Followers

7.1.11

Sup Telur Derai-Derai dan Telur Dadar Buttercup

Assalamualaikum... salam kasih-sayang untuk para tetamu.

Kakchik baru balik dari Mydin ni bawa Ummi membeli-belah barangan dapur. Huhu, bekalan minyak masak kat Mydin KK hampir 2/3 sudah kosong raknya. Yang tinggal minyak masak jenama Daisy, Sunbeam, Naturel dan beberapa jenama yang kakchik tak biasa beli. Ummi beli 2 botol minyak Daisy yang 2.5 liter (kalau tak silap) cukuplah untuk bekalan keluarga kami untuk sebulan lebih. Selain memasak untuk keluarga, kami juga memasak untuk para pekerja yang sedang menyiapkan rumah kakak, sebab itulah perlu banyak bekalan.

Telur Dadar Buttercup

Selesai membeli-belah dalam jam 6.30 petang, kiranya sejam setengah kami meronda dalam Mydin tu. Sampai di luar hari sudah sangat gelap dan hujan pula sedang lebat. Kakchik tinggalkan Ummi menunggu di tepi troli kat depan pintu utama Mydin dan kakchik ambil kereta tapi terpaksa menunggu hingga jam 7 malam baru kakchik dapat keluar dari tempat parking. Kesesakan yang amat teruk di pintu keluar Mydin yang hanya cukup-cukup muat sebuah kereta.

Alhamdulillah, 7.45 malam kami akhirnya dapat keluar dari kawasan Mydin dan balik dalam hujan lebat. Kesian Ummi, kesejukan dia menunggu kakchik tadi. Sampai di rumah ada 10 minit lagi nak pukul 8, Ummi terus naik untuk solat Maghrib dan kakchik yang uzur ni dapatlah turunkan barang-barang sementara tunggu bibik datang angkat ke dalam. Sekali ingat taknak pergi membeli-belah tapi bila keadaan memerlukan, terpaksa juga pergi.

Sup Telur Derai-Derai

Yang syukurnya, menu makan malam sudah disediakan jadi cik abe dapatlah makan w/pun keseorangan. Senang hati ni bila balik ke rumah suami dah pun kenyang. Cuma sekarang menanti air masak untuk kakchik bancuhkan kopi untuk dia. Kakchik akan makan sebentar lagi selepas selesai taip entri ni. Menu kakchik macam biasalah... tentunya yang sempoi-sempoi saja. Yang penting cik abe suka.

Ok, cukuplah di sini saja untuk hari ni. Masa untuk membersihkan diri dan berehat. Esok kerja macam biasa. Bagaimanalah agaknya keadaan buku-buku di perpustakaan tu? Cuaca lembap ni bukanlah elok sangat untuk buku-buku. Dan yang paling kakchik risaukan ialah air naik. Harap-harap tak sampai masuk dalam pejabat kami. Semoga Allah lindungi.

Wassalam.

6 comments:

  1. Salam Kakchik,
    Lama Kak tie tak singgah di sini, hehe..

    Kelantan tak ada minyak, ya.. Kak tie di sini baru je dapat beli minyak masak sebotol (jenis biasa), tu pun setelah 2 kali pergi kedai. Nasib baik ada, risau juga.

    Tengok sup telur tu teringatkan ayah. Ayah suka sup telur tapi yang terbentuk elok.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Chik,
    kelmarin pun Iera ke Mydin. Lepas solat Jumaat. Orang masih tak ramai. Tak lama sangat, dalam sejam setengah, Amer tertidur dalam troli. Masa nak keluar Subhanallah, ramainyaaa orang. Jalan jammed.

    Minyak memang clear aje bahagian dia. Hmmmm.... bawang pun agak naik jugak K.Chik.

    Kadang² kita sebagai pengguna nak sokong peniaga kita yang buka kedai runcit, maknanya nak kurangkan beli di Hypermart, tapi harga barang berbeza amat. Ye lah, hypermart, mereka beli dengan banyak, jual kepada end user tidak jadi masalah lagi. Nak banding kedai runcit, beli pun harga dah tinggi. Bukan mereka sengaja nak letak harga tinggi kan.

    Cuma kita sebagai pengguna dalam dilemma jugak lah. Dah namanya barang keperluan harian.

    Ambil contoh susu Amer, Dutch Lady Kid RM3.20 di hypermart manakala kedai biasa RM4. Iera kena fikir la nak beli susu Amer di kedai biasa. Dalam masa yg sama kita nak tolong peniaga kecil. Dilemma sungguh.

    ReplyDelete
  3. xkisah masak simple asalkn abis dimakan...2lh kepuasan kita yg masak nie....

    ReplyDelete
  4. Wkslm kak tie.
    Ha'ah lama betul akak tak bertandang. Tentu sibuk dengan anak-anak sekolah kan?
    Minyak masih ada kak tapi tak banyak pilihan dah. Yang tinggal tu yg berjenama mahal jadi faham2 ajelah bila mahal ni. Tentu sikit masa lagi naiklah harga minyak dan bekalan pun tiba-tiba ada banyak.
    Akak nostalgia ya. Kakchik suka dua-dua jenis sup telur ni asalkan boleh hirup kakchik suka. Sure kenangan akak dgn ayah akak kuat.

    ReplyDelete
  5. Wkslm Iera.
    Kalau ikut hati kakchik malas nak pergi tapi bila tengok barangan dapur rumah Ummi dah hampir habis kenalah juga pergi. Mydin je yg Ummi kakchik berani pergi sb dia tak perlu naik escalator atau slider, dia gayat.
    Bawang masih ada banyak tapi lembap, buruk dan sudah mula keluar pucuk. Mgkn juga sebab negara pengeksport bawang ni baru lepas banjir besar jadi bawang pun kualiti rendah.
    Barang makin sedikit harga pun naik melambung.
    Memang dilema bab nak pilih kedai ni tapi kita pun nak berjimat juga. Sebab itulah kita lebih mudah ke pasaraya besar ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs