Followers

11.11.10

Tak Pernah Puas Makan Nasi Kerabu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Entri ni kakchik sepatutnya tulis malam tadi sebelum makan malam tapi bila dah nak makan tengahari ni baru nak ceritakan menu semalam. Tak apa la kan. Sebentar lagi kakchik nak makan tengahari. Hari ni kami makan mee kari tapi kakchik malas pula nak ambil gambarnya.

Yang ada ialah gambar hidangan makan malam, malam tadi iaitu Nasi Kerabu Hitam. Actually kakchik tak memasak pun malam tadi sebab balik pun dalam keadaan letih jadi cik abe singgah di Cherang untuk membeli nasi kerabu ni.

Nasi Kerabu Hitam berlaukkan ayam bakar.

Kami memang suka makan nasi kerabu. Kalau tak buat sendiri, boleh saja dibeli di merata-rata gerai yang ada menjualnya. Tapi kakchik hanya suka membeli nasi kerabu di 3 buah gerai sahaja iaitu 2 gerai di Cherang dan satu lagi di Kota Jembal. 

Oleh kerana kakchik biasa makan nasi kerabu yang Umi buat jadi standard nasi kerabu yang orang lain buat pun kakchik cari yang hampir sama dengan yang Umi buat. Alhamdulillah malam tadi kami syukur dengan rezeki yang Allah izinkan. Semoga kalian juga mendapat rezeki yang baik-baik hari ini.

10 comments:

  1. Aslmkm kak chik...lamanya tak make nasik kabu..hihi...
    kat cherang pernah gak make, sbb dkt ngan umah abe dok kat situ..
    kita kat PJ ni nasik krabu takde rupa nasik krabu..nak tak nak je buat...sdih weee...raya haji nak kelik klate, nak soh mek kita buat..hihi...

    ReplyDelete
  2. slm..
    dulu2,
    dekat jalan di laluan berdekatan hkl kat cni,ada satu gerai ni jual nasi kerabu super power sedap ..huhu.dulu-dulu time bulan puasa suka beli.
    nasi kerabu + telur masin + daging bakar..

    sedap..terliur teringat balik..huhu..

    ReplyDelete
  3. dni suka nasi kerabu kat depan billion smkb tu :D

    ReplyDelete
  4. nasi kerabu memang sedap. ni yang nak carik nasi kerabu gak ni...
    emmm esok sarapan nasi kerabu pun okay gak kan.... =)

    ReplyDelete
  5. Salam Kakchik,

    Kat sini ada pasar malam yg hanya muncul sebelah malam hari jumaat dan sabtu, so adalah gerai yang jual nasik kerabu tapi tak tau lah ori atau tak sebab hanya orang Kelate je yg dpt meng'comfirm' kannya. Harga pulak sekitar RM3 hingga RM5. Ikut kita nak ikan goreng atau ayam goreng... Saya memang suka nasik kerabu ni cuma belum pernah try buat sendiri..Kalau kakchik sudi,kongsi2lah dengan saya resepi nasi kerabu Umi kakchik tu. ok.

    Petang ni nak singgah gerai nasi kerabu gak...teringin pulak dah hehe..

    ReplyDelete
  6. Wkslm Anna. Kalu de dok lluar Kelate meme akan rindu ko nasi krabu asli kito. Nasi krabu di PJ tu dio tok ori, jadi fusion doh :) Nati balik ghayyo, mitok mek buat bbanyok, make puah2. Pah tu wak bekal pulok.

    ReplyDelete
  7. Wkslm zila.
    Kalau zila kata yang tu super power, pasti sedap benar tu. Tapi kena cuba hak asli di Kelantan ni, baru leh beza.

    ReplyDelete
  8. dni, kakchik belum try lagi hok ssitu. kedai dio sebeloh mano eh?

    ReplyDelete
  9. Latifah, macamana? Dapat tak cari nasi kerabu untuk sarapan?

    ReplyDelete
  10. Wkslm Alasmal.
    Kira orait la tu, ada juga gerai utk membeli nasi kerabu. Ori tak ori tu takyah kiralah hehe.
    Kalau kat sini, nasi kerabu yg dijual sblh pagi biasanya lebih murah berbanding yg dijual sblh ptg. Pagi masih ada yg jual RM1 sebungkus tp ptg biasanya RM2 ke atas bergantung kpd lauk yang kita tambah.
    Kakchik susah juga nak kongsi resepi tu sb selalunya Umi main agak2 je bahan2nya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs