Followers

7.11.10

Bahulu

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Bahulu telur.

Di waktu petang yang sejuk dan hujan ni tekak tiba-tiba terasa nak makan bahulu. Teringat pulak hari tu Dila ada belikan beberapa biji bahulu untuk jamuan minum pagi staf-staf Zahra'. Tapi masa tu kakchik tak terliur langsung. Dah lama baru teringat.

Kalau dimakan bersama teh panas sedap sangat kan? Tapi yang ada hanya beberapa biji kek pisang yang kakchik beli di pasar hujung jambatan tu. Petang ni minum petang rasanya makan kek pisang ajelah. Kalian masak apa ya?

6 comments:

  1. akak jarang minum petang kakchik cuma lepas dinner baru masak makanan2 ringan sambil2 tengok TV. Cake pisang dan baulu memang sedap cicah ngan kopi O panas..

    ReplyDelete
  2. w'salam kak chik. baulu. mmg sedap.. makan bersama teh panas? lagi sedap.. hehe..

    p/s:amir xmasa arini..heheh..mak amir masak..hurm..masak telur goreng je

    ReplyDelete
  3. kak azah, kalau ada kat rumah di hujung minggu kakchik memang ada minum petang sb kebiasaan suami. hari-hari kerja, kakchik tak ambil minum petang.

    ReplyDelete
  4. amir, mak masak tentu sedap kan? w/pun telur goreng tapi masakan mak sedapnya unik.

    ReplyDelete
  5. Salam Kakchik,

    Saya ni memilih sikit kalau mkn kuih bahulu...kalau yg kuat sangat bau telur tu, saya akan rasa loya nak makan...ada sesetengah orang buat, takde bau telur, tu yg saya suka.
    Masa kecik2 dulu penah teman arwah mak buat bahulu ni...cara tadisional masa tu...seronok bila tengok ia menjadi dengan banyak. Mak dah takde, kepakaran membuat bahulu tu tak diwarisi oleh mana2 adik beradik.Rasa rugi je...dulu tahu makan je...pulak2 hasil tangan mak. Ya Allah rindunya pada Mak...

    ReplyDelete
  6. Wkslm Alasmal.
    Kakchik pun tak suka yang bau telur tu. Kakchik suka bahulu manisan yang warna coklat dan juga bahulu pandan yang warna hijau. Wangi sekali baunya. Eh, eh, pengalaman kita samalah. Acuan bahulu tu jadi bahan hiasan je sekarang ni sebab takde sapa yang pandai buat bahulu. Umi pun dah tak larat nak menggunakannya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails