Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman blogger dan fb, semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat walau di mana saja kalian berada.
Pagi-pagi ni sebelum kakchik terlupa dan sebelum kakchik bersiap untuk ke tapak ekspo, kakchik ingin sekali menulis tentang topik ini.
Sebagaimana ramai yang tahu, wanita Kelantan memang majoritinya berpakaian menutup aurat. Kalau mahu lihat ramai wanita bertudung labuh, berpurdah dan bertudung, datanglah ke Kelantan. Alhamdulillah. Kakchik cukup bersyukur sebab Allah bukakan pintu hati anak-cucu Hawa di sini untuk memelihara aurat mereka dengan memakai pakaian yang sopan mengikut Islam.
Tapi, akhir-akhir ini ada satu tren yang sangat menaikkan rasa malu dan sedih kakchik. Satu tren yang sungguh memalukan bila dilihat setiap hari di depan mata ini. Maklum saja sepanjang hampir seminggu berada di tapak ekspo, sudah pasti wanita yang memakai pakaian mengikut tren ini akan lalu-lalang, malah singgah membeli di gerai kakchik.
Nak tahu apa trennya? Ok, inilah dia!
Gambar ihsan pages Bertudung Demi Aurat vs Bertudung Tetapi Telanjang |
Allahu Akbar! Ujian kami dalam berdakwah kepada para wanita di sini semakin kuat. Kali ini fesyen di atas tu bukan saja menular di kalangan orang muda malah golongan tua-moden juga terpengaruh. Bayangkan ibu atau nenek kalian yang berusia 50 tahun ke atas memakai pakaian seperti model di atas. Apa perasaan kalian?
Kakchik lihat mereka yang menjadi mangsa ni kebanyakannya dari golongan agak berada berdasarkan penampilan, percakapan dan pilihan produk yang mereka beli. Bagi kakchik, usia bukanlah penghalang untuk kelihatan cantik bergaya, siapa yang kata salah kan? Tapi biarlah kita bergaya mengikut kehendak Allah. Kasihanlah kepada anak cucu yang melihat kita sebagai contoh mereka.
Kalau ibu dan nenek pakai macam ni, jadi tak hairanlah kalau anak cucu pakai yang serupa atau lebih 'SKIMPY' daripada ini. Kakchik syukur bilangan yang berpakaian sopan menutup aurat itu masih lebih besar namun, kerana yang sedikit ini terlalu menjolok mata maka mereka menjadi tarikan perhatian semua lapisan masyarakat.
INSAFLAH! Tolonglah rasa malu. Bila kita terasa tak apa memakai pakaian sebegini untuk keluar rumah, INGATLA, SYAITAN di sebelah tu sedang BERSORAK KEGEMBIRAAN. Anda sebenarnya sedang TELANJANG di khalayak ramai.
aslmkm kakchik...mmm..betul tu, kita yg malu bila tgk org pakai macam tu kan, sian kat diaorang, fikir aurat cuma tutup badan dgn kain je, dah cukup, walhal tutup aurat tu lebih luas definisinya..lbh dlm maksudnya.
ReplyDeletetp yg plg biasa skrg ni tudung instant la..yg pendek2 tu..alahai...bg pakai kat anak2 lagi sesuai kot..moga2 dakwah anda berterusan memerangi fesyen2 yang semakin bercelaru ni...sekian..:)
ramai perempuan pakai macam tu sekarang ni.. kesian mereka..
ReplyDeletebermuscle nyer kaki org dlm gmbr tue..haha
ReplyDeletebeshnye dah lawat byk tempat kat Cheng Ho..semalam xsempat..huhu
sempat tgok last performance akrobatik tue je..pastu dah kul 5 lebih..balik solat
Assalamualaikum,kakchik...
ReplyDeletewah...sentiasa fikir agama walaupun sedang berekspo yea...
tahniah=)
Hmm.. baju tu kalau longgar skit ok. Tudung labuh tutup dada. Dan legging tu memang failed!...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletelama tak komen sini.Saya rasa ramai remaja sekarang yang konfius berpakaian.Beramal tanpa ilmu begini lah jadinya.Nau'zubillah.
Salam,
ReplyDeletesangat kasihan dengan mereka yang ingin cantik sebegini tetapi tak kena. Ingatkan benda macam ni jadi wabak di KL sahaja, rupanya dah menular ke negeriku tercinta (ampun! memang tak tahu. Balik kampung pun tak sempat nak lepak KB tengok suasana sekarang ni macam mana)
Masa saya lalu Gua Musang beberapa tahun lepas, saya terpandang seorang makcik bermotor yang bertudung litup dan berbaju kurung...cantik dan ok je cara dia pakai. Cuma...sangat jarang. Mungkin kain tu anak dia yang beli, masa tu baru nak mula kain jenis kelambu yang jarang. dan dia pula tidak letak lining kat dalam...saya yang tengok ni pula yang terkejut cimpanzi ;)
Assalammualaikum kakchik,
ReplyDeleteKalau kakchik di expo boleh lihat ramai wanita berumur berpakaian macam itu akak apa lagi di sekolah, parents datang majlis sekolah berpakaian buat akak rasa amat malu. memang sopan berbaju kebangsaan tetapi alahai kakchik, dada nya menggunung tinggi..hehehe. tak semua tapi majority.
Itu tak termasuk ajk PIBG yang datang bermesyuarat bertudung Gypsy tapi dada terbelah. Tiap kali majlis sambutan guru pasti diajak guru2 menari. Nak nasihat lebih2 nanti dia orang kata akak extreme pulak so hanya mampu lihat dan berdoa sahaja..
assalamualaikum kakchik...
ReplyDeletesebenarnya masalah tu bukan kt kelantan je..
mebi nampak obvious sebab kelantan ramai yg bertudung labuh dan berpurdah..
kalau dekat area2 KL lagi melambak2 kakchik....
dengan pakaian macam ni memang senang je didapati....
kadang2 naik segan tengok....
yg ina pelik..
dorang takrase pelik ke pakai macam tu?
seluar macam takpakai seluar..
tudung macam takpakai tudung..
Allahu..
moga2 mereka diberikan ilham tuk berubah..
kerana ina yakin mereka bukan tak tahu cara menutup aurat sebenar...
tetapi mereka ignorance..
dan lebih mementingkan fesyen berbanding tuntutan syariat....
astaghfirullah, malu sungguh :( moga terbuka hati utk pakai lebih sopan.
ReplyDeletehuish..saya malu kalo pakai macam tu, tambah plak bila dh berumur..kang dikatakan orang tua tak sedar diri... zaman muda dh berlalu... lagipun masih banyak fesyen utk wanita bertudung yang masih sopan tp cantik dan sedap mata memandang...
ReplyDeleteWkslm Anna Qawina.
ReplyDeleteKakchik rasa mereka tahu pasal aurat ni cuma mungkin tiada kekuatan untuk tutup dengan lebih sempurna kerana suasana kehidupan yang moden dan sosial. Moga-moga satu hari nanti, mereka berani buat perubahan.
Pasal tudung instant yang pendek tu, memang kat sini pun banyak. Macam acuh tak acuh saja lagaknya dalam memakai tudung. Mereka masih belum faham konsep tu, tugas kitalah nak membetulkan. Insyaallah kita boleh bantu.
Azman Roslan,
ReplyDeleteSebab itu kakchik harap kaum lelaki sudi menegur dan menasihati mereka. Kalau ahli keluarga sendiri, tegurlah, kerana seorang lelaki, tegurannya mungkin lebih berkesan.
Ct Soleha,
ReplyDeleteKalau dah pakai macam tu, apa-apa telahan pasal fizikalnya kita boleh buat, memalukan, jadi kita harap takdelah orang yang suka nak pakai macam ni lagi.
Oh, kakchik pun sempat tengok 'last performance' jugak. Wah, kita berada di stadium yang sama rupanya hari tu.
Wa'alaikummussalam ukhti mardhiah.
ReplyDeleteAgama mesti sentiasa di depan atau kakchik cuba utamakannya walau dalam apa juga keadaan. Kakchik bimbang sibuk berniaga sampai lupa agama. Mati sia-sia.
Miss Globe,
ReplyDeleteBukan longgar sikit tapi kena longgar banyak kot. Fesyen ala gipsi macam gambar dah makin merebak terutama di kalangan wanita 30 - 50an. Golongan ini sukar nak dinasihati.
Wa'alaikummussalam MysDear.
ReplyDeleteLama tak komen tu mesti sebab takde yang menarik kan? Kakchik pun dah banyak hari tak menulis panjang.
Kakchik pun rasa macam tu. Banyak faktor yang mempengaruhi mereka, rakan sebaya, media, majalah dll. Tugas kita amat banayk sekali.
Wkslm anyss,
ReplyDeletefesyen begini sudha merebak ke segala ceruk rantau dah anyss. Agak sukar juga nak mencegahnya kerana ia berkait rapat dengan minat dan kecenderongan seseorang.
Kat KB pun dah mula masuk budaya ala-ala KL. Anak-anak muda remaja semakin liar tak kira lelaki mahupun perempuan.
Hehe, makcik tu mesti tak faham konsep tu, asalkan pakai kain.
Wa'alaikummussalam kak azah.
ReplyDeleteYang pakai macam akak sebut pun ada kak cuma kakchik je taknak sebut. Terasa malu dengan pakaian wanita di negeri sendiri.
Masih ada budaya tari-menari di zaman orang makin cenderung kepada agama ni? Nampaknya mereka masih suka dengan cara hidup barat berbanding cara hidup Islam. Semoga Allah kurniakan mereka kesedaran.
Wa'alaikummussalam Ticher Ina.
ReplyDeleteKakchik setuju masalah ini bukan kat sini saja tapi oleh kerana kakchik tinggal di sini maka kakchik hanya boleh tulis pasal wanita di sini. Nak tulis pasal kat tempat lain kan kena marah pulak sebab memandai je hehe.
Di akhir zaman ni Ina, manusia semakin hilang rasa MALU sebab itu bila buat DOSA, tak rasa apa-apa.
Nafisah, kat universiti ada tak fesyen macam ni?
ReplyDeleteNoorma, betul tu. Masih ada banyak pilihan fesyen untuk kita menutup aurat. Mereka belum jumpa kot.
ReplyDeleteBukan mereka x taw tapi xnak.. mereka taw pakai mcm 2 berdosa, tapi mereka tetap xnak tinggalknnya.. Nape? sebab mereka rasa mereka akan nampak cantik pakai mcm 2...sangat kasihan dengan dorang...mereka tewas dengan nafsu dan godaan syaitan...
ReplyDeleteitulah wanita zaman sekarang, tak hairanlah klu rasullullah berkata penghuni neraka adlah permpuan yang paling ramai.. pakai pakaian yang sekadar melepaskan btuk ditangga hnya untuk bergaya dan dipamerkan kpada umum, dan bkan niat nya kerana ALLAH... " internal will illustrate external"
ReplyDeletewanita-sebenarnya-suka-di-rogol
http://fokussemasa.blogspot.com/2012/04/wanita-sebenarnya-suka-di-rogol.html