Astaghfirullahalaziim... orang Islam ni makin hari makin pelik jadinya. Yang pelik di sini ialah mereka yang sanggup memulaukan majlis besar seorang pemimpin alasannya sangat remeh iaitu, isteri pemimpin itu memakai tudung.
Tak percaya? Inilah laporannya.
Jeneral pulau majlis Presiden kerana tudung
Abdullah Gul & isteri, Hayrunnisa ANKARA 30 Okt. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.
Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.
Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.
Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.
Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.
Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP
Berita kakchik salin dari Utusan Online.
Peristiwa ini berlaku di negara orang, negara Turki yang terkenal dengan amalan sekular Kamal Ataturk. Betapa dahsyatnya pandangan para jeneral tentera Turki yang begitu taksub dengan pegangan sekular hinggakan isteri pimpinan besar yang bertudung pun mereka jadikan isu.
Bersyukurlah kita kerana dapat melaksanakan amanah menutup aurat tanpa sebarang halangan. Sebab itu kita kena buat sebaik-baiknya semasa Allah masih beri kita nikmat kebebasan dalam menutup aurat ini. Jika nikmat itu ditarik betapa menyesalnya kita nanti.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteakhir zaman dah agaknye Kak chik..Astagfirullahal'azim
salam kakchik...
ReplyDeletex sangka jadi follower yg btuah. awalnya hnya ttarik utk mbaca artikel ini. tq.
roslina ahmad sabree
no.36 jln ungu u9/32
sunway kayangan
seksyen u9
40150 shah alam
selangor
0192632602
Slm Kakchik,
ReplyDeleteSaya pernah membaca buku bertajuk "Secangkir Teh Pengubat Letih" , Saya amat kagum,terharu dan seribu satu macam perasaan bilamana rakan2 muslimah di Turki bersusah payah mencari segala jalan untuk membolehkan mereka berhijab tetapi kita di sini dengan satu alasan yg remeh sudah menarik diri dari mentaati NYA.
Betapa bertuahnya kita di bumi Malaysia ini.
"orang yang tidak pernah dibakar panas mentari,mustahil menghargai rimbun berteduh" (peribahasa Turki...copy dr buku "secangkir Teh Pengubat Letih")
salam kakchik,
ReplyDeletetak sangka belum habis fahaman sekular kat turki ye..
Assalammualaikum kakchik,
ReplyDeleteMenarik kisah ni, teringat akak pada mak angkat anak akak yg kedua ni. Dia orang Turki..kami kenal masa di Greece, seorang yang sangat mesra, mengaku Islam tapi rumah penuh ngan botol arak. berdoa untuk negaranya tapi pergi Church, mosque dan temple, malah pernah offer akak kerja di Turkey sebagai seorang guru dengan syarat akak tanggalkan tudung...tapi akak amat menghormati dia sebab dia cukup menghormati akak yang memakai tudung, tiada pilih kasih malah masa akak melawat dia beberapa kali dia selalu bawa ke restaurant orang2 Turkey pemikiran hardcore secular ini dan akak memang tak nafikan tiada seorang pun yang bertudung..
Kalau nak jumpa orang yg bertudung kena pergi bahagian ankara sana atau pada mereka orang2 yang tak berpendidikan tinggi dan berpendapatan rendah..Bahagian Asia Turkey khas utk orang2 kaya Turkey yg berfahaman secular.
Semoga Presiden Abdullah Gul berjaya mengubah pendirian orang2 secular ni malah mereka ni menyembah Atatuk tu macam Tuhan..mana2 kedai makan atau kedai apa2 pun mesti tergantung gambar Ataturk ni.
Wa'alaikummussalam MysDear.
ReplyDeleteMemang dah akhir zaman dan ni. Zaman dajjal nak turun.
wkslm moklong. tahniah ya moklong. sebab itu namanya berTUAH moklong hehe. terima kasih ya dtg tinggalkan alamat.
ReplyDeleteWkslm Alasmal,
ReplyDeleteKakchik pun baca juga buku tu. Terasa ingin sekali kakchik ke sana menelusuri perjalanan ust hasrizal. tepat sekali quote yg alasmal pilih tu.
Wkslm mizah. Masih lagi kuat di sana tu Mizah. Tenteranya masih kuat dgn fahaman sekular, langsung tak sejalan dgn kerajaan yang berkuasa.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam k.azah,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian pengalaman kak. Banyak yang akak telah temui dan lalui. Semoga mak angkat anak k.azah tu akan dapat hidayah kak. Orang Malaysia kita yg sekularis pun hidup spt dia juga kak. Pernah tengok dlm fb.
amiin untuk doa harapan akak.
salam..
ReplyDeletebetapa kentalnya hati mereka2 itu walaupun tertindas kan...semoga sy diberi kekuatan untuk menjadi lebih baik..
wkslm azy,
ReplyDeleteha'ah. Bila pegangan agama kukuh dan mereka jujur beramal, ujian yang datang makin menguatkan iman mereka. Kita belum diuji seperti itu. Syukur dgn nikmat Allah.
Turki ni memang dari dulu lagi memacamkan.
ReplyDeleteKita patut bersyukur dok negara malaysia sebab kita masih bebas mengamalkan Islam tanpa sekatan ;)