Followers

6.11.10

Perkongsian: Menilai Buku Dari Kulitnya

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Disalin dari Notes teman FB, Hazlifah Hanappiah

Gambar hiasan: Buku wakaf di Perpustakaan Zahra'

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.

“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”

Lalu jawab si pekerja: ”Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya:

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya.

Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

==============================================

Nota kakchik
Kakchik teramat letih malam ni sampaikan nak menulis pun tak larat. Kebetulan pula kakchik ditag satu artikel yang sangat bagus oleh seorang teman FB. Kakchik rasa dia tak marah kalau kakchik kongsikan tulisannya di sini. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Baca, renung, fikir dan tanya diri apa yang kita telah faham. Kakchik pun terkena juga jadi kakchik kena usahakan untuk berubah.

2 comments:

  1. Salam, kak Chik :)

    Memang menyedihkan bila ramai dari kalangan umat Islam hari ini yang meletakkan hadis dan al Quran di 'belakang' mereka.

    Mereka bukan mengikut tetapi menggunapakai hadis dan ayat yang boleh menyokong tindakan mereka sahaja.

    Semoga kita semua dikurniakan hidayah oleh ALLAH SWT. Dunia semakin hampir ke penghujungnya. Hanya iman dan amal yang ikhlas kerana ALLAH yang akan menyelamatkan kita semua...

    p/s : Artikel di atas adalah sebahagian petikan dari artikel, Isu tudung: bidasan terhadap Raja Petra Malaysiatoday. Untuk bacaan dan artikel penuh boleh dibaca di link ini :

    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=755&Itemid=72

    Semoga kita semua beroleh manfaatnya :)

    ReplyDelete
  2. Wkslm Ina,
    Mereka semua tu mad'u kita, cabaran kita. Bila berada di medan masyarakat, menyampaikan ilmu kadang-kadang sangat mudah tapi nak memahatkan ilmu itu ke dalam jiwa pendengar/pembaca amatlah susah melainkan Allah izinkan t/balas segera. Insyaallah sama-sama kita berdoa agar Allah tetapkan hati kita di atas jalan ini.

    p/s: Terima kasih kerana memberikan link asal kpd tulisan ini. Tulisan ustaz rupanya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs