Followers

12.11.10

Gerai Jualan di Hotel New Pacific

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam ukhuwwah fillah untuk semua follower baru yang sudi menjadi follower di blog ini. Moga-moga kalian mendapat kebaikan dari mana-mana perkongsian kakchik di sini. Mana yang terkurang kakchik harap kalian nasihatkanlah jangan diamkan diri saja.

Hari ni Jumaat 5 Zulhijjah dan pagi tadi kakchik ada jemputan membuka gerai sempena Konvokesyen Tadika Intelek Maryam. Pengusahanya ialah seorang kawan baik yang telah lama menjemput kakchik sejak beberapa bulan lepas. Jadi kakchik telah lama bersetuju oleh itu ada jemputan lain yang terpaksa kakchik undur diri.

Bukan tidak tahu fiqh awlawiyyat tapi kerana mahu mengutamakan yang utamalah maka kakchik terima jemputan itu. Bantuan cik abe menghantar dan mengambil amat-amat kakchik hargai tambah-tambah kotak-kotak buku tu bukannya ringan. Kotak abaya kakchik boleh angkat dengan mudah.

Inilah sedikit gambar yang diambil semasa majlis sedang berlangsung. Selepas itu dah tak sempat nak bergambar dah kerana melayan pelanggan.



Insyaallah kakchik akan turut menyertai CHENG HO EXPO yang akan berlangsung selama 6 hari iaitu dari 21 hingga 26hb Nov ni. Kali ini kakchik mahu cuba mempromosikan buku dan abaya di peringkat yang lebih besar. dengan modal yang ciput, insyaallah nak cuba juga.

Moga-moga Allah izinkan perniagaan ini mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai. Buku untuk santapan minda dan jiwa manakala abaya untuk menjada aurat dan maruah wanita muslimah.

Wassalam.

7 comments:

  1. selamat maju jaya kakchi, suka saya join expo macam ni...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Wan. Jemputlah datang Wan. Ada Qur'an terpanjang di dunia akan dipamerkan.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kakchik,

    Jika ada rezeki nak je akak gi CHENG HO EXPO. Good luck kakchik, moga terus success

    ReplyDelete
  4. Salam kak cik, semuga bertambah maju segala apa yang kak cik usahakan... suke baju2 muslimah tu....

    ReplyDelete
  5. salam kakchik
    wah bestnya kak
    dapat join jualan begini
    saya cuma tumpang bahagia dgn aktiviti akak dan kawan2
    meniaga ni
    seumpama kita hidupkan sunnah Nabi juga kan, kak chik.

    ReplyDelete
  6. all the best kak chik...ain suka lihat usahawan wanita berjaya....ada tips....???...:)

    ReplyDelete
  7. Salam K.Chik.
    Bila tengok bunting Cheng Ho Expo, tak sabar nak pergi eksponya. Tengok pula persiapan dengan gazebo besar-besar tu.

    Yang jadi semakin teruja nak pergi kerana K.Chik join sekali. Kalau tak sibuk dengan nak exam dan assignment melambai-lambai lagi, nak hantar surat minta kerja dengan K.Chik sempena ekspo. Heheheheh. Boleh jaga kedai buku, no problem. I'll work for FREE.
    ( ^ _ ^ )

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs