Followers

21.3.09

Sarapan Pizza Segera


Yang sebenarnya KakChik berangan nak makan pizza sejak beberapa minggu lepas lagi. Tapi kesibukan dengan 'assignment' dan kerja pejabat dan MariBaca, niat itu tertangguh. Lepas tu keinginan jadi makin kuat bila ramai orang kat rumah ni. Janji nak buat pizza petang semalam tunda ke pagi tadi. KakChik buat pizza segera je.

Pizza Segera ni hanya menggunakan roti sandwich, sayur campur, bawang besar (dadu), sos cili & tomato, oregano, sosej (rebus dulu, hiris bulat2) dan keju cheddar (slices). Nak cepat kan...

Nak buat pun senang je:
  1. Sediakan 2 biji tudung periuk (dah kata nak cepat kan) yang disapu marjerin.
  2. Susun 4 keping roti ke atas setiapnya.
  3. Sapukan sos rata-rata.
  4. Taburkan sayur campur.
  5. Letakkan sosej.
  6. Taburkan bawang.
  7. Taburkan serbuk oregano.
  8. Letakkan sekeping keju cheddar atau koyak-koyakkan.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 180 selama 10 minit.


Senang & Cepat Sekali. Sayangnya satu pun KakChik tak sempat merasa, huhuhu. Licin dimakan anak-anak sedara. Kata Irfan, "sedaplah chikja." Hehehe, terima kasih ya anak sedaraku. Ini yang semangat nak buat lagi ni.

14 comments:

  1. kakchik...cikmin pun selalu wat ni..hari ni klu ada rezeki org trengganu nak dtg rumah..ingat nak buat pizza jgk..anak2 pun dah tanye lama ibunya x wat pizza yg mcm pizza hut...kakchik..percel dah sampai ke?

    ReplyDelete
  2. itulah cikmin, kakchik rasa pernah je nampak dalam blog cikmin. idea nak buat pizza macam ni dtg dr situlah kot.

    eh, hadiah yg cikmin maksudkan tu dlm parcel? cikmin... biar betul ni. kakchik ingatkan akan dpt hadiah 'maya' je. belum sampai tu... ni yg happy ni. muah, muah, TQVM cikmin.

    ReplyDelete
  3. chikja, kita pun nk jugak...he.he,he...

    ReplyDelete
  4. hehehe, pagi tadi ngape noorma tak ke dapur, habis nabil-nabil habiskan pizza tu, chikja tak ingat noorma dok bilik air. nanti petang chikja buat yg lain ya.. jangan nangis ek.

    ReplyDelete
  5. betol la kakchik..cikmin pos hari khamis pagi..lepas buat announcement kt blog cikmin tu..cikmin tanyer sbb nama penerimanya cikmin tulis KAKCHIK jek..hehehe...alamat kt mari baca la..ingat x dulu cikmin minta alamat kt kakchik??itu la tujuannya...

    ReplyDelete
  6. mekasih ya cikmin, hadiah dah sampai tu tapi ptg nanti baru kakchik blh tgk. ooo... hari tu minta alamat rupanya nak hntr hadiah... kakchik ingatkan cikmin nak dtg kb, nak singgah di maribaca. patut le org penghntr tu tel tanya, "kakchik ke tu?", hehehe

    ReplyDelete
  7. sama2 kakchik..hehehe...insya'ALLAH kakchik..nnt cikmin sampai sana...cikmin ada wat entry psl hadiah ni kt blog cikmin..pagi pos adiah kt kakchik..malam tu cikmin jadik visitor ke 100,000 kt blog LG..dpt jgk hadiah...alhamdulillah..

    http://kasehabadi.blogspot.com/2009/03/100000-punyer-cite.html

    ReplyDelete
  8. erm, nmpak sedap dn yg penting senang nk buat... nnt tera try, thanks ya

    ReplyDelete
  9. salam kak chik...

    wah best nie..tak penah lak cuba buat pizza segera camnie...nanti nk cuba lah jugak..ehehe..thanks kak chik dh kasik inspirasi nie...

    ReplyDelete
  10. Uishhhh..sedapnya pizza...lama dah tak buat..

    ReplyDelete
  11. cikmin......... terima kasih banyak. ni yang buat kakchik makin sayang kat cikmin ni. muah, muah.

    ReplyDelete
  12. tera, selamat mencuba, insya-Allah tak makan masa lama pun. sedap...

    ReplyDelete
  13. wkslm yan. cubalah yan. senang sesangat ni.

    ReplyDelete
  14. kak tirana dah lama tak buat pizza pun takpe sebab ada masak-masak makanan lain kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs