Keratan akhbar Berita Minggu |
Memang benar sekali. Dari banyak cerita dan berita yang kakchik dengar, zaman sekarang ni kalau nak kahwin RM10 ribu sudah tidak cukup. Kalau masa kakchik kahwin dulu, bajet sebanyak itu sudah cukup selesa majlis diadakan tapi hari ni RM10 ribu hanyalah duit hantaran. Itu pun sudah dikira kecil jumlahnya.
Dulu-dulu jarang kakchik dengar orang berhutang untuk kahwin. Ada satu dua kes yang orang berhutang lembu untuk dikorbankan untuk jamuan sebab itu orang ramai dijemput 'ngelae' atau panggilan. Datang makan tapi mesti bagi duit kepada keluarga pengantin. Amalan yang ini kakchik yakin bertentangan dengan Islam. Sebab itu jangan terkeliru dengan istilah yang digunakan pada kad jemputan.
Kalau ditulis KENDURI KESYUKURAN maknanya ia jemputan datang ziarah dan makan 'free'. Kalau kita nak bawa hadiah atau buah tangan itu terserah kepada kita yang menjadi tetamu. Tapi kalau kad jemputan tulis UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN, misalnya, ia membawa makna, sebelum balik, hulurkan duit barang RM10 ke atas. Ini apa yang berlaku di sinilah ya. Kat tempat lain kakchik tak tahu.
Bagi kakchik kos perkahwinan hari ni semakin tinggi bukan kerana harga barangan jamuan yang mahal tapi kerana berlebihannya acara sambutan yang diadakan. Nak kena ada majlis yang serba mewah dan canggih. Kalau rumah tu tak cukup besar, pilihlah hotel, dewan orang ramai atau mana-mana restoran ternama di tempat masing-masing. Acara bersanding yang gemerlapan, yang nyata tiada dalam tuntutan Islam dan macam-macam lagi perkara tokok-tambah yang nak membesarkan majlis.
Kalau duit banyak mungkin tiada menjadi masalah tapi bagaimana kalau duit tidak banyak tapi terpengaruh dengan perkahwinan orang berduit hinggakan sanggup berhutang. Kakchik sarankan kepada bakal-bakal pengantin, rancanglah perkahwinan kalian agar selari dengan kehendak agama. Kalau mampu, buatlah majlis yang besar tapi jangan dicampur-adukkan dengan khurafat. Kalau tak mampu, buatlah yang wajib tapi meriahkan dengan ingatan pada Tuhan. Bersederhanalah.
Inilah zaman sekarang kakchik kalau berkhawin mesti nak grand dan besar2an. kalau buat ikut sunnah dan mengikut agama mulalah sosek2 kedengaran di belakang kenapa anak si itu ini kahwin tak bersanding, tak grand tak jemput ramai undangan dan macam2 lah..Inilah masalahnya orang melayu, pemikiran orang melayu sekarang. Sentiasa negative walau tak semua begitu.
ReplyDeleteSalam kakchik :)
ReplyDeleteSetuju sangat-sangat. Kawan zauj yang nak bertunang dan juga yang sudah bertunang trekejut bila zauj kata masa walimah duit yang digunakan tak sebanyak mereka.
betul kakchik..sokong sangat...tapi bg fiza la..nak buat apa perkahwinan yang gah2 kalau pas kawen poning nak pk sal hutang...baek akad nikah jerk..pastu bt majlis ala kadar tuk org kampung..xyah duk ngele2..buat ikut kemampuan kita jer..
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeletekalau kak chik x keberatan boleh x kak chik kongsi pengalaman kak chik buat majlis persandingan..sy teringin nk tahu pengalaman seseorang yang mengadakan majlis perkahwinan mengikut ajaran Islam..harap kak chik sudi..terima kasih.. =)
anis~
saya pernah berkongsi pendapat tentang duit tetamu yg dihulurkan sewaktu majlis perkahwinan. Komen juga sangat membina. Sebetulnya saya tak bersetuju kerana ada antara mereka yang kurang berkemampuan sehingga tidak berani datang ke majlis, bimbang kerana tiada duit untuk dihulurkan.
ReplyDeletekak azah,
ReplyDeletebetul kak, orang sekarang suka mengada-ngada. seolah-olah macam nak bertanding menunjuk majlis siapa lebih grand. memang sebahagian saja yang macam ni tapi oleh kerana mereka ini kebanyakannya terkenal, berada dan majlis mereka dipromosikan besar-besaran maka, ia menjadi ikutan.
Wkslm syira.
ReplyDeleteMereka terkejut sebabnya zaman sekarang ni nak bertunang pun dah macam nak kahwin. Kena nasihatkan kawan-kawan tu agar tidak lari dr ajaran Islam.
fizza,
ReplyDeleteorang kita ni suka bersenang dahulu bersakit-sakit kemudian. pelik sungguh kalau jemput 'ngele' tapi sebab kita faham maksud kenduri kesyukuran ialah makan saja, jadi takde beri duit 'ngele' ni, mulalah panjang muka lepas tu.
wkslm anis,
ReplyDeleterasa macam dah pernah cerita kat dalam ni atau kat KakChik's Wardrobe. Insyaallah nanti kalau sempat kakchik ceritakan sekali lagi.
Nadia,
ReplyDeletebagi kakchik, jika tetamu yang dtg itu sukarela nak hadiahkan duit kepada PENGANTIN, itu tidak salah kerana mungkin ia sebagai hadiah. kakchik pun biasa juga buat begitu bagi meraikan pengantin baru yang -olah kdg2 ekonomi mereka belum kukuh. TAPI jika ia seolah2 wajib, maka ketika itu ianya salah.