Followers

9.3.09

Laksa Johor Untuk Keluarga



Tengahari tadi kami sekeluarga menjamu selera dengan Laksa Johor. Sebenarnya KakChik tak masak pun sebabnya Kakak datang dan dia memang berniat nak masakkan Laksa Johor sebagai hadiah untuk hari ni. Kakak KakChik tu memang seorang Kakak yang amat disayangi oleh 5 orang adik-adik perempuannya.

Nak tolong dia kata tak payah sebab semuanya dia boleh uruskan. KakChik tunggu makan je. Hehehe, memang jadi tukang makanlah tadi. Memang sedap Laksa Johor ni. Yang peliknya kalau Laksa Kelantan, KakChik tak makan padahal lebih kurang je. Yang berbezanya ialah laksa dan kuahnya. Walaupun kuahnya tetap juga guna ikan tapi KakChik hanya makan Laksa Johor. Gembiralah orang Johor ya sebab KakChik lebih suka laksa sana daripada yang tempatan.

Jeng, jeng... nak ke mana ya malam ni?

13 comments:

  1. Alamak kakcik !

    Kak tie dah terliur ni...hu hu...memang dah lama tak makan laksa johor...nak tunggu balik kota tinggi, suruh mak buat lagi sedap..hihi...

    ReplyDelete
  2. Kak Tie orang Johor mesti lebih pandai buat laksa ni kan. Ehem Mak Kak Tie lebih pandai, hehehe. Kalau tunggu nak balik KT tu bila tu Kak Tie? Nanti kan termimpi-mimpi pulak. Jemput makan ya.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...

    Kak Chik..tu fav food huda tu..hehehhe...wahhh seronok rasanya Kak Chik minat laksa johor..heheheh
    Huda anak jati johor...:)

    ReplyDelete
  4. Uish..sedapnya tengok laksa tu..tapi nak buat tak pandailah pulak..sharelah resepinya Kak Chik.(he3)

    ReplyDelete
  5. hem..betul2 buat yan terliur..huhuhu...bak sini sikit kak chik...ehehe..

    ReplyDelete
  6. Salam kakchik. Wahh kakchik pun ada baca blog saya? Malunya org berilmu baca..ish.

    Kakchik..saya tak sukalah laksa johor. Dahla mee dia ala2 spageti gitew. Laksa lemak kelate lg sedap. nyum nyum.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikumsalam Huda. Memang KakChik suka Laksa Johor ni. Huda pandai buat tak?

    Zureen - KakChik pun bukannya pandai Zureen, Kakak KakChik yang lebih pandai. Dah janji dgn dia nak resepinya. Insya-Allah KakChik kongsi kat sini.

    Yan, laksa ada lagi tapi kuah dah habis la.. macamana nak bagi kat Yan, huhuhu.

    Wkslm Emy & terima kasih datang juga ke 'rumah' KakChik ni. KakChik mmg peminat blog Emy tu. Suka baca ceritanya & cara Emy menulis mmg best. Ooo Emy tak suka laksa yg ni ya. Takpe, kalau dtg ke rumah KakChik, KakChik hidang laksa Kelantan.

    ReplyDelete
  8. yumm laksa johor...saya suka.... sebenarnya saya suka kebanyakan makanan yg berkuah yummm...

    ReplyDelete
  9. Oh, ada sorang lagi yang suka laksa johor. Suzi bolehlah berkawan dgn adik-beradik KakChik yang lain, diorang semua makan apa jenis laksa pun.

    ReplyDelete
  10. sy pn suka laksa..wlupn orng jhor,tp lbih suka mee laksa blah utara..dtmbah pula smbl blcn...nym,nym,nym..trliur dh ni...

    ReplyDelete
  11. reen, terbalik pulak kita kan. kakchik suka laksa johor lebih dari laksa kelantan tu.

    ReplyDelete
  12. lksa jhor gna spgetti la kak..muak,kuahny plak bsantan...kurang minat..tp klu lksa klantan ke,kdah ke..mmng pebret!!spriuk pn leh abis!mkn pns,hirup kuahny..perhhhhhh.....he...

    ReplyDelete
  13. reen, kakchik suka laksa johor tu sb dia guna spaghetti la, kuah dia bersantan tapi tak la lemak macam kuah laksa kelantan ni. apa-apa pun selera kita ada jg yg tak sama kan, itulah uniknya diri kita ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails