Followers

19.11.10

Beli-belah, jumpa kawan FB dan Zahra' dipecah masuk Lagi!

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Alhamdulillah ... lega rasanya bila tugas-tugas penting sudah selesai dan kakchik dapat kembali duduk di kerusi ini sambil menyambung catatan untuk hari ni.

Petang tadi kakchik ke MariBaca membawa anak-anak saudara kakchik membeli buku sambil buat temujanji dengan seorang kenalan blogger dan juga fb, adik Nurilham yang comellotte kata orang Kelantan. Seronok melihat anak-anak saudara bersungguh-sungguh memilih buku dan lagi seronok bila Nur datang ke MariBaca. Alhamdulillah akhirnya bertemu juga kami berdua setelah sekian lama berkenalan. "Terima kasih banyak Nur sebab sudi ke kedai kakchik dan membeli abaya."

Kami sempatlah bergambar tadi. Mesti... ini kan kenangan indah, mesti nak dirakamkan dalam memori kenangan di dalam blog ini. 

Manis sekali Nur ni.

Selepas kami sempat berbual-bual sebentar, anak-anak saudara kakchik dah mula buat hal. Mulalah nak kacau kakchik tengah bersembang huhu. Budak-budak... sabar ajelah kan? Kesian Nur, tak dapat nak lama-lama tapi insyaallah nanti bila kakchik buat 'gathering' THE ABAYA LADIES, insyaallah kakchik akan jemput Nur sekali.

Kami bersurai dan kakchik pula ke Billion untuk membeli sedikit barang dapur. Masa nak balik tiba-tiba dapat 2 'miss call' dan SMS dari bekas staf Zahra'. Astaghfirullahalaziim... musibah lagi! Perpustakaan kami sekali lagi dipecah masuk! Jiran belakang telefon dia beritahu ada tingkap belakang pecah.

Oleh kerana kakchik berada sangat dekat dengan Zahra', kakchik bersama adik dan 4 orang anak saudara singgah di Zahra'. Masa pun dah hampir benar jam 7 petang, gelap dan macam nak hujan. Kakchik parking kereta depan pintu pagar dan tinggalkan adik dan anak-anak saudara kat situ sementara kakchik masuk 'round' kawasan Zahra'.

Ha'ah, memang benar, cermin tingkap berdekatan meja-meja komputer pengguna ada 2 lubang dan sedikit ternganga. Kakchik ada ambil gambar dengan HP tapi tak dapat nak 'download' pula. Hati siapa yang tidak panas. Perpustakaan kesayangan kita dikhianati sekali lagi! Allahu Akbar! 

Terus kakchik telefon Pengarah, pembantu dan pengawal keselamatan. Al-maklum, maghrib dah masuk, dan hujan tiba-tiba turun dengan lebat, tentu mereka semua sibuk nak solat jadi tiada panggilan yang bersambut. Kakchik berlari ke porch dan mengintai dari pintu utama ke dalam bangunan. Tidak beranilah kakchik untuk masuk walaupun kunci ada.

Ringkas cerita, akhirnya Pengarah janji akan datang selepas solat Maghrib. Pengawal keselamatan pula kata syif dia pukul 9 malam jadi dia akan datang dekat-dekat jam 9. Huhu... nasiblah macam ni. Kakchik nak tunggu lama pun anak-anak saudara kakchik dah mula meragam. Kakchik redah saja hujan lebat berlari masuk dalam kereta dalam keadaan basah kuyup.

Terpaksa balik ke rumah walaupun hati sangat tidak selesa meninggalkan Zahra' begitu. Takpe... insyaallah nanti bila Pengarah sampai, tahulah dia apa nak buat. Mungkin dia akan lapor kepada polis. Dah 3 kali ni tak kan tak mahu lapor lagi. Paling penting, pihak pengelola mestilah memikirkan langkah keselamatan yang lebih baik untuk bangunan ini. Itu yang paling kakchik harapkan.

5 comments:

  1. Innalillahi wainna ilaa hiroojiun......Ya Allah..moga Allah swt memudahkan urusan kak chik lepas ni...bestnyer ada gathering "the Abaya ladies".....:)

    ReplyDelete
  2. salam kakchik,
    byk2 sabar ye.
    ujian buat kakchik tu.
    insyaAllah ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  3. salam,kak chik..banyakkn bsabar ye...

    ReplyDelete
  4. innalillah..salam takziah ya kak.Ya Allah tabahkan kami ya Allah,kenapalah Az zahra nak dipecah masuk...

    ReplyDelete
  5. innalillah...adei hairan juga ya mereka2 yang masuk tu amik buku ke kakchik?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs