Followers

2.11.10

Hak Untuk Menutup Aurat Dengan Sempurna

Assalamualaikum, salam ukhuwwah fillah dan selamat sejahtera.

Waktu untuk berehat sebentar sambil mengemaskini blog kakchik. Baru-baru ni kakchik ada terbaca sesuatu di facebook iaitu tentang topik di atas. Sebelum ini kakchik telah banyak menulis tentang aurat kan tapi tak pernah lagi kakchik tulis tentang perkara di atas tu.

Didiklah anak-anak sedari kecil berpakaian menutup aurat.

Telah sampai ke pengetahuan kakchik, ramai sebenarnya muslimah kita yang sangat mahu memakai pakaian menutup aurat yang sempurna tapi hajat mereka dihalang oleh keluarga terutama oleh ibu bapa dan suami. Ada beberapa orang kenalan telah menghantar email berkenaan tentangan yang mereka hadapi bila mahu menutup aurat dengan sempurna.

Astaghfirullah... di zaman yang serba moden dan canggih ini rupanya masih ada ibu bapa yang bimbang melihat anak gadisnya memakai tudung labuh. Pada mereka, anak-anak itu sudah mula ikut jemaah yang entah apa-apa. Ada ayah siap bagi amaran kat anak perempuannya agar jangan sesekali berkawan dengan 'orang tudung labuh' bila masuk universiti.

Ada pula suami yang cukup anti melihat tubuh isterinya ditutupi pakaian yang longgar. Katanya, tak cun, tak lawa, kenapa badan yang cantik nak disorok-sorok, bukankah Allah suka yang cantik-cantik. Astaghfirullahalaziim. Bila isteri mahu memakai tudung yang lagi labuh, dimarahinya, bimbang nanti kawan-kawan kata isterinya jumud, konservatif walhal isterinya itu masih lagi berhias sakan. Begitu sekali prejudisnya terhadap tudung labuh dan pakaian longgar.

Duhai ibu ayah dan para suami, berikanlah hak istimewa iaitu hak yang sebenar untuk anak-anak dan isteri kalian memakai pakaian yang menutup aurat. Kenapa perlu dihalang bila mereka mahu melakukan suruhan agama? Bukankah bila mereka menutup aurat dan kalian pula mengizinkan, pahalanya turut kalian dapat. Iyalah, setahu kakchik, menggalakkan orang berbuat kebaikan, ganjarannya pahala. Dan pahala ni dari Allah, umpama markah untuk peperiksaan di akhirat nanti.

Kasihanilah anak gadis kalian, empatilah pada isteri kalian. Galakkanlah mereka memakai pakaian yang sempurna menutup aurat. Kalau lidah kalian tidak pandai berkata-kata untuk menggalakkan mereka, apa kata kalian tolong belikan pakaian itu untuk mereka. Insyaallah mereka pasti suka walaupun mungkin ada juga di awal-awalnya tak suka. Hati perempuan, lemah dengan pujukan. Jika banyak kali dipujuk, lama-lama mereka pasti suka memakai pakaian itu.

Ada satu kes yang berlaku semasa kakchik berniaga. Ada anak gadis sangat mahu membeli sehelai abaya dan beberapa buah buku. Kelihatan ibu bapa gadis yang datang bersamanya sangat berada berdasarkan penampilan dan gaya perbualan mereka. Sayangnya ini kata-kata ibunya (yang pakai tudung), "Alah, buat apa nak pakai jubah-jubah ni, susah kakak nak berjalan nanti. Macam mak nenek saja." Huhu, kakchik yang mendengar ni rasa macam nak counter terus tapi masa tu keadaannya sangat tidak sesuai tambah-tambah kakchik sedang melayan pelanggan lain.

Kasihan anaknya. Kalau tak mahu beli pun janganlah alasan sebegitu yang diberikan kepada anak. Anak yang bert-shirt dan berseluar panjang itu mungkin akan sukarlah nak berjubah apatah lagi nak berabaya selepas ini. Apa salahnya beri alasan yang bersifat positif dalam nada yang lembut, ini seolah-olah buruk benar pakaian jubah itu. Kalaulah ramai ibu bapa yang berpandangan sebegitu maka janganlah kita taruh harapan besar untuk anak remaja suka memakai pakaian yang berkain. Ramai yang akan lebih suka berseluar panjang. Lagi bahaya berseluar sekerat lutut atau lebih pendek dari itu.

Masalah ini BUKAN melibatkan semua ibu bapa dan para suami. TIDAK... tapi yang kakchik sentuh ini adalah sebahagian dari masyarakat kita. Kita kena sedar, setiap dari kita ini punya hak yang Allah izinkan dan hak menutup aurat dengan sempurna juga adalah sangat disuruh oleh Allah SWT. Pakaian itu secara fizikalnya boleh menjaga badan dari penyakit, kekotoran dan seumpamanya. Secara spiritual pula ia menjaga akhlak, keperibadian dan maruah.

Maruah itu sangat penting. Kerana pakaian maruah kita terpelihara. Dan kerana pakaian juga maruah kita boleh jatuh di mata manusia dan Allah SWT. Oleh itu marilah kita sama-sama menggalakkan malah mengizinkan kaum wanita kita mendapat hak mereka yang sejati iaitu HAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.

Allahu'alam.

8 comments:

  1. betul kak..
    pernah jugak mengalaminya...
    tp alhamdulillah lama2 diterima....
    n even yg taksuke da mula mengikut....
    =D

    ReplyDelete
  2. 100% agree. Teringat pd seorang kwn mak yg tegur mak kerana pakaikan kami tudung masa darjah 3. Katanya kesianlah pada anak tu, panas! Nnt dah besar tau lah dia pakai sdiri.

    ReplyDelete
  3. Memang setuju dengan apa yang kakchik tulis.
    Alhamdulillah, keluarga Latifah tidak pernah melarang.
    Masa Latifah mula-mula menutup aurat dengan sempurna (pakai baju lengan panjang dan berstokin), Abah macam pelik, tapi tak melarang.
    Lama-lama Abah galakan sebab dia tahu anak gadis dia dah besar.
    Dan alhamdulillah, saudara mara yang lain juga menerima dengan baik.
    Tapi zaman sekarang, bila tegur gadis-gadis yang pakai menutup aurat tidak sempurna, especially pakai tudung pendek, kata mereka, mereka bukan baik sangat untuk pakai tudung labuh ni.
    Aishhh tak tahu dah nak tegur macam mana. =(

    ReplyDelete
  4. salam kak chik,
    saya juga setuju dengan apa yg kak chik tulis.

    rasanya diaorg yg menghalang tu biasanya kurang kefahaman tentang aurat ni. Bagi diaorg cukup sekadar tutup je walau pun tak sempurna.

    simpati dan kesian kepada yg jadi mangsa...

    Alhamdulillah, sy bukan dalam golongan ini. malah sy dr remaja lg diminta oleh nenek sy untuk pakai jubah, tudung labuh cuma sy je tak ada kesedaran lg waktu itu. Ditambah pula bila kahwin, suammi sy pun bukan jenis yg kisah sgt pada awalnya. Tapi alhamdulillah Allah bg kami petunjuk...bila suami dah main perana semua akan jadi mudah.

    ReplyDelete
  5. ticher ina, syukur alhamdulillah atas apa yang ina lalui. semoga makin lama mereka yang tak suka pun jadi suka utk turut sama mencontohi ina.

    ReplyDelete
  6. shannazul, kemungkinan didikan kawan mak shannazul tu kurang Islamik sebab itu dia merasakan begitu. semoga kini dia tidak lagi berpandangan begitu. mendidik mestilah dari rebungnya, bila dah jadi buluh, liat sangat nanti.

    ReplyDelete
  7. Latifah, terima kasih kerana bersetuju dengan pandangan kakchik. Syukurlah ibu bapa Latifah terbuka mindanya dan kini menggalakkan Latifah menutup aurat dengan sempurna. Gadis sekarang mereka keliru dengan pegangan agama sendiri dan ramai lagi yang tidak faham konsep iaitu jangan tunggu segalanya baik baru nak menutup aurat dgn sempurna. Sebab itu kita kena ada tudung labuh yang alternatif, bukan sekadar yang bulat sahaja. Alternatif inilah utk menarik hati mereka.

    ReplyDelete
  8. wkslm suzi. terima kasih. memang kakchik pun rasa orang yang menghalang tu tidak faham. sayangnya mereka tidak pula berminat utk menambah kefahaman dlm beragama, sebab itulah berterusanlah fahaman mereka seperti itu.
    suzi dikira beruntung sebab latar blkg keluarga pro-agama, maka dari awal lagi suzi ditarbiah untuk berpakaian menutup aurat. syukurlah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs