Followers

28.11.10

Walau sibuk dengan kerja dan bisnes, hati tak senang bila suami sakit.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik ada masa rehat sebentar ni sementara nak kembali menatap beberapa bil-bil utiliti yang baru sampai, nak sediakan cek-cek untuk beberapa kontraktor yang datang servis beberapa peralatan di perpustakaan dan menyelesaikan beberapa tugasan hari ni. 

Dalam kakchik sibuk nak siapkan kerja-kerja ni, dalam hati selalu saja teringatkan cik abe yang kurang sihat. Suami kakchik tu sejak raya haji lagi asyik batuk-batuk saja. Pagi raya tu dia imamkan solat sunat hari raya dan berkhutbah dalam keadaan batuk-batuk. Moga-moga dalam keadaan begitu, isi kandungan khutbah tu masih boleh meresap ke dalam jiwanya dan jiwa-jiwa para jemaah.

Minggu lepas pulak, kakchik setiap hari berada di tapak ekspo Cheng Ho. Ada hari kakchik sempat sediakan sarapan dan makan tengahari, mencelah di waktu-waktu senggang untuk pulang sebentar melihat beliau. Syukurnya pejabatnya di rumah, jadi tidaklah bimbang sangat tapi tau sajalah bila dah menghadap komputer, bukannya mudah nak berhenti dan berehat.

Hari ni kakchik mungkin akan balik lewat lagi sebab lepas habis kerja kakchik perlu singgah sebentar di Maribaca. Ada sedikit urusan dengan pembantu kakchik. Esok kakchik bercuti sehari sebab ada jemputan membuka gerai pameran/jualan oleh pihak PSK HUSM, di Kubang Kerian. Oleh kerana persetujuan tu dah lama kakchik beri, maka tidak beradablah pula jika menarik diri.

Insyaallah dengan lokasi yang lebih dekat dengan rumah, kakchik akan sempat pulang di waktu tengahari. Semoga Allah tolong lindungi suami kakchik dari segala musibah, menyembuhkan segera batuknya, insyaallah kakchik ada minta kakak bawa balik ubat batuk yang sesuai dari kliniknya. Moga-moga cik abe kembali sihat bertenaga.

12 comments:

  1. Salam chik..maaf lama tak tinggalkan jejak disini...cikmin doakan agar chik dan suami sihat2 selalu.. :) hari ni kita terima kalahiran terbaru lagi chik..dari blogger sarawak..hasue.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Chik..

    Suami zura pon batuk teruk teruk aritu kak.. mlm2 mmg x blh tido.. dia batuk malam je.. and batuk kering.. memula beli ubat batuk biasa.. tp x berkesan.. zura pegi pulak farmasi.. dia bg ubat batuk utk batuk kering.. agak mahal and kena tulis nama sbb ubat tu terkawal.. alhamdulillah kak.. berkat doa juga.. skrg dh sihat skit..

    zura juga amalkan bagi suami minum air limau nipis/kasturi dgn madu.. dan juga air rendaman nasik..

    semua petua zura cuba.. mmg risau tgk suami kite sakit kan kak.. huhu..

    Akak pon kena jaga diri juga.. z

    ReplyDelete
  3. salam kakchik
    moga cik abe kakchik segera sembuh
    mmg risau kan kalau hubby kita tak sihat.

    ReplyDelete
  4. Salam kakchik,

    Maybe sebab cuaca yang tak menentu jugakan so bukan setakat orang dewasa, kanak2 pun ramai gak batuk2 masa ni...lagilah tak dapat tidur lena para2 ibu semua.
    Apa pun, semoga hubby kakchik akan sihat seperti biasa.Tp kalau lama sgt batuk,better bawa gi hospital (ni ayat skima org medical but I really mean it)

    ReplyDelete
  5. salam kakchik
    tahniah ya
    blog akak tersenarai dlm blogpilihanmalaysia,nanti saya undi akak erk

    ReplyDelete
  6. moga suami kchik cpt sembuh...insyallah..

    knza ada g xpo cheng ho hr tu..ttp mmg xde rezeki lg utk kita brsuakn....

    ReplyDelete
  7. Wkslm cikmin. Takpe... chik pun teramat sibuk baru2 ni hinggakan tak sempat nak ziarah kawan2. Mashaallah chik belum sempat lagi ziarah HaSue dan ucap tahniah. Terima kasih ya cikmin bagitau chik.

    ReplyDelete
  8. Wkslm Zura,
    Memang betul zura. Sangat risau tambah2 kalau dia batuk dan muntah. Tapi hari ni, 5 Dis, suami kakchik dah sihat, alhamdulillah.
    Kakchik masih MC hari ni tapi insyaallah esok akan masuk kerja dah.

    ReplyDelete
  9. wkslm ummu masyitah,
    alhamdulillah dia dah sembuh dah.

    ReplyDelete
  10. Wkslm Alasmal,
    Kakchik pun setuju cuaca juga jadi puncanya. Kanak-kanak memang kesian sangat kalau mereka sakit. Rasa macam nak alihkan sakit tu kat kita dan biarkan mereka terus sihat dan riang.
    Suami kakchik hari ni dah sihat w/pun batuknya masih ada sikit-sikit. Insyaallah akan sembuh sepenuhnya sehari dua lagi.

    ReplyDelete
  11. wkslm ummu, terima kasih. kakchik pun tahu melalui blog orang lain.

    ReplyDelete
  12. kak nza, terima kasih. alhamdulillah dah sihat dah tu. kita mmg takde rezeki lagi nak jumpa eh kak. insyaallah satu hari pasti dapat jumpa juga.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs