Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kakchik akan kembali bekerja selepas bercuti selama 4 hari. Bila lama sangat bercuti ni mulalah terasa kurang bersemangat untuk meninggalkan rumah yang sangat selesa ni. Maklum saja, kat rumah ni segala apa yang menyeronokkan kita ada di sekeliling saja.
Tapi, amanah yang dipikul kenalah ditanggung juga. Nak tak nak kena pergi kerja sedangkan dalam jiwa tu ada beberapa cabang fikiran. Satu untuk suami, satu untuk bisnes buku, satu untuk bisnes abaya, satu untuk konvo oum, satu untuk itu, satu untuk ini dan macam-macam lagi. Bak kata macam nasi kerabu dah dalam kepala kakchik di pagi-pagi hai ni.
Hari ni cuaca nampak elok tu, jadi kakchik akan ambil kesempatan waktu rehat tengahari untuk ke pejabat pos mengeposkan beberapa bungkusan abaya dan buku pelanggan yang tidak sempat diposkan semalam. Huhu, semalam banyak agenda kena cancel akibat perut kakchik yang sakit berangin.
Hari ni, alhamdulillah, rasanya perut dah ok. Setakat ni takde komplen lagi tu. Oh, hari ni kakchik pakai abaya AR100 yang macam dalam gambar kat bawah ni:
Gambar 2 minggu lepas. |
Tapi hari ni kakchik pakai tudung berwarna agar rasa lebih ceria. Hehe sebenarnya kakchik combine 2 helai tudung, hitam dan berwarna biar ada kelainan sikit. Dalam cuaca mendung ni nak kasi ceria sikit. Oh, hari ni teman sekerja yang cuti bersalin akan kembali ke pejabat juga. Tak sabar nak jumpa K.Mar.
Ops, dah 8.11 minit pagi, kakchik nak bersiap dulu. Kalau lambat nanti lewat sampai pula ke Zahra'. Jumpa lagi, assalamualaikum.
Assalammualaikum kakchik,
ReplyDeleteSelamat menjalankan tugas dan menghadapai hari2 mendatang dengan perasaan ceria..Insya ALLAH.
salam. Kak Chik, nama kita sama lah, kakak sy panggil saya 'kak Chik' juga
ReplyDeleteassalamualaikum kakchik
ReplyDeletesemoga kakchik sihat selalu
Wkslm kak azah. Terima kasih kak. Semangat turun ke medan.
ReplyDeletewkslm putrifarish87. oh, seronok dpt kenal kenalan bernickname sama. selamat kenalan ya kakchik.
ReplyDeletewkslm ummu masyitah. terima kasih dik. alhamdulillah.. kakchik sihat. moga2 masyitah pun sama.
ReplyDelete