Dengan nama-Mu ya Allah aku mohon,
ampunkan dosaku
yang telah lalu dan akan datang
kerana aku bimbang setiap hari aku akan melakukan dosa
dan terlupa untuk memohon ampun dari-Mu.
ampunkan dosa suamiku
yang telah lalu dan akan datang
kerana aku takut aku lupa untuk mendoakannya.
ampunkan dosa kedua ibu bapaku dan juga mertuaku
agar mereka sentiasa mendapat rahmat kasih-sayangMu
setiap waktu
kerana aku takut aku lupa untuk mengingati mereka.
ampunkan dosa guru-guruku
yang telah mencurahkan ilmu mereka sedikit mahupun banyak
kerana mereka aku kini amat menghargai kehidupanku
dunia dan akhirat.
ampunkan dosa ahli keluargaku
yang terlalai dan terlupa
moga mereka juga mencintai agamamu
sebagaimana aku mahu mencintaiMu.
ampunkan dosa saudara-maraku
yang pernah menaruh harapan tinggi pada diriku
yang sudi menghulurkan wang di masa aku mahu
melanjutkan pengajianku
yang berkata, "biarlah anak kita tak berjaya, kita nak tumpang tuah anak sedara."
ampunkanlah dosa sahabat-handaiku
yang telah banyak membantu dalam aku
membina peribadiku hari ini
yang menguatkan keyakinanku untuk terus
memperjuangkan agamaMu.
ampunkanlah dosa musuh-musuhku jika ada
semoga mereka akhirnya insaf
dan kembali kepada jalanMu.
Ya Allah Tuhan yang memberiku kekuatan
berikan aku petunjuk kebenaran setiap waktu
janganlah Engkau bolak-balikkan hatiku dari jalanMu
bimbinglah aku setiap saat
agar imanku, akhlakku, amal perbuatanku
semuanya selari dengan kehendakMu.
kurniakan ketenangan kepadaku
di kala aku ditimpa musibah, ujian, mehnah
hanya Engkau yang memberi ketenangan
luar dan dalam.
tenangkanlah aku.
Amiin.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Amin Ya Rabbal A'lamin
ReplyDeleteAminnn ya Rabbal A'lamin...
ReplyDeleteAminnn Ya Allah...
Assalamualaikum...
ReplyDeletesyahdu jer baca doa kak chik tu...
amin...ya rabbal'alamin...
Terima kasih Nadia, Latifah dan MysDear.
ReplyDeleteAmin Ya Rabbal Alamin
ReplyDelete*salam kenal Kakchik..
salam kenal kembali nonie
ReplyDeletesalam kakchik, sungguh menusuk kalbu..ku doakan yang sama jua..
ReplyDelete