Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN DAN MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA TERUTAMA KEPADA teman-teman tersayang yang sentiasa saling memberi semangat dalam blogging setiap hari. Malam ini ialah malam hari raya. Di saat orang sedang galak bertakbir raya di masjid, kakchik keseorangan di rumah menanti cik abe pulang.
Terasa kurang sedikit nikmat menyambut 10 Zulhijjah bila mana putaran biologi badan kakchik tidak mengizinkan kakchik berpuasa di hari sebelumnya mahupun bersolat sunat hari raya esok. Kalian bertuah kerana peluang untuk melakukan kedua-duanya adalah milik kalian. Jika kalian tidak mengambil peluang tersebut, jangan salahkan orang lain, tapi diri sendirilah yang rugi.
Di dapur rumah, Umi sedang sibuk menyiapkan juadah hari raya tapi di dapur kakchik nampaknya tidak berasap. Kami beraya di rumah Umi saja di sebelah pagi kemudian insyaallah akan balik ke rumah Mak pula sebelum Zohor. begitulah rutin kami setia tahun kerana cik abe akan menjadi imam di sebuah masjid di Kota Bharu.
Kakchik ada abaya baru tapi belum dipotong sikit bahagian bawahnya sebab mesin jahit rosak. Kemungkinan besar, raya esok, kakchik pakai abaya yang lama saja tapi masih cantik dan nampak baru. Pakai yang ini sajalah. Lagipun kakchik rasa Allah akan suka bila kakchik pakai abaya istimewa di hari besar ummat Islam esok.
Tertanya-tanya dalam hati, setakat ni apa yang telah kakchik korbankan untuk Islam ya? Untuk suami.... ada banyaklah juga tapi biarlah cik abe dan Allah yang menilainya. Dalam meniti kehidupan sebagai isteri orang, pekerja orang, bos orang, anak orang dan sebagai 'orang' sendiri, kakchik rasa masih belum betul-betul jujur setiap pengorbanan yang telah kakchik lakukan.
Ada yang kakchik harapkan balasan. Paling kakchik harapkan ialah penghargaan. Bila pengorbanan kita dihargai, terasa segalanya mudah dan senang walaupun di kala itu hidup susah dan dikelilingi ujian. Manisnya terasa bila pengorbanan kita berbaloi tapi mana kita tahu kan sama ada semuanya berbaloi atau tidak? Hanya keyakinan pada Allah yang menjadi ubat dan penawar.
Selamat Hari Raya!
Salam Kakchik,
ReplyDeleteTahun ini saya beraya kat rumah sendiri je di Miri, tak balik kampung saya mahupun kampung sebelah suami.
Sambutan di sebelah Sarawak tak lah semeriah di Kelantan. tapi esok saya ada buat majlis makan sikit kat rumah. Nak sangat jemput kakchik tapi kakchik tersangatlah jauhnya...
Bila kakchik sebut tentang pengorbanan, ia sesuatu yg amat tinggi nilainya bagi saya dan sudah pasti bagi Allah. Rasanya pengorbanan saya belum cukup lagi.Masih banyak yang perlu saya korbankan.Doakan saya kakchik.
salam kakchik.
ReplyDeleteselamat hari raya Qurban...
Latifah baru siap masak juadah untuk esok... =)
Baca entri dan jalan2 jap sebelum tidur...
slamat hari raya aidiladha utk kakchik skluarga...
ReplyDelete