Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi.
Akhir-akhir ni selain baju ketat, singkat dan kecik dipakai oleh para remaja dan wanita kita, kakchik lihat semakin ramai yang memakai kaftan atau baju kurung dari jenis kain yang nipis dan jarang. Biasanya kain jenis chiffon yang perlu dialas bila mahu dijahit menjadi pakaian.
Jika memang berlapik, insyaallah ia akan menjadi lebih tebal dan legap. Tapi sayangnya makin ramai pula wanita dewasa yang memakai pakaian jenis kaftan dan baju kurung moden dari kain jarang ini. Lebih pelik lagi, mereka itu memakai tudung. Entah apa perasaan wanita yang memakai pakaian sebegitu bila mana mereka berada di khalayak ramai?
Sebagai seorang yang telah dewasa, akil baligh dan berpendidikan tinggi, mereka sanggup berpakaian sebegitu! Pakaian yang kainnya begitu jarang hingga menampakkan warna kulit dan bentuk badan yang sewajibnya ditutup. Geleng kepala kakchik bila lihat orang ini. Nak tegur tiada peluang apatah lagi bila suasana untuk memberi teguran tidak mengizinkan.
Hanya pada Allah kakchik mohon agar mereka diberi kesedaran atas kesalahan mereka dalam memilih pakaian. Moga-moga satu hari nanti mereka akan memakai pakaian yang disukai Allah Ta'ala dan Rasulullah SAW.

kalau dah namanya perempuan,masih mengejar cantik dari ibadah..
ReplyDeletegitulah jadinya kak chik.
sy kalau membeli pakaian sy pastikan tidak jarang dan ianya labuh. yg pendek2 tu mmg tak de la nk pakai. macam-macam kak chik. kt nk tegur nti kt kene balik. doa kan mereka sedar sblom ape2 tjadik. :)
ReplyDeletefesyen masa kini..hoho...semakin jarang nampaknya,,,
ReplyDeletesalam kak chik, saya amik pendekatan mudah, beli baju yg kainnya tak jarang..tak nak bazir duit buat lining bagai..hehe
ReplyDeleteSalam kak chik, sayo pun ado jgk baju jarang, maklumla pesen kain lo ni org bg hadiah, tapi saya pakai full inner sbb tak lining.Walaupun pakai inner tidak digalakkan berjalan kat tempat panas sbb akan nampak kain dalam/inner takut pulak tembus ke kulit.sama-samalah beringat untuk menjaga aurat kit :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletekak Chik, saya pernah jumpa gadis pakai macam ni. Masa tu kat tesco. Masa tgh Q nak bayar, ada seorang gadis (bersama bapanya-saya agak sbb lelaki tu tua) memakai baju kurung jarang habis tembus ke kulit. gadis tu dlm lingkungan ting 1-4. dia pakai singlet dan tight separas lutut. yang saya peliknya dia bertudung. mmg timbul rasa kesian tgk cara dia berpakaian tu dan sedih dgn bapanya yang tidak menjadi wali (pelindung) dgn baik. sepatutnya bapalah yang menjaga aurat isteri dan anak2 dgn baik.
pada mereka cantik tu...sambil bertudung tapi still sexy dan vogue, masih belum mendapat kesedaran bahawa apa yg mereka pakai itu sebenarnya salah..
ReplyDeletesalam kak chik. sue pun ada gak baju kain jarang ni. Kalau nak pakai, kena pakai dengan inner tapi janganlah pakai inner yang ketat. Cari yang longgar. Lepas tu,sebelum pakai testing letak baju kain jarang plus inner tu kat cahaya, tengok samada jarang lagi ke x. Dan seperti yang cik nik ha cakap, kalau nak pakai baju kain jarang ni lebih baik elakkan berjalan di tempat panas atau cahaya yang sangat terang.
ReplyDeleteSidratul Muntaha,
ReplyDeletemacamana kita nak tolong mereka ya? Kakchik bimbang mereka terus keliru.
mummynana,
ReplyDeletecara mummynana tu bagus. iman kita yg lemah ni mmg menyusahkan kita utk menegur org apatah lagi bila org marahkan kita balik. kena banyak sedekah doa agar Allah sedarkan mrk.
flaini,
ReplyDeletedah habis cara dah agaknya.
Wkslm MamaYatie,
ReplyDeletesetuju dengan pendekatan MamaYatie tu.
Wkslm Ha,
ReplyDeleteKiranya cerewet juga bila nak pakai baju kain jarang ni kan? Kalau kita tahu beringat takpe Ha, insyaallah masih tahu nak pakai inner yang sesuai. Tapi yang tah ingat tu makin ramai. Nampak baju dalam terus.
Wkslm UmmuFarhan,
ReplyDeleteMemang kasihan sekali anak remaja tu. Moga-moga Allah bantu dia dalam memahami soal berpakaian cara Islam. Bapa jahil tidak bermakna anak juga akan turut jahil. Moga Allah beri mereka peluang dan moga nasihat agama sampai ke hati2 bapa dan anak itu.
kak azah,
ReplyDeleteitulah kak. Cabaran kita sekarang ialah bila 'seksi, vogue dan pakai tudung' bergandingan. Ramai wanita yang kalah.
Wkslm sue,
ReplyDeletekiranya sue ada juga beringat bila nak memakainya. baju jarang ni yang menyebabkan pemakainya nampak seksi ialah bila ada silhouette. tu yang kena elak tempat bercahaya tu. cerewet juga tu.