Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Salam malam kepada yang sedang sibuk menghadap kerja-kerja seperti menggosok, mengemas dapur, dan jika kalian usahawan internet, maka mungkin kalian juag seperti kakchik, sedang menjadi multitasker di saat ini.
Malam ni kakchik cuma mahu kongsikan berita ketibaan abaya dari Bahrain yang kakchik beli melalui seorang kawan yang memiliki blogshop abaya juga namanya ARUM.
Ada pelanggan mencari abaya menggunakan kain 'branded' dan kebetulan pula kawan kakchik ni ada menawarkan tempahan abaya sedemikian. Apa salahnya kakchik order dengan dia kan? Lagipun dia pun pernah membeli abaya dari kakchik. Sama-sama tolong-menolong.
Ok, taknak cakap banyak tapi nak tunjukkan 2 helai abaya yang sampai siang tadi.
Kuning-Hitam LV dan Merah-Putih Burberry Red |
Apa pendapat kalian bila lihat abaya ini? Kakchik telah pun mencuba kedua-duanya petang tadi. Balik dari kedai, cik abe tunjuk bungkusannya, terus 'terkam' sebab dah tak sabar nak lihat.
Material abaya sangatlah selesa, jahitannya kemas, butang katip yang jenis kukuh serta fesyen yang agak ranggi. Agak-agak berani tak kakchik pakai abaya ni kat luar?
Oh, kedua-duanya mempunyai shayla yang sepadan.
Shayla panjang dan lebar seperti selendang. |
Sebenarnya ada banyak pilihan abaya dari Bahrain tapi kakchik sedang mencari kelainan jadi 2 helai abaya ini adalah sampel. Jika ada yang mahu membelinya kakchik akan jual.
Insyaallah nanti kakchik nak dapatkan abaya dari Yaman, Syiria, Kuwait dan Mesir pula. Moga diizinkan Allah rezeki yang murah.
SALAM...kakchik..bpe harga abaya ni...nice la..
ReplyDeleteWkslm Hidayu. Harga RM250 sehelai termasuk postage.
ReplyDeletesalam Kak Chik,
ReplyDeleteChantekk!! Saya ni peminat abaya..:)
Assalamualaikum..
ReplyDeletecantiknyee...:D
salam kakchik...
ReplyDeletecantiknya...nak tanya..tangan abaya memang besar eh? kene pakai handsock ke cane?
Wkslm Hani. Bila nak beli abaya dari kakchik? Jangan minat saja Hani hehe.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam MysDear. Terima kasih.
ReplyDeleteWkslm aZa. Ha'ah, tangannya besar macam tangan baju kurung. Kalau angkat tangan, lengan tu akan turun ke bawah.
ReplyDelete