Followers

21.11.10

Cheng Ho Expo Bermula Esok!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah jam 12 malam. Kakchik cuma nak update sedikit maklumat tentang CHENG HO EXPO yang akan bermula esok. Hari ni kakchik tak kesempatan nak update blog kerana beberapa urusan berkaitan expo. Kali ni nak mencuba nasib di dalam expo antarabangsa.

Di sini ada sedikit maklumat yang kakchik ambil dari blog rasmi Cheng Ho Expo 2010.


Ekspo Perdagangan Antarabangsa Cheng Ho, Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu, Kelantan
21- 26 November 2010 / 10 pagi - 10 malam. Semua dijemput hadir.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan  Ingin menjemput tuan, puan, saudara, saudari, adik, abang dan kakak serta seluruh Rakyat Malaysia yang dihormati untuk turut memeriahkan Ekspo Perdangangan Antarabangsa Islam @ Ekspo Cheng Ho (Kelantan-China) pada 21 hingga 26 November 2010/ jam 10 pagi hingga 10 malam.
Bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan

-        Pameran Teknologi Bertaraf Dunia dari China
-        Pameran Perniagaan Malaysia dan China
-        Pesta Makanan Halal IKS Tempatan & Antarabangsa
-        Pameran  Ilmiah Tamadun 
-        Pameran Sejarah Islam & Pelayaran Cheng Ho
-        Forum Perniagaan & Business Matchmaking
-        Pertunjukan Fesyen Islam
-        Pertunjukan Akrobatik


Bagi mereka yang tidak dapat hadir, masih boleh kunjungi Ekspo Cheng Ho  ini secara "Maya@ Virtual" melalui saluran web/ blog berikut:

Blog Media Cheng Ho Expo  www.chenghoexpo.blogspot.com
Online Expo di - www.chenghoexpo.net
TV 6 TV Malaysia.net - www.tvmalaysia.net
dan Web YB Dato Husam Musa - www.husammusa.com

Sebagai salah seorang peserta gerai jualan, kakchik bagi pihak MARIBACA BOOKSTORE dan ABAYA ELEGAN ingin menjemput kalian semua ke gerai kami di G0041/G0044 untuk membeli buku dan abaya Dubai.

Jemput singgah ya.

1 comment:

  1. salam kakchik
    ya Alah bsetnya
    kak chik..kalaulah saya mampu pergi kan...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs