Followers

1.11.10

Berusaha mencari keselesaan hidup.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam ukhuwwah fillah buat semua teman-teman yang sudi singgah di blog kesayangan kakchik ni. Semalam kakchik tidak menulis apa-apapun di blog. Berehat sehari sempena cuti peristiwa kerana kemenangan pasukan bolasepak Kelantan 2 hari lepas. Alhamdulillah.

Hari ni kakchik nak cerita sikit pasal kehidupan kita di atas dunia ni. Sebagai khalifah Allah kita hidup atas dunia ni kena buat kerja untuk 2 alam iaitu alam dunia dan juga alam akhirat. Bukan cerita Dua Alam yang Dr. Rozmey tu ya. Yang itu bagi kakchik, mengarut saja.

Usaha sampingan demi keselesaan hidup.

Hidup atas dunia ni kita ada banyak tanggungjawab iaitu untuk diri kita, ahli keluarga kita, masyarakat, negara dan sudah tentu agama kita. Mana boleh kita hidup setiap hari cukup dengan tidur-bangun, cari rezeki, makan-pakai, berhibur, dan belajar tanpa apa-apa matlamat akhir. Memang pengakhiran kita ialah MATI tapi apakah pengisian yang kita dapatkan untuk hidup selepas mati itu?

Salah satu tugas kita sebagai hamba Allah ialah menyebarkan Islam kepada sesiapa saja. Di zaman ini untuk menyampaikan Islam boleh dilakukan melalui banyak medium perantaraan. Kita boleh guna internet, kita boleh guna ilmu dan kemahiran kita, guna penampilan pun boleh, keperibadian kita juga boleh menjadi alat sebaran Islam, seolah-olah kita menjejaki Nabi Muhammad SAW yang menjadi Al-Qur'an bergerak. Iyalah, kita sudah tentu tidak setanding Rasulullah tapi kita boleh menuruti jejak baginda kan?

Selain itu, kita perlukan sumber kewangan juga bagi melancarkan gerakerja kita dalam menyampaikan Islam. Internet perlukan belanja bil bulanan, membuat risalah sebaran memerlukan sedikit peruntukan, mahu ke sana-sini berdakwah juga perlukan wang, bak kata segalanya hari ini memerlukan wang walhal kita tidak boleh jadikan wang sebagai matlamat hidup.

Gerai abaya dan buku semasa konvo Tadika Elitsuria.

Sebab itulah Allah suruh orang lelaki keluar mencari rezeki dan orang perempuan menguruskan keluarga. Tapi di zaman ini secara jujur, cukupkah hanya dengan si suami seorang yang menyara keluarga? Ada pula suami tidak bernasib baik dalam kerjaya tapi si isteri mempunyai masa depan yang cerah dalam pekerjaan. Di sini banyak sekali pertimbangan akal dan hukum Islam perlu digunakan agar matlamat menyebarkan Islam tidak tergendala dek masalah kewangan.

Kebanyakan wanita impikan hidupnya sebagai surirumah sepenuh masa termasuklah kakchik. Tapi, apakan daya, tenaga kakchik masih perlu dicurahkan di medan masyarakat demi survival hidup keluarga dan juga masyarakat. Dengan izin suami, kakchik meneruskan kerjaya dan menjadikan 2 hobi kakchik sebagai bisnes, semuanya untuk membantu suami mengukuhkan ekonomi keluarga ini.

KakChik cuba melakukan bisnes yang sesuai dengan kehendal agama.

Dalam mencari keselesaan hidup ini kakchik tidak lupa memberi untuk mereka yang memerlukan. Sebab itu kewangan perlu kukuh barulah ada yang lebih untuk dikongsikan. Semasa hidup dikekang masalah kewangan, luaran kita kelihatan tenang tapi di dalam dada bagai berombak kencang, risau dan serabut. Alhamdulillah iman di dada masih kuat pada Allah, yakin Dia akan membantu. Dan kita pun tahu apa syaratnya - usaha, usaha, usaha, doa dan harap.

Bagi kakchik, mencari keselesaan hidup tidak salah asalkan bukan bertujuan setakat duniawi saja. Hidup kita selesa, kenalah membantu orang yang kurang selesa, mencurahkan tenaga untuk kerja-kerja Islam, mensedekahkan masa untuk jalan Islam dan sebagainya. Kalau suami tidak mampu, sebagai isteri, kita kenalah membantu tanpa kita mengabaikan tanggungjawab rumahtangga kita. Tiada guna kita ke hulu ke hilir mencari rezeki tapi suami dan anak-anak kita terabai. Duit masuk tapi kasih-sayang hilang, kepercayaan musnah, akhirnya keluarga menjadi pincang berantakan.

Alangkah beruntung dan bertuahnya para wanita yang sepenuh masanya hanya untuk keluarga. Tidak perlu keluar bekerja, tidak perlu berpening kepala memikirkan wang dan keperluan keluarga, semuanya disediakan suami. Kalian perlu bersyukur kerana masa kalian boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendidik anak-anak agar menjadi insan berguna dan mengurus rumahtangga sebaik-baiknya. Tapi luangkanlah sedikit masa kalian untuk turut serta menyebarkan Islam, amal makruf nahi mungkar mestilah berjalan seiring.

Kakchik sendiri masih berusaha demi keselesaan hidup. Setakat mana ruang yang agama benarkan dan suami izinkan, sejauh itulah kakchik akan cuba manfaatkan sebaik-baiknya. Mewah bukan matlamat tapi selesa itu insyaallah menenangkan jiwa. Selesa di dunia untuk keselesaan di akhirat, insyaallah.

p/s: Menulis dari hati walau tanpa sebarang perancangan sebelum mengarang. Maafkan kakchik jika tidak tersusun, berterabur.

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak

    Idah pun setuju dgn apa yang kakchik post hari ni.Perlu berusaha mencari keselesaan hidup disamping tidak melupai jalan dakwah kita.

    Bg idah yang 100% suri rumah ni kakchik, turut berusaha membantu suami dgn cara begini.Sebabnya bekerja diluar rumah tidak mendapat keizinan.Alhamdulillah dah 4tahun ceburi bisnes begini...syukur dapat bantu ekonomi suami..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Cik,
    jom join GA akak ya...ada dapat hadiah buku...jom lah..tarikh tutup 8 Nov ni...

    ReplyDelete
  3. salam kak chik...
    waahh... kak chik macam tau-tau je apa yang sedang bermain dalam fikiran saya! sejak dua menjak ni perasaan nak duduk rumah dengan anak-anak tu membuak2, sampai saya ambil few days off sebab takde mood nak kerja. entry kak chik kali ni betul-betul buat saya berfikir... tq kak chik! :)

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam idah. Terima kasih idah. Utk survival hidup di dunia dan akhirat, kita memang perlu cari keselesaan. Kalau tidak, nak berdakwah pun akan banyak halangannya. Bekerja dari rumah lagi baik idah, tak perlu keluar sangat. Kakchik suka kalau dpt buat begitu.

    ReplyDelete
  5. Wkslm k.azzah. Takleh nak janji kak. Kakchik ni macam tak kecukupan masa je.

    ReplyDelete
  6. Wkslm ratna.
    Hehe, tak sangka tu... Bagi orang yang punya anak spt ratna tentu lagi besar keinginan untuk jadi surirumah. Cabaran mendidik anak zaman skrg ni sangat besar. Bila kedua2 ibu bapa bekerja, kuranglah sikit masa yang diperuntukan untuk mendidik sendiri anak2. Semoga apa yang ratna fikirkan tu mendapat keputusan yang baik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs