Followers

10.11.10

Abaya Jeddah Baru Sampai Kelmarin, Hari Ni Dah Tinggal 2 Helai

Salam ukhuwwah fillah.

Kakchik ni sekadar nak update sedikit tentang bungkusan abaya yang baru sampai dari Jeddah 2 hari lepas. Hajat asalnya nak update semalam tapi buat itu buat ini sampai kakchik terlupa.

Abaya yang dinanti-nantikan sejak lepas raya puasa akhirnya sampai jua ke tangan kakchik. Inilah dia sebahagian dari koleksi terbaru di Abaya Elegan.

Semuanya cantik.

Oleh kerana sebahagian dari abaya yang sampai ni sudah pun mempunyai pemiliknya maka kakchik tak sempat nak ambil gambar satu persatu terus bungkus dan poslajukan pagi semalam. Alhamdulillah hari ni semua pelanggan menghantar SMS memberitahu yang mereka sudahpun menerima abaya masing-masing dan mereka puas hati. Alhamdulillah.

Hari ni 2 helai telah dibeli oleh kawan-kawan kakchik dan status stok pada malam ini ialah 2 helai. Yang tinggal tu ialah abaya ini:

Abaya Zarin N006, dua helai saiz S

Sekarang ni kakchik nak habiskan membayar tempahan abaya Dubai agar pembekal dapat segera menghantarkannya kepada kakchik. Insyaallah dalam masa yang sama kakchik sedang menanti penghantaran dari pembekal abaya Dubai yang lain juga. Kalau semuanya dapat sampai sebelum raya, alangkah gembiranya para pelanggan kakchik.

Sama-sama kita doakan ya.

4 comments:

  1. abaya akak macam mana kakchik? bila dapat?

    ReplyDelete
  2. belum sampai lagi kak. shipment kali ni agak besar kak. insyaallah sampai je bungkusannya kakchik inform akak ASAP.

    ReplyDelete
  3. eeiii... geramnya tengok abaya2.... cantik sangattttt... =)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs