Followers

6.11.10

Happy Happy di MariBaca/AbayaElegan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar semua? Kakchik harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Dah petang benar baru kakchik ada masa untuk membuat catatan di sini. Kakchik baru saja selesai solat Asar selepas pulang dari kedai tadi. Dari jam 10 pagi hingga jam 3 petang tadi kakchik berada di kedai kakchik sempena hari HAPPY HAPPY DI MARIBACA / ABAYA ELEGAN.

Hari ni kakchik membawa stok abaya yang ada ke kedai untuk jualan. Alhamdulillah, tak lama kami beroperasi pagi tadi pelanggan sudah mulai datang dan membeli. Ada yang beli buku dan ada juga yang beli abaya. Gembira sekali hati ini bila lihat pelanggan tersenyum riang bila berjaya membeli barang yang mereka hajatkan.

Sebahagian koleksi abaya yang ada.

Untuk makluman semua setiap hari Sabtu, kedai kakchik membuat jualan murah. Buku dan abaya akan dijual dengan harga diskaun 15% kecuali mana-mana yang telah diturunkan harga lebih awal. Jadi kalau anda berada di KB dan ingin mencari buku untuk anak-anak atau abaya Dubai dan Jeddah, jemputlah ke MariBaca di Tingkat 3, Kota Sri Mutiara (Bllion). Sebelah AVON saja.

Sandal pemberian kakak.

Sekarang ni kakchik sedang rehatkan kaki kakchik yang sangat letih dan sakit-sakit ni. Terlupa nak pakai kasut hari ni. Kakchik gi pakai sandal pemberian kakak yang dibeli di Jakarta yang tapaknya tu keras sikit.  Nasib baik sandalnya tak tinggi, kalau tidak tentu lagi sakit tumit kaki kakchik ni.

Oklah dulu, nanti kita cerita lagi. Kakchik rasa nak minum air pulak :) Wassalam.

6 comments:

  1. Alhamdulillah,

    murah rezeki kak chik, usaha yang tidak kenal penat dan putu asa, sudah tentunya rezeki datang dalam pelbagai sudut

    gembira melihat bisnes yang dijalankan muslimah terus sukses ;D

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah... jualan murah setiap Sabtu? Moga2 murah rezeki kakchik. Latifah ni duduk jauh, kalau duduk kat sana mesti dapat pergi kedai kakchik... emmm entah bila la nak sampai ke KB tu... hehe

    ReplyDelete
  3. If one day akak melancung di KB pasti salah satu tempat persinggahan akak di kedai MariBaca kakchik. Insya ALLAH.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Mas. Rezeki kena dicari walaupun Allah dah janji setiap dari kita sudah ada rezeki masing-masing tapi jika tak diusakan ianya tidak akan mudah-mudah datang. Kakchik lagi gembira jika dapat beri tumpuan lebih banyak untuk bisnes sendiri tapi selagi amanah belum selesai, selagi itu kakchik makan gaji.

    ReplyDelete
  5. Iya Latifah. Setiap Sabtu tapi sekarang ni kakchik sedang 1st ANNIVERSARY SALE, semua koleksi ready stock kakchik dah turunkan harga. Tak dpt sampai secara fizikal, singgahlah secara maya.

    ReplyDelete
  6. kak azah, terima kasih banyak atas hajat akak tu. semoga dimakbulkan Allah. kakchik akan mendepakan kedua belah tangan utk menyambut akak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs