Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kakchik baru buka suratkhabar ni. Mata terus terpaku pada berita mengenai Kak Ramlah Ram yang kini tampil bertudung. Alhamdulillah. Baguslah kak kerana telah mengambil langkah melakukan perubahan positif pada penampilan diri. Moga-moga penampilan akak semakin baik selepas ini sesuai dengan amalan pakaian menutup aurat para isteri nabi.
Tahniah kak!
Di bawah ni keratan akhbar mStar Online mengenai penghijrahan beliau.
Hasrat Ramlah Ram Bertudung Sudah Lama DipendamPETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram muncul dengan penampilan barunya ketika menjadi artis undangan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin.Ramlah yang tampil sopan dengan menutup aurat dan mengenakan tudung telah menarik perhatian penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.Ramlah menyampaikan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. dan Ketentuan.Kata Ramlah, ini adalah masa yang paling sesuai untuk dia menunaikan hasrat yang sudah lama terpendam itu.“Hajat untuk bertudung sudah lama, tapi mungkin ketika itu belum bersedia sepenuhnya. Pada awalnya saya cuba pakai tudung ketika keluar tetapi tidak selalu.“Secara rasminya saya bertudung baru beberapa minggu lalu dan sudah beberapa persembahan saya muncul dengan penampilan baru ini,” katanya.Tambah Ramlah, penampilan barunya ini tidak mungkin membataskan aktiviti seni yang selama ini menjadi darah dagingnya.“Saya masih Ramlah Ram yang lama, saya masih aktif menyanyi. Apa yang membezakan hanyalah penampilan saya.
Gambar ihsan Metro Online. “Saya rasa inilah imej yang sesuai dengan usia sekarang. Lagi pula saya rasa tenang selepas bertudung ini. Dari segi rezeki pula, saya hanya serahkan kepada Allah. Saya yakin saya masih boleh mencari rezeki dengan penampilan sebegini,” katanya.Menurut Ramlah, keluarga dan peminat memberi maklum balas yang baik terhadap penghijrahannya ini.“Keluarga sangat gembira dan menyokong saya untuk berubah. Begitu juga peminat yang beri respons positif ketika saya membuat persembahan dengan penampilan baru ini,” katanya.Ujar Ramlah, tiada sebab yang lebih kukuh selain niat dalam hatinya untuk berubah kearah ini.“Saya berubah bukan kerana kecewa dalam hubungan yang lalu atau menerima galakkan dari seorang lelaki baru tapi niat dalam hati yang betul-betul kuat menyuruh saya untuk menutup aurat.“Berhubung pakaian dan persembahan, saya akan tampil dengan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang akan dibawa. Sekarang saya masih lagi mencari satu identiti atau trade mark yang sesuai,” ujarnya.Dalam pada itu, Ramlah juga berhasrat untuk merakamkan lagu-lagu keislaman bersesuaian dengan imej dan usianya kini.
semakin berseri dia selepas bertudung..
ReplyDeleteAlhamdulillah..dan tahniah kerana diberi petunjuk dan hidayahnya...
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronoknya tengok artis2 kita makin ramai yang bertudung semoga ini akan menjadi pendorong kepada artis2 lain yang masih lagi alpa.
ReplyDeletesalam kakchik..
ReplyDeleteterima kasih bacakan paper utk saya :) gurau jer.
last time update cerita tentang kak ramlah kita ni time dia buat showcase baru2 ni. n3 kakchik ni kire new updatelah ttg kak ramlah, Alhamdulillah, Pasti Allah menilai dan memberi ganjaran untuk keikhlasan kita, Amin!
alhamdulillah...makin ramai wanita muslimah menyedari kpentingan aurat...tq kak chik share berita tbaru ni...lagipun ain jarang baca paper...hehehehe...malu...
ReplyDeletemulakan langkah menutup aurat dgn menutup rambut, semoga dipanjangkan lagi dgn menutup bahagiab badan yg lain seperti lengan dll. :) didoakan semoga beliau terus istiqamah tapi rasa tak selesa sebab suara perempuan yang lunak merdu mendayu-dayu aurat juga kan
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteKak e peminat RR dari zaman remaja lagi ;)
* Suka sangat RR sudah menutup aurat :)
Nadia, betul... dan bagi kakchik bila orang tak bertudung memakai tudung, wajahnya makin berseri-seri. Agaknya nur dari Allah kerana melakukan satu lagi suruhan Allah.
ReplyDeleteKak Kam, kita sama-sama syukur atas penghijrahannya dan sama-samalah kita doakan dia dpt menutup aurat dgn sempurna.
ReplyDeletekak azah, moga-moga Allah makbulkan doa dan harapan kita.
ReplyDeletewkslm rose,
ReplyDeletehehe, sama-sama. dah keje kakchik rose. insyaallah rose.
ain, sama-sama. Mana2 berita yg menarik insyaallah kakchik suka kongsikan. Moga2 kita dpt sedikit sebanyak manfaat.
ReplyDeleteHa, amiin. Moga-moga dia bersara juga satu hari nanti dr menyanyi depan lelaki ajnabi.
ReplyDeleteWkslm kak e. Tahniah la kpd peminat kak RR. Tentu gembira sakan dgn perubahan kak RR.
ReplyDelete