Sudah jam 12 malam. Kakchik cuma nak update sedikit maklumat tentang CHENG HO EXPO yang akan bermula esok. Hari ni kakchik tak kesempatan nak update blog kerana beberapa urusan berkaitan expo. Kali ni nak mencuba nasib di dalam expo antarabangsa.
Di sini ada sedikit maklumat yang kakchik ambil dari blog rasmi Cheng Ho Expo 2010.
Ekspo Perdagangan Antarabangsa Cheng Ho, Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu, Kelantan
21- 26 November 2010 / 10 pagi - 10 malam. Semua dijemput hadir.
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan Ingin menjemput tuan, puan, saudara, saudari, adik, abang dan kakak serta seluruh Rakyat Malaysia yang dihormati untuk turut memeriahkan Ekspo Perdangangan Antarabangsa Islam @ Ekspo Cheng Ho (Kelantan-China) pada 21 hingga 26 November 2010/ jam 10 pagi hingga 10 malam.
Bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan
- Pameran Teknologi Bertaraf Dunia dari China
- Pameran Perniagaan Malaysia dan China
- Pesta Makanan Halal IKS Tempatan & Antarabangsa
- Pameran Ilmiah Tamadun
- Pameran Sejarah Islam & Pelayaran Cheng Ho
- Forum Perniagaan & Business Matchmaking
- Pertunjukan Fesyen Islam
- Pertunjukan Akrobatik
Bagi mereka yang tidak dapat hadir, masih boleh kunjungi Ekspo Cheng Ho ini secara "Maya@ Virtual" melalui saluran web/ blog berikut:
Blog Media Cheng Ho Expo www.chenghoexpo.blogspot.com
Online Expo di - www.chenghoexpo.net
TV 6 TV Malaysia.net - www.tvmalaysia.net
dan Web YB Dato Husam Musa - www.husammusa.com
Sebagai salah seorang peserta gerai jualan, kakchik bagi pihak MARIBACA BOOKSTORE dan ABAYA ELEGAN ingin menjemput kalian semua ke gerai kami di G0041/G0044 untuk membeli buku dan abaya Dubai.
Jemput singgah ya.
salam kakchik
ReplyDeleteya Alah bsetnya
kak chik..kalaulah saya mampu pergi kan...