Followers

2.11.10

Cadangan Pakaian Untuk Esok

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua.

Malam ni kakchik nak cadangkan pakaian untuk esok. Untuk sesiapa yang berminat la kan. Kakchik saja nak hilangkan stres ni. Bila banyak sangat kerja untuk dibuat sendirian, kena rehat juga agar otak tidak tepu. Nantikan kesannya menyebabkan mood yang tidak baik.

Ok, mari kita tengok apa cadangan kakchik. Yang pertama untuk yang pakai abaya dan niqab ke tempat kerja.




Abaya hitam dipadankan dengan pashmina berwarna biru firus, niqab selapis bertali, beg tangan kulit warna hitam dan kasut bertumit warna sedondon dengan tudung. Kasut ni pakailah yang sederhana saja tingginya jika sepanjang hari kita kena berdiri dan perlu berkasut. Jika sebaliknya macam kakchik ni yang tidak boleh memakai kasut dalam bangunan, maka boleh lah kalau nak pakai yang tinggi sikit, itupun tidak digalakkan bimbang masalah kesihatan.

Seterusnya cadangan kakchik untuk kawan-kawan yang suka berjubah polos. Perhatian ya, jubah dalam gambar tu nampak macam ikut bentuk badan, selalunya tuan punya syarikat akan kepit jubah di belakang bila nak ambil gambar. Untuk bagi cantik gambar, alasannya.





Warna biru kelabu dipadankan dengan aksesori lain juga dari tona warna yang hampir sama. Masih sopan, tidak begitu menonjol malah nampak rapi dan cantik. Sekali-sekala berbusana begini, alangkah baik kerana masih menutup aurat dengan sempurna.

Bagaimana pula bagi yang suka pakai seluar? Hmm... walaupun kakchik dah lama tak pakai begini tapi sekadar nak mencadangkan tu bolehlah kot. Kalau idea ni dirasakan elok, silakan tiru, jika tidak, biarkan aje kakchik dengan idea kakchik ni.




Ada sedikit perkara yang perlu diubah dari gambar di atas. Pertama, bajunya, pastikan longgar, tidak melekat di badan macam dalam gambar ya. Labuh juga penting, paras lutut atau lebih labuh, itu paling comel. Tudung pula, boleh je kalau nak pakai macam gaya siti nurhaliza tu tapi pastikan ianya labuh melebihi paras dada, tidak nampak leher atau rambut. Selebihnya, kalian pun sudah tahu kan? Kalau tak tahu, jangan segan untuk bertanya.

Cukuplah dulu. Kakchik dah mula rasa letih. Malam ni banyak juga bungkusan yang kena siapkan. Esok walaupun bukan hari penghantaran, kakchik akan ke pejabat pos juga kerana ada penghantaran yang perlu disegerakan.

Hingga ketemu lagi, ceria-ceria selalu. Wassalam.

10 comments:

  1. salam. kak chik! those sets are super awesome~ it is so my taste. ngee. especially the last 2 sets. (:

    ReplyDelete
  2. salam kak chik, mana nak beli niqab selapis tu eh??? terima kasih.

    ReplyDelete
  3. wkslm hartini. thank you sis. if those sets can inspire your style, i'll be very glad.

    ReplyDelete
  4. wkslm azmah. niqab selapis tu boleh beli dgn kakchik.

    ReplyDelete
  5. kakchik blh bagi email address tak? atau kakchik email saya harga niqab tu di puannoel@gmail.com. lagipun saya ada byk benda nak email ngan kakchik, kalau sudi.

    ReplyDelete
  6. salam kak chik..wow..kagum plak ngan kak chik, pandai menggayakan pakaian & dlm masa masih menutup aurat dgn sempurna..saya tak pandai nak bergaya..hihi

    ReplyDelete
  7. azmah, terima kasih tinggalakn email. nanti dapatlah kita berbalas email pulak ya.

    ReplyDelete
  8. wkslm mamayatie. biasa-biasa saja mama. kakchik cuba teroka bidang ini kerana mahu membantu para muslimah kita. bukan gaya yang penting mama, tapi tutup aurat lagi penting. insyaallah mama pun ok.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs