Followers

5.11.10

Inspirasi Pagi: THERE IS NOTHING MORE IMPORTANT THAN FEELING GOOD!

Assalamualaikum dan salam jumaat untuk semua teman-teman dan pengunjung. Salam ukhuwwah fillah.

Gambar dari laman Dr. MuhayaLASIK di FB.
THERE IS NOTHING MORE IMPORTANT THAN FEELING GOOD! When you feel good, you maintain a state of joy. You vibrate at a positive, allowing level and attract all those things that you focus your attention upon and feel deeply about.


Kata-kata di atas ialah kata-kata seorang pakar optalmologis yang sering keluar di kaca tv iaitu Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad. Kakchik sangat meminati beliau sejak kali pertama diperkenalkan oleh Mak Lah (bekas pimpinan Muslimat) beberapa tahun yang lalu.

Hari ini kakchik singgah di dinding facebook seorang sahabat dan kakchik ternampak gambar beliau. Tanpa bertangguh kakchik terus klik dan kini menjadi peminat beliau di facebook pula. Kalau beliau sudi, insyaallah beliau akan menyambut salam ukhuwwah dari kakchik pula.

Kakchik sangat bersetuju dengan kata-kata beliau. THERE IS NOTHING MORE IMPORTANT THAN FEELING GOOD! Benar sekali. Bila kita merasa seronok dalam apa juga yang kita lakukan atau alami, kita akan rasa segala-galanya bagus. Kita pun akan sentiasa ceria, tenang dan bersemangat.

Selfcam di Radix FC
Misalnya dalam berpakaian menutup aurat. Untuk menjadikan kita sentiasa komited atau istiqomah ialah dengan cuba mempositifkan fikiran dan merasakan inilah pakaian yang paling BEST untuk kita. Bila memakainya kita terasa amat gembira sebab Allah suka pakaian kita itu.

Bila otak kita sentiasa dirangsang dengan ransangan positif sebegitu, kita akan dengan sendirinya merasakan berpakaian menutup aurat ini amatlah seronok dan kita punya perasaan FEELING GOOD dengan pakaian dan penampilan kita walau di mana saja kita berada.

Selain itu, bila kita FEEL GOOD, secara tak langsung kita akan turut menarik orang sekitar kita untuk FEEL GOOD juga. Sebabnya bila kita rasa seronok, ia terpancar di wajah kita secara automatik. Contoh, bila kakchik rasa gembira, kakchik akan banyak tersenyum dan berwajah manis. Walaupun wajah kakchik dilindungi purdah tapi aura keseronokan itu akan dapat menembusi lapisan kain nipis itu. Siapa yang melihat dan bertentang mata pasti akan turut tersenyum.

Kalau tak percaya, cubalah!

Bila kita FEEL GOOD juga kita akan ceria dan bersemangat untuk melaksanakan tugas atau melakukan sesuatu. Kepura-puraan tidak akan berjaya menipu diri kita. Misalnya kita pura-pura gembira. Jika orang yang berinteraksi dengan kita tidak berdepan dengan kita mungkin dia tidak dapat membaca yang kita sebenarnya tidak ceria. Tapi cuba kalau berdepan, depan suamilah contohnya. Cepat sekali dia akan tahu yang kita tidak FEEL GOOD dan senyum kita itu tawar hambar dan mungkin pahit.

Kakchik suka sekali perasaan FEEL GOOD ni terutama FEEL GOOD pada apa saja yang kakchik lakukan. Untuk memastikan perbuatan kakchik itu mengekalkan perasaan FEEL GOOD ni kakchik belajar berfikir secara positif. Tidak suka menyalahkan diri tapi lebih suka melihat dari sudut pandangan Allah. Kalau buat begini, Allah ok ke? Kalau buat macam ni pulak, esok-esok Allah marah tak?

Sebagai seorang isteri pula, untuk menjadikan diri sentiasa FEELING GOOD, kakchik kena pastikan cik abe FEELS GOOD dulu. Sebabnya perasaan kami akan saling merefleks antara satu sama lain. Jika wajahnya muram, masam mencuka atau marah, wajah kakchik juga secara automatik akan turut nak tarik muka 14. Agar dia tak berwajah begitu, muka kakchik kenalah selalu manis, manis yang ikhlas bukan dibuat-buat.

Sekarang ni, di hari Jumaat yang mulia ni, jom kita sama-sama membuat diri kita FEEL GOOD kerana ada banyak kebaikan boleh kita buat pada hari ini. Jom!

6 comments:

  1. cantik kata-kata itu. Saya sangat ingin berhijrah kepada sesuatu yg lebih indah tp seringkali gagal. Astaghfirullah. Moga saya diberi kekuatan oleh Allah. Doakan saya kak chik.

    ReplyDelete
  2. Nadia, kakchik rasa macam tahu apa perasaan itu. Semoga Allah bantu Nadia dalam mencapainya. Jangan lupa, rajin usaha insyaallah akan ada hasilnya. Make yourself feel good ok dear.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kakchik, Bila saya berubah, ada seorg sahabat bertanya,apa perasaan saya sekarang bila memakai pakaian yg sempurna menutup aurat...jawapan saya masa tu I feel good. Pd mulanya sahabat tu ingat saya ni dah bangga diri dan rasa diri sempurna sangat.Then I have to explain kat dia...betapa indahnya perasaan menutup aurat ni.Sebab saya sendiri rasa, bila pakaian agak ketat atau singkat, saya akan rasa malu tapi nak pakai jugak time tu...(pelik sungguh) Tapi sekarang I really feeling good...Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. I'm feeling good today kak chik..thank you very much for the motivating entry..

    ReplyDelete
  5. Wkslm alasmal,
    Alhamdulillah... alasmal telah berjaya menerangkan hakikat yang sebenar. Ramai orang salah faham bila kita kata kita sangat puas hati dgn penampilan kita skrg. Memang kita harus bangga bila kita berjaya menutup aurat dgn sempurna tp bukan berbangga kat orang la kan, cukup banggan dgn diri sendiri.

    ReplyDelete
  6. You are most welcome kak azah. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs