Followers

7.11.10

Pencarian 100 Pasangan Sempena Kahwin Perdana 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sekali lagi untuk hari ni.

Malam ni kakchik hanya nak tolong promosikan satu program anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan iaitu:

Klik untuk besarkan.

Antara maklumat yang terpapar di atas banner ini ialah calon-calon yang dicari ialah dari kategori berikut:
  • Muallaf
  • Orang Kurang Upaya
  • Orang Asal (Asli)
  • Ibu Tunggal dan
  • Orang Berpendapatan Rendah
Kemungkinan besar UPWKK sedang berusaha untuk membantu mengurangkan beban kos perkahwinan bagi semua golongan yang tersebut di atas. Setahu kakchik keutamaan diberikan kepada anak Kelantan kerana bajet Kerajaan Negeri pun tidaklah banyak.

Ini adalah salah satu usaha untuk menjauhkan maksiat, mengelak zina dan menggalakkan perkahwinan yang halal di sisi Islam. Khabarnya yang masih belajar pun boleh memohon. Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat UPWKK di alamat berikut:

PT109 Wisma Dr. Alias, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7476568 atau 013-9846913
Email: upwkk.negerikelantan@gmail.com

Yang menariknya MAS KAHWIN bernilai RM1000 disediakan oleh UPWKK. 

TARIKH TUTUP permohonan ialah pada 15 Nov 2010. Jadi bagi mana-mana individu yang mahu melangsungkan perkahwinan di dalam PERKAHWINAN PERDANA 2010 ni, dan anda termasuk dalam golongan di atas, jangan berlengah lagi. Dapatkan segera borangnya, isi dan hantar.

Allahu'alam.

p/s: kakchik tolong promo program ini sebagai sedikit bantuan untuk usaha Kerajaan Negeri. Nak bantu kot lain tak mampu.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs