Followers

19.11.10

Perpustakaan Belum Siap Tapi Beginilah Hampir Setiap Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar? Kakchik dan cik abe, alhamdulillah sihat cuma cik abe tu batuk-batuk saja beberapa hari ni. Insyaallah makin baiklah lepas ni.

Sepanjang hari kakchik memikirkan apa yang kakchik nak ceritakan di blog ni. Bukannya takde bahan nak diceritakan tapi setiap kali kakchik mula menulis, ada saja kerja yang perlu diuruskan. Tambah-tambah pula bila pengunjung cilik datang menyerbu rumah kami.

Cuba tengok ni,

Bilik pakaian kakchik jadi tempat lepak mereka.

Petang semalam bila kakchik sampai dari kampung mertua, anak-anak kecil ini macam kerinduan saja. Menyerbu rumah kami dan semuanya sibuk nak membaca buku. Kata Nana, "Ruah chikja ni macam library lah." Hehe, dalam letih, kakchik sangat gembira melihat mereka berebut-rebut nak membaca buku. Baguslah, cuti sekolah ni tidaklah buang masa menonton tv saja.

Ini pula pagi tadi,



Nasib baiklah bekalan buku cerita ada banyaklah juga tapi Kakak dan Nana tu dah membaca hampir kesemuanya manakala Farihin, Akiff, Emran dan Eqbal tu masih belum fasih membaca, jadi mereka belek-belek saja atau reka-reka cerita ikut gambar yang ada dalam buku.

Macam dalam sekolah tadika saja rumah kami ni hehe. Tahu sajalah budak-budak ni membaca punyalah kuat. Hanya Kakak yang sudah mahir membaca perlahan. Nana pula sedang lancar membaca, jadi yang lain-lain tu suka mengelilingi dia untuk mendengar.

Dan ini pula sekarang ni,


Bilik tamu kakchik kembali riuh-rendah dengan mereka. Tak mengapalah, asalkan mereka seronok membaca. Sekejap lagi tu mesti ada yang naik angin bila si Emran mula mengacau. Yang seorang ni masih belum pandai membaca dan suka sangat menganggu kakak-kakaknya yang berdua tu terutama Nana.

Haa... dah kata, tu haa sedang bising dah. Kakchik nak pergi tengok mereka dululah.

3 comments:

  1. murah rezeki kakchik setia melayan tetamu2 cilik tuh...

    ReplyDelete
  2. Semoga kak chik cepat2 beroleh zuriat.. Melihatkan betapa kak chik menyenangi dan menyayangi anak-anak kecil ni....Ameen..Semoga Allah memberkati kehidupan kak chik sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. wahhh nampak seronok melihat mereka membaca...

    ~heee, Latifah yang eksaited terlebih~

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails