
Kakchik memandu dari sana sehingga ke Batu Melintang di Kelantan iaitu melebihi 200km sebelum diganti kawan kakchik, Nurul. Gambar kat atas tu kakchik ambil semasa dia yang memandu. Sepanjang perjalanan segalanya baik kerana kami dah tambah minyak, cek angin dan mana yang patut sebelum memulakan perjalanan tadi. Tak sangka rasanya sebab inilah kali pertama kakchik memandu begitu jauh. Sebelum ni ke KT pun tidak sejauh itu.
Singgah solat, makan & rehat di Batu Melintang pada jam 2.30 ptg dan selepas tu kami meneruskan perjalanan menuju ke Machang untuk menghantar adik Abdullah Fahmi. Dapatlah kakchik kenal rumahnya, seronoknya...








Alhamdulillah. Jam 5.30 petang kakchik sudah pun sampai di rumah, disambut meriah oleh anak-anak saudara di halaman dengan macam-macam soalah. Masing-masing tolong angkat beg sebab nanti nak dapat hadiah. Jumpa orang tersayang dengan pelukan rindu, terasa hilang segala penat lelah memandu dan bekerja di Bukit Gantang. Memang berbaloi.
Inilah dia 3 orang anak saudara kakchik yang riuh-rendah menyambut kepulangan Makcik kesayangan diorang ni, hehehe. Bergaya dengan baju upin-ipin, "Taati Allah & Rasul, Taati Ibu & Bapa" dan "Jangan Tinggal Solat."