Assalamualaikum...
Ada orang tak? Hmm... macam takde orang je... apapun kakchik nak buka pintu ajelah. Buka pintu blog ni kot-kot ada tamu yang nak datang hehe. Pintu rumah tak boleh nak senang-senang buka, zaman sekarang ni sangatlah bahaya. Ada saja tetamu tak diundang datang. Kejap datang nak minta sedekah, bolehlah sedekah sedikit sebanyak. Ada yang datang nak menjual barang, nak kempen jualan langsung dan macam-macam. Paling takut ialah yang datang dengan niat jahat. Na'uzubillah.
Dua bisnes bergabung di bawah bumbung yang sama. |
Sebenarnya hari ni kakchik sangat sibuk dari pagi sampai ke petang. Ke hulu ke hilir nak siapkan kerja-kerja di pejabat sebab esok dah hari terakhir kerja sebelum cuti raya haji lusa. Dah tu bilangan staf pun akan berkurang 2 orang maknanya akan ada tugasan tambahan esok. Selain itu kakchik menggunakan sepenuhnya satu jam masa rehat untuk ke pejabat pos menguruskan penghantaran bungkusan yang terakhir untuk minggu ni.
Buat sementara ni urusan bisnes akan diperlahankan hampir seminggu sementara kakchik cuti raya selama 4 hari. Best kan, kami dapat cuti raya haji sampai 4 hari. Memang begini setiap tahun. Kelantan bercuti agak lama untuk hari raya haji sebab sepanjang 4 hari tu ada banyak orang melakukan ibadah korban dan juga kenduri-kendara.
Selepas raya haji nanti 21 - 26hb Cheng Ho Expo 2010 akan bermula. Kakchik pun ada ambil bahagian untuk berniaga di bahagian lot niaga usahawan tempatan. Nanti kalian jangan lupa singgah ya. Gerai kakchik di no 41 dan 44. Bukan jauh-jauh tu tapi sebelah menyebelah. Kali pertama nak masuk program besar dan bertaraf antarabangsa, hati ni berdebar-debar tapi cuba dulu baru kita tahu kan?
Moga-moga sepanjang minggu expo nanti cuaca amatlah baik.
salam chik...salam aidil adha untuk chik sekeluarga ye...cikmin esok nak balik kedah..lepas ambil cucuk setahun untuk faheem... :)
ReplyDeletewkslm cikmin. selamat hari raya dan maaf zahir matin ya cikmin. selamat perjalanan pergi dan balik. dan selamat berhari raya dengan keluarga di kedah. cucuk setahun apa tu cikmin? ni nak kena gi tengok apa cite dgn faheem ni.
ReplyDeletesalam kakchik...
ReplyDeletesalam aidil adha untuk kachik sekeluarga...
=)
imunisasi untuk baby ler tu k.chik.
ReplyDeletesalam aidiladha buat kak chik sekeluarga...
ReplyDelete