Assalamualaikum dan salam aidiladha kepada semua.
Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari kedua kita berhari raya haji. Kat Kelantan ni kami bercuti selama 4 hari sempena raya haji iaitu dari 10 Zulhijjah hinggalah 13 Zulhijjah, hari raya pertama dan 3 hari-hari tasyrik. Dalam tempoh cuti ni sebagaimana kebiasaan banyaklah jemputan kenduri-kendara yang singgah di rumah kami. Masalahnya kami tidak mampu untuk memenuhi semua jemputan. Maklum saja nak ke sana-sini bukanlah mudah tambah-tambah bila keluarga sendiri pun ada majlis juga.
Kakchik sepatutnya sudah bertolak ke Kuala Lumpur hari ni sebab esok bakal graduan perlu mengambil jubah konvo dan lusan ialah sidang penerimaan diploma kakchik. TAPI, kakchik masih di rumah yang mana, ia bermakna kakchik tidak jadi pergi konvo. Bukan tak mahu pergi, mahu sangat tapi ada beberapa hal yang perlu kakchik utamakan di rumah ini. Bukan tak berharga diploma kakchik tu tapi dalam situasi sekarang, urusan keluarga lebih utama.
Kakchik pujuk hati dengan ingatan yang kakchik sudah pernah menerima ijazah sebelum ni jadi terlepas peluang kali ini tak mengapalah. Insyaallah jika berpeluang, nanti boleh ke penerimaan Master pulak. Tapi yang itu masih dalam pertimbangan. Belum ada tindakan untuk menyambung pelajaran hingga ke MA. Insyaallah satu hari nanti jika umur masih panjang dan ada kemampuan, insyaallah.
Selamat Hari Raya dari kami berdua. |
Lepas ni kakchik nak hubungi kawan untuk minta tolong agar dia tolong ambilkan skrol kakchik. Allahu'alam pihak OUM benarkan atau tidak untuk kakchik mewakilkan orang lain menerima skrol diploma kakchik. Kalau mereka tak izinkan tak mengapalah, nanti kakchik akan uruskan juga. Semoga semua kawan-kawan yang berada di majlis konvokesyen OUM lusa akan gembira menerima diploma dan ijazah masing-masing. Tahniah untuk K.Lis dan K.Mah, dua orang teman sekelas kakchik yang akan naik ke pentas menerima diploma mereka. Seronoknya jika kita dapat bersama-sama di sana.
Insyaallah MA nanti...
Salam Aidiladha Kakchik :)
ReplyDeleteSalam Kakchik,
ReplyDeleteTakpelah kakchik, Kakchik tak perlu rasa kecewa malahan kakchik patut rasa bangga sebab kakchik utamakan mana satu yg lebih utama lebih2 lagi bila ia melibatkan urusan di rumah.
Saya dah masuk kerja hari ini...what to do...sini takde keistimewaan seperti mana di Kelantan. How lucky you are...
Rajinnya kakchik belajar, saya doakan mudah-mudahan cita2 kakchik nak buat MA tercapai juga satu hari nanti.
Salam Aidiladha dari saya sekeluarga.
Assalamualaikum,
ReplyDeletekakchik...
wahh...Alhamdulillah...dip dlm kursus apa kakchik...d mna tu
=)selmt hri rya.
salam kak chik..tak apalah..kena dahulukan perkara yang lebih penting.
ReplyDeletekalau kak chik turun kl boleh akak bagi rasa kukis akak tu. terima kasih juga sebab kak chik sudi nak promote kukis tu tapi akak tak pandailah pulak nak buat banner.
Eid said sizuka. Bagaimana raya kat NZ?
ReplyDeleteWkslm Alasmal.
ReplyDeleteInsyaallah kecewa tu jauh sekali. Tak baik orang Islam kecewa :) Cuma fitrahlah, terasa sedih sikit, sikit je hehe.
Kakchik rasa kebanyakan negeri pun cuti sehari je utk raya haji ni. Kami kat sini lebih utamakan raya haji berbanding raya puasa tapi skrg ni ruh berhari raya semakin hilang.
Kakchik belajar sebab minat je, dengan izin Allah. Terima kasih ya alasmal.
Wa'alaikummussalam Mardhiah.
ReplyDeleteKakchik buat Dip. Pendidikan Awal Kanak-Kanak di OUM. Saja suka-suka belajar nak tambah ilmu. Mana tahu boleh dimanfaatkan utk keluarga dan masyarakat.
Wkslm kak ina. Itulah kak, dlm keadaan sekarang ni, keluarga lebih utama.
ReplyDeleteInsyaallah kak. Ada hajat besar utk turun KL. Macam nak ambik cuti seminggu khas utk jumpa teman2 blogger dan fb.
Maybe next year.
Salam K.Chik
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha untuk K.Chik sekeluarga.
Mementingkan yang lebih penting. Kadang² memang rasa susah untuk memilih, tapi Iera pasti K.Chik dah buat pilihan yang terbaik.
Tak pergi konvo tidak mengapa, tapi tahniahhhhh, tahniahhh kerana sudah bergraduasi.
Jangka hayat iera masih agak lama di OUM nih. Heheheheh. Bila orang tanya "Sem berapa dah?". "5" "Ohhh dah tak lama lah tu. Lagi berapa sem?" "10!"... ting tong...heheheheh.
Semoga lepas ini, sambung MA pula K.Chik. K.Chik kan orangnya energetic. Kami yang ada lagi 10 semester berbaki ini pun tutor dah cerita macam² mengenai Master. Insya Allah... kalau tidak ber Master dalam Linguistic pun, kita ambil bidang baru.
All the best K.Chik.
salam...
ReplyDeletetahniah kakchik!
xpe, maybe bukan rezeki kakchik untuk berkonvo...
InsyaAllah akan ada rezeki yang lain utk kakchik.
=)