Followers

5.11.10

Supper: Maggi Kari Yang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Orang kata, kalau sayangkan suami, apapun sanggup buat. Betullah tu tapi jangan lupa, yang sanggup dibuat tu kenalah halal di sisi agama ya. Sebentar tadi tiba-tiba saja perut terasa lapar dan kakchik tahu bila kakchik terasa lapar, tentu cik abe pun sama.

Kami sama-sama ke dapur, dia ambil roti dan kakchik kata kat dia, "Yang, nak makan maggi tak?" Dengan senang keningnya naik. Haha kakchik tahu, itu tandanya cik abe pun nak. Orait, kakchik akan masakkan dalam masa yang cepat, 10 minit saja.

Aik, 10 minit lama tu... sebab iklan cakap 5 minit je. Kena lama sikitlah kan sebab nak sediakan sayur-mayurnya dan bahan lain untuk dimasukkan dalam maggi tu. Takkanlah kakchik nak hidang maggi kosong gitu jer... hehe.

Dan inilah hasilnya yang sedang kami nikmati.

Maggi Kari Yang sebab istimewa untuk suami tersayang.

Makan maggi ni tak boleh selalu sangat sebab karinya tu ada MSG, akan membahayakan kesihatan jika diambil dalam kuantiti yang kerap. Lagi baik tumis sendiri tanpa menggunakan serbuk karinya. Tapi malam ni kakchik guna sebahagian serbuknya saja dan tambah perisa sendiri.

Selamat makan.

12 comments:

  1. tgh study ni lapar pulak..pastu terbc blog kakchik psl maggi..huuu..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    kak chik, sedapnya nampak maggi kari ni. terliurnya....masak maggi untuk suami tercinta pun dapat pahala tu..:)

    ReplyDelete
  3. Maggi mee memang cepat dimasak sedap dimakan..

    ReplyDelete
  4. zila @ incik, maafkan kakchik sebab telah buat zila lapar. ada apa2 makanan tak kat situ?

    ReplyDelete
  5. Wkslm UmmuFarhan. Alhamdulillah hilang lapar dapat makan dan lega tengok suami pun happy. Moga2 Allah beri ganjaran yang banyak. Amiin.

    ReplyDelete
  6. kak azah, jingles tu memang terpahat kukuh di ingatan hehe

    ReplyDelete
  7. salam kakchik
    rasa lapor pula tengok mee yang akak masak ni
    walaupun ringkas yang penting suami dapat makan dengan tenang kan,kak

    ReplyDelete
  8. Salam and good morning Kakchik,

    Pagi yang indah...saya baru lepas balik jogging bersama my 2 girls.Melatih mereka menjadi "morning person"...kita pun sihat mereka pun sihat...Biasanya org yg morning person ni akan ceria,cergas dan always positive sepanjang hari...
    Tapi sampai rumah jenguk blog kakchik,perut terus berlagu...hahaha..Kalau dah nampak sedap.gerenti sedap tu kan kakchik.Suami saya pun ada masanya tak suka makan nasi selalu sangat. Kami pun ada masanya masak maggi bersama dan bincang bersama bahan2 yg nak letak dlm maggi agar lebih sedap. Tapi memang betul lah, maggi ni tak boleh ambik terlalu kerap.Kesan jangka panjang yg mungkin memudaratkan kesihatan, That's why saya tak galakkan anak2 makan maggi ni..

    ReplyDelete
  9. wkslm ummu,
    kalau lapar, jemput ke dapur ya. mana tahu kot ada labi yang lebih.
    bila suami suka kita pun suka.

    ReplyDelete
  10. Lelord, jangan pecahkan rekod. Maggi bukannya bagus sangat.

    ReplyDelete
  11. Wkslm Alasmal,
    Maafkan kakchik sb dah lewat sehari baru balas komen. Time sibuk macam ni lah.
    Bagus sekali apa yang alasmal buat dgn anak-anak. Memang betul... bangun pagi dgn ceria kita pasti lebih segar dan ceria.
    Sekali2 je kakchik letak gambar makanan sebab kakchik jarang masak. Makan maggi pun jarang2.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails