Followers

14.11.10

Hati Keibuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian semua hari ni? Nampaknya ramai yang sedang sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya Haji yang tak berapa hari saja lagi. Kakchik takde buat persiapan sangat cuma bersedia diri untuk membantu keluarga dalam melaksanakan ibadah korban tahun ni. Hajat hati untuk hadir menerima skrol diploma di acara konvokesyen OUM di PWTC juga dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Nampaknya kena minta tolong es-rakan-rakan sekelas untuk mengambil skrol kakchik.

Tiba-tiba teringat kat Amni. Pagi tadi semasa kakchik nak meninggalkan rumah untuk ke pejabat, Amni memujuk kakchik berkali-kali agar membawanya bersama. Puas kakchik pujuk agar dia duduk di rumah bersama ahli keluarga yang lain, sepupu-sepupunya, ayah waenya, tok mek, tok ayah dan bibik tapi meraung kesedihan dia mahu ikut kakchik.

Terpaksalah cik abe mendokong Amni konon-konon mahu sama-sama masuk dalam kereta untuk menghantar kakchik ke pejabat. Bila dia tengok kakchik masuk bahagian pemandu dan tutup pintu kereta, semakin kuat dia menangis memanggil, "chikja...chikja... adik nak ikut... adik nokgi pejabat chikja..." Airmata meleleh-leleh sambil botol susunya dikepit celah gigi.

Hati kakchik ni berat sekali mahu meninggalkan dia bersama cik abe. Terasa mahu saja menangis sama-sama sebab terpaksa meninggalkan Amni di rumah. Ada juga masa-masanya cik abe bersama amni menghantar kakchik ke tempat kerja tapi hari ni kakchik ada banyak kerja dan mungkin tak sempat nak kisahkan mereka bila mereka ikut sama ke perpustakaan ni.

Agaknya tentu hati ibu-ibu seperti kalian semua sangat berat bila terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh, di tadika ataupun di rumah bersama bibik. Terpaksa berpisah sementara dengan mereka kerana survival hidup. Hati keibuan kakchik sangat tersentuh bila anak-anak kecil sebesar anak-anak saudara kakchik yang berumur di bawah tujuh tahun merengek-rengek mahu mengikut kakchik ke MariBaca ataupun ke Zahra'.

Kalau anak sendiri, tak tahulah macamana.

14 comments:

  1. waaa..sedihnya..anak kat kampung...sob..sob.....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, kak chik.
    ain dah berkahwin selama lebih dari 4 tahun setengah.masih belum dikurniakan anak.kini ain mempunyai dua orang anak saudara drp adik perempuan ain sendiri.mereka lah tempat ain melepaskn kerinduan untuk bermain dengan anak2 kecil.betul kata akak,rasa berat sungguh hati bila ingin meninggalkan mereka walaupun mereka hanyalah anak orang lain.tentu lebih sayu hati ini jika kita mempunyai anak sendiri.tentu rasa sedih bila ingin meninggalkan mereka untuk urusan luar.

    ReplyDelete
  3. Salam Kakchik,
    Memang berat meninggalkan anak2. Sayu rasa hati melihat baik anak sendiri atau orang..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...saya pun selalu rasa apa yg kak cik rasa.memang rasa sedih tp kerana tuntutan kerja terpaksa tinggalkan anak untuk sementara...

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan ya nama ku melor dan selamat hari raya. bila berjauhan dengan anak2 tak tenteram jiwa dibuatnya.

    ReplyDelete
  6. Salam Kakchik,

    Inilah perasaannya yang sering saya alami.meninggalkan yang kecil di awal pagi bersama maid di rumah hanya Allah sahaja yang tahu berat hati saya...Mujurlah setiap kali meninggalkannya di awal pagi, Akmal (yg bongsu) masih tidur..tapi adakalanya dia sudah bangun dan akan menangis sambil menyebut perkataan please agar di bawa bersama. Mendengar perkataan please tu sudah cukup menyayat hati saya.Namun terpaksa jua keraskan hati demi untuk keluar bekerja.

    ReplyDelete
  7. net, janganlah sedih net... nanti dengan kakchik sekali menangis. awat anak-anak kat kampung?

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam ain.
    kita sama-sama menumpang kasih pada anak-anak sedara kan ain. kakchik pun dah 8 tahun berusaha tapi belum ada rezeki. alhamdulillah kakchik amat rapat dengan anak-anak saudara, terutama si amni ni.

    ReplyDelete
  9. Wkslm Miss Globe.
    Memang ada sifat keibuan tu.

    ReplyDelete
  10. wa'alaikummussalam mama ain,
    alangkah bagus kan kalau kita tidak perlu bekerja. tapi hidup perlu bantu membantu, jadi untuk survival keluarga, kenalah juga kita kerja kan mama ain?

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan kembali Melor. Tentu Melor sangat kasih pada anak-anak. Semoga anak-anak Melor menghargai kasih-sayang Melor pd mereka. Selamat hari raya Melor.

    ReplyDelete
  12. Wkslm Alasmal,
    Begitu tabah hati seorang ibu. Walau hati pedih mahu meninggalkan anak pada orang lain namun tetap juga kuatkan semangat utk keluar bekerja demi rumahtangga dan keluarga. Semoga Allah beri ganjaran yang setimpal.

    ReplyDelete
  13. aZa, kenapa aZa kata macam tu?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs