Followers

23.11.10

Hari ke-3 Cheng Ho Expo

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Kakchik, alhamdulillah sihat-sihat saja cuma teramat sibuk di gerai expo. Sekarang ni dapat balik berehat sebentar sementara kawan kakchik menguruskan gerai pameran. Dah masuk hari ketiga kami bergerai dan sudah banyak sungguh mata kami memerhati orang dan kami diperhatikan orang. 

Syukur alhamdulillah ramai sungguh umat Kelantan ni yang menutup aurat tapi sayangnya ramai juga yang membalut tubuh semata-mata. Paling kakchik sedih bila melihat ibu-ibu berbadan gempal dan berusia mungkin atas dari 40an tanpa segan silu membalut tubuh mereka dengan seluar ketat dan hanya memakai t-shirt atau blaus paras punggung. Sedih hati ni melihat agak ramai yang begitu.

Apa yang kakchik pasti, sudah hilang perasaan MALU di dalam hati mereka. Kalau mereka ada perasaan MALU, sudah pasti, mereka tidak akan berpakaian begitu. Terlalu banyak salah faham dalam berpakaian dan  menggetarkan iman. Semoga Allah memberi mereka kesedaran. Kakchik tidak mampu untuk menegur apatah lagi untuk menasihat.

Satu kegembiraan yang dapat kakchik kongsikan ialah ramainya kaum lelaki yang berminat dengan abaya yang kakchik jual. Ada suami bersungguh-sungguh mahu membelikan abaya untuk isterinya menutup aurat tapi sayangnya si isteri pula tidak mahu. Nak yang ada cutting ikut badan. Dan banyak juga helahnya. Alangkah bagusnya dan pasti ganjaran syurga jika isteri itu menerima cadangan suami tu. Rugi sekali.

Oklah, cukuplah sedikit cerita, mari tengok gambar hari ni.


Bateri kamera semakin lemah jadi banyak gambar yang kurang menjadi. Apapun, yang pasti expo ini sangat meriah. Kakchik masih belum ada kesempatan untuk melihat Al-Qur'an terpanjang di dunia, aksi Adili Luxor , pemegang rekod dunia berjalan atas tali dan persembahan kungfu shaolin. Insyaallah kakchik akan cub acari masa untuk mendapatkan pengalaman ini.

Jumpa lagi.

6 comments:

  1. Kak Chik, gmbar untuk prog2 lain di sana xde ke? teringin sgt nk tahu.
    kalau blh update jgk ye. xnk la tahu psl booth pakaian je ^_^ jgn mrh ye

    ReplyDelete
  2. kalau suami akak belikan abaya utk akak hari2, kecik tapak tangan stadium bola South Africa tu kalau boleh akak tadahkan..Ruginya para isteri yang menolak pemberian suami. Bukan murah abaya tu..

    ReplyDelete
  3. memang rugi tak nak abaya. ish.. ish.. ish.. kalau saya bertuahnye badan..

    ReplyDelete
  4. Iman, minta maaflah sb asyik gambar pakaian je yang banyak. Kakchik buka gerai jadi bukan mudah untuk melawat tapak-tapak pameran melainkan ada pengganti. Insyaallah bila ada kesempatan kakchik akan lawat dan ambil gambar.

    ReplyDelete
  5. kak azah, kalau kita memang syukur sangat kan? tapi nak buat macamana kak, bukan seorang dua yang tak mahu. ada yang bagi alasan 'serebeh' atau selekeh bila pakai abaya.

    ReplyDelete
  6. miss globe, biarkanlah orang macam tu. kakchik rasa, satu hari nanti bila dia jatuh cinta kat abaya ni dia payah nak ubah fikiran dah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs