuju ke Jeli. Sebaik sampai di Rantau Panjang hujan pula mula turun dengan lebat, suasana macam waktu malam yang hujan ribut. KakChik bawa ajelah kereta dengan hati-hati sambil mata mencari masjid untuk singgah solat Asar.
Akhirnya kami singgah solat Asar di sebuah masjid di Bukit Bunga dalam hujan yang lebat tu. Habis basah kami bertiga tapi solat mesti dilaksanakan juga kan. Alhamdulillah, lega bila dah solat. Sambung perjalanan, tiba-tiba 'wiper' depan KakChik pulak tercabut. ALAMAK! Berhentilah kejap baiki 'wiper' dan sambung perjalanan.
Bila nampak minyak dah nak 'E' kami dah masuk daerah Gerik. Singgah isi minyak di DESCO sebuah stesen minyak kecik. Semua ok lagi. Teruskan perjalanan. Tukar pemandu, kawan pulak yang bawa. Tapi KakChik asyik dengar bunyi tak sedap je.
"BUNYI APA TU?"
"BERHENTI NOR. KAKCHIK NAK TENGOK LA"
"YA ALLAH... TAYAR PECAH LA NOR"
Selepas cuba meminta bantuan tapi takde orang yang nak berhenti menolong, kami ambil keputusan untuk undur semula ke stesen minyak tadi. Gerak sikit kami ternampak sebuah restoran. Alhamdulillah.. ada orang.
Alhamdulillah dapat jumpa Maklong dan Paklong tuan punya restoran yang baik hati tu. Merekalah yang menumpangkan kami berteduh dari hujan sementara Paklong mendapatkan bantuan sebab dia pun tak pandai nak buka tayar kereta KakChik. Solat Jamak Taakhir Maghrib & Isyak kat situ sambil menunggu tayar ditukar.
Syukur takde apa-apa yang bahaya berlaku. Ini baru dugaan yang kecik. Ujian Allah masih banyak yang bakal dilalui.
Mekanik yang dicari oleh Paklong sedang tukar tayar. Nasib baik adik mekanik ni tak ikut kawan-kawannya masuk hutan main motorcross. Dapatlah bantu kami. Katanya malam-malam hujung minggu selalunya diorang suka main motorcross. Rezeki kami, alhamdulillah.
Tengok tu bukan main penyek lagi!
Sedang menanti mekanik balik ke bengkel dia untuk isi angin ke dalam tayar 'spare'. Inilah orang pompuan, bukannya nak beringat sebelum bertolak. PENGAJARAN yang sangat besar ni!
Sedang menanti mekanik balik ke bengkel dia untuk isi angin ke dalam tayar 'spare'. Inilah orang pompuan, bukannya nak beringat sebelum bertolak. PENGAJARAN yang sangat besar ni!
Inilah tayar depan sebelah kiri yang pecah tu. Tadi bukan main penyek lagi tapi bila dibiarkan dia jadi normal balik.
Akhirnya, selesailah sudah mekanik tu menggantikan tayar kereta KakChik yang pecah tu. Alhamdulillah... syukur sangat-sangat.
Alhamdulillah, syukur sesangat akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju. Walaupun perjalanan tanpa Cik Abe yang tak dapat ikut sebab ada urusan sekolahnya, kami selamat. Dan tiada siapa pun yang panik. Mungkin kerana perjalanan ini telah dimulakan dengan doa dan niat yang mulia. Segalanya dilalui dengan tenang. Semoga perjalanan pulang pun akan selamat juga.
Terima kasih kepada pasangan suami-isteri, Maklong dan Paklong yang telah sudi membantu kami.
salam kakchik....ada apa kakchik ke kl...seb bek la xde apa2 yg serius berlaku kan kakchik...mujur sedar awal...
ReplyDeletekak chik.. shiyannye.. sabar ye.. selamat berjuang di bukit gantang.. :)
ReplyDeleteSalamz.. k.chik..,
ReplyDeleteerm..nasib baik cuma wiper & tayar aja yg bermasalah...semoga k.chik selamat sampai ke destinasi & pulang dgn selamat juga.
wkslm cikmin. kakchik bukan ke kl ni tapi ke bkt gantang. itulah cikmin, syukur Allah bagi kakchik rasa tak sedap hati, kalau tak entak kemek sport rim tu.
ReplyDeletememang kesian kan iu. huhuhu... insya-Allah selamat. kalau berniat baik, kita sentiasa harapkan pertolongan Allah.
ReplyDeleteWkslm kittun. Alhamdulillah, itu je masalahnya. Terima kasih ya doakan keselamatan Kakchik.
ReplyDeletela...dugaan betul tuh! tapi tak pe, alhamdulillah semua selamat, k chik pun dah selamat sampai tempat yg dituju...
ReplyDeletealhamdulillah kin, semua selamat dan Allah bagi kita tenang je semasa dalam keadaan tu.
ReplyDelete